Makan di Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka

Apa khabar pencinta makanan semua? Adakah anda baik-baik belaka? Baiklah, kali ini aku berbesar hati untuk berkongsi dengan anda semua pengalaman dan ulasan aku makan Asam Pedas di sebuah restoran yang terletak di Melaka. Restorannya adalah Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana.

Umum dan khalayak ramai sememangnya mengetahui bahawa negeri Melaka sememangnya terkenal dengan Asam Pedas selain daripada tempat-tempat bersejarah. Tak sah jika anda ke Melaka tanpa mencuba makanan yang popular iaitu Asam Pedas Melaka. Sebenarnya banyak juga restoran Asam Pedas di Melaka ini, terutamnya dikawasan bandaraya. Jadi aku dan rakan aku memilih untuk makan di restoran ini kerana melihat deretan kerusi yang disusun panjang di atas jalanraya.


Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka
Muka Tahan Lapar & Tak Sabar Nak Makan

ULASAN & PENGALAMAN MAKAN ASAM PEDAS

Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka

Apa yang dipesan adalah dua set Asam Pedas Ikan Pari dengan air kosong sahaja. Untuk makan, kebiasaannya aku akan pesan air kosong sahaja, air manis sangat jarang aku minum kalau makan di kedai. Lagipula datang ke sini nak makan asam pedas sahaja. bukannya nak minum air kan? Haha

Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka

Untuk setiap set yang anda pesan, anda akan dapat sepinggan nasi yang penuh dengan bahan-bahan lain seperti Telur Masin, Sambal Belacan dan juga Sayur.  Hidangan ini bagi aku sudah lengkap ya, sebab sajian utamanya adalah Asam Pedas Ikan Pari.

Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka
Asam Pedas Ikan Pari

Inilah Asam Pedas Ikan Pari yang aku pesan. Ada bendi, ada ikan pari dan juga kuah yang banyak dan masih panas! Maklumlah, diletak didalam claypot. Daripada luaran, boleh lihat warna merah keemasan yang penuh dengan rasa yang memanggil-manggil.

Sebenarnya aku jarang makan asam pedas. Sangat jarang, jadi semestinya bila dah datang ke Melaka, aku tak akan lepaskan peluang untuk rasa Asam Pedas Asli. Ibubapa aku di kampung memang sukakan asam pedas. In shaa Allah aku akan bawa keluarga ke sini nanti.

Asam Pedas Ikan Pari - Untuk rasanya, bagi aku sangat sedap. Rasa pedas dan masamnya bergabung menjadi sesuatu yang sangat sedap. Tahap kepedasannya mencapai piawaian yang aku suka. Aku memang seorang yang makan pedas.  Gabungan bersama nasi, sayur dan telur masin juga sangat sedap.

Kalau aku makan nasi berlauk dikedai, atau di restoran mamak, aku akan letakkan telur masin sekali. Sebab aku rasa tak lengkap tanpa telur masin. Haha. Ikan parinya pula penuh dengan isi. Memang sangat puas ya. Habis licin aku dengan kawan aku makan!


SUASANA DI RESTORAN

Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka

Beginilah suasana atau keadaan di restoran Asam Pedas Claypot ini. Boleh nampak deretan kerusi dan meja yang panjang memenuhi ruangan jalanraya. Kalau anda perasan, ada beberapa restoran asam pedas di jalan yang sama. Tapi aku memilih restoran ini sebab ianya nampak meriah.

Untuk harga, untuk dua set ini, hanyalah RM25 sahaja manakala pembayaran juga ada pelbagai jenis, bukan sekadar tunai sahaja tetapi melalui Boost, TouchnGo dan sebagainya. Dari segi pembayaran pun boleh lihat restoran ini memang maju ke hadapan.

Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka

Kesimpulannya, in shaa Allah aku akan bawa keluarga aku makan Asam Pedas di Asam Pedas Claypot Restoran Kota Laksamana jika berkesempatan sebab rasanya yang sedap, suasana yang seronok. Meriah dan juga ada pelbagai menu lain. In shaa Allah aku nak cuba menu lain pula nanti.

LOKASI


 Asam Pedas Claypot, Restoran Kota Laksamana, Melaka

Alamat : 86, Jalan Laksamana 5, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka

No Telefon : 012-680 0790


Sekian

42 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ya Allah sedapnyaaa Asam pedas tu. Dah lama tak jalan-jalan melaka .

    ReplyDelete
  2. asam pedas sini pun famous juga..aerill kena try makan nan cheese + tandoori kat kedai Pak PUtra, area situ juga..sedap juga tu..

    Ada 1 lagi kedai asam pedas kat area bandaraya melaka..asam pedas selera kampung kot nama kedai dia.selalu pergi area situ sbb ada lunch hour.

    Yang kat kota laksamana ni bukak malam je kan..tu yang x dan pergi sbb nk tunggu malam, x menyabar.hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah nnti nak try la nan cheese tu. jarang jugak saya makan sebenarnya. hari tu ada mencari jugak asam pedas selera kampung tu, tapi tak jumpa hehe

      Delete
  3. Yum!!!!!! Yum!!!!!!!!! The asam perdas claypot look sooooooooo delicious. Teruja tengok. Thank you for sharing your review. Insya’Allah saya Akan try nyer bila ke Melaka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. jemput datang melaka nnti, boleh cuba asam pedas. ada banyak lagi sebenarnya :)

      Delete
  4. Memang tak lengkap kalau takde telur asin tu kan. And Rawlins pun akan makan asam pedas ikan pari gak, baru la rasa lazat kan. Tu Rawlins nyer kegemaran la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, nnti bolehlah kita pergi sama2 kt mana yg ada asam pedas haha :)

      Delete
  5. Sia pun kalau pergi Melaka mesti nak cari Asam Pedas. Sis suka asam pedas ikan pari. Nak carilah tempat ni nanti bila ke Melaka nampak sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan samalah,saya kalau asam pedas mesti cuba ikan pari. ikan lain macam tak berapa nak kena dengan rasa

      Delete
  6. kenapa asam pedas nampak merah kecur liur melampau.. tiba tiba rasa nak makan asam pedas.. entah bila nak singgah melaka lagi sekali ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... memang sedap. tambah time saya makan tu pulak baru lepas hujan.

      Delete
  7. ASAM PEDAS! My favourite ! Long time takk visit melaka! Time to go! Yeay!!! Thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Ni tempat favourite ena bpe kali dah pegi. Memang ramai kan. Dan paling favourite of cozla asam pedas ikan pari. Hehe

    ReplyDelete
  9. wahh biasa pergi kota laksamana lepak minum boba tea je.. boleh laa lepas ni singgah makan asam pedas pulakk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh, ada boba tea ke dekat sana, tak perasan pulak. bolehlah cuba boba tea nnti :P

      Delete
  10. Melaka memang famous kan dengan asam pedas. Nanti ke melaka boleh try sini plak

    ReplyDelete
  11. Oh mase pergi hari tu tak singgah sini. Singgah dekat pak man punya asam pedas. Next kalau visit melaka boleh lah cuba kat sini pulak.

    ReplyDelete
  12. asam pedas tu macma sedap cuma tu lah saya tak berapa masuk makan ni hehe.. maybe sebab bau dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. ikut orang jugak kot. mungkin boleh cuba menu lain

      Delete
  13. sedapnya asam pedas.. dah lama tak makan asam pedas claypot kat melaka. kena plan pergi melaka la nampak gayanya nie

    ReplyDelete
  14. Wah, I know Malacca is famous for their Asam Pedas - should drop by for a tasting when I had th eopportunity to visit Malacca in future!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes!!everyone that travel to melaka should try the asam pedas! :)

      Delete
  15. Merahnya asam pedas dia. Bukan peminat asam pedas tapi kalau dapat yang memang sedap, akan bertambah nasi. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, hari yg saya makan tu tak dapat nak tambah nasi sebab dah full. hehe ;)

      Delete
  16. Tempat ni mmg famous..sis kalau ke Melaka pun dok makan asam pedas kat sini. Memang sedap. Rindu pulak nak makan lagi kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun baru tahu je. nasib baik masa pergi tu tak ramai orang lagi.

      Delete
  17. Kita memg suka makan asam pedas.. Lagi kalau kuah pekat.. Perghhh.. Dah lama tak pergi Melaka.. Teringin juga makan asam pedas dekat snaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la cuba nnti makan asam pedas di sini. dekat kawasan ni ada bnyk pilihan.

      Delete
  18. Asam pedas mmg fav kita! Tapi ramai juga yg rekomen klu dtng melaka jgn lupa pekena lauk ni

    ReplyDelete
  19. Lama rasanya tak ke melaka. Dan port makan wajib liez dan family memang dekat sini lah. Suka dengan rasa asama pedas tu. Dulu pernah duduk dimelaka memang asam pedas antara makanan yang ramai suka

    ReplyDelete
  20. Tu diaaa asam pedas dia nampak sangat kawww. Orang yang sukakan pedas2 sesuai try ni. Saya plak, asalkan pedas dia pedas yang sedap then ok lah. Kalau pedas yg pedas sangat, tak mampu nak makan.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post