realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Assalamualaikum dan salam sejahtera

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Baru-baru ini aku berpeluang ke satu majlis pelancaran telefon pintar yang semakin dikenali di pasaran iaitu realme. Aku sendiri sememangnya sangat teruja dengan telefon pintar realme kerana spesifikasi dan juga harga yang ditawarkan untuk telefon keluaran realme sebelum-sebelum ini. Pada bulan 7 yang lalu, aku ada terbitkan satu artikel tentang Realme 3 Pro iaitu Realme 3 Pro - Peranti Mampu Milik 2019 Terbaik? Jadi di artikel kali ini aku akan kongsikan mengenai kelebihan, spesifikasi, harga dan juga pendapat aku sendiri mengenai telefon pintar ini.

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!


realme 5 & realme 5 Pro

realme Malaysia pada 3 Oktober 2019 yang lalu secara rasminya melancarkan telefon pintar quad kameranya yang pertama - realme 5 dan realme 5 Pro, dilengkapi dengan Qualcomm Snapdragon 665 dan 712. Kedua-duanya menjanjikan prestasi cemerlang kepada pengguna bagi segmen telefon harga pertengahan. Kelebihan pada kedua-dua model adalah penggunaan quad kamera dengan lensa sudut ultra-lebar, kamera utama, lensa potret dan ultra makro

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

"Ribuan terima kasih buat semua peminat realme di Malaysia kerana kami tidak dapat berada di tahap ini tanpa sokongan dan semangat yang berterusan. Hari ini, kami meneruskan semangat 'Dare to Leap' dengan membawa revolusi pasaran baharu iaitu dua telefon pintar yang akan menjadi penanda aras dalam segmen harga pertengahan di Malaysia. Kami juga bangga kerana semakin ramai rakyat Malaysia mempunyai akses kepada teknologi yang dibawa realme. Hal ini turut meyakinkan kami untuk membawa masuk model realme 5 dan realme 5 Pro ke Malaysia." kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia. 

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

KELEBIHAN DAN SPESIFIKASI 

realme 5 - Quad Camera PowerHero 
realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Dimensions : 164.4 x 75.6 x 9.3 mm (6.47 x 2.98 x 0.37 in)
Weight : 198 g
OS : Android 9.0 (Pie); ColorOS 6
Chipset : Qualcomm SDM665 Snapdragon 665 (11 nm)
CPU : Octa-core (4x2.0 GHz Kryo 260 Gold & 4x1.8 GHz Kryo 260 Silver)
GPU : Adreno 610
Memory : 64GB 3GB RAM, 128GB 4GB RAM
Main Camera :
a) 12 MP, f/1.8, (wide), 1/2.9", 1.25µm, PDAF
b) 8 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), 1/4", 1.12µm
c) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm (dedicated macro camera)
d) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm, depth sensor
Selfie Camera : 13 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/3", 1.12µm
Battery : Non-removable Li-Po 5000 mAh battery
Color : Crystal Purple, Crystal Blue

Model realme 5 dilengkapi dengan Snapdragon 665 AIE iaitu enjin Qualcomm AI generasi ketiga berdasarkan cip pemprosesan 11nm octa-core yang beroperasi pada kelajuan 2.0GHz seiring dengan prestasi permainan yang dipertingkatkan. realme 5 boleh didapati dalam dua warna baru - Crystal Blue dan Crystal Purple. realme 5 mempunyai paparan 6.5 inci Full HD+, yang memberi ruang pandangan lebih luas, pengalaman permainan yang lebih hebat dengan gandingan audio dan video berkualiti tinggi.

Bagi realme 5, reka bentuknya telah dipertingkatkan dengan diamond-cut dan sentuhan hologram memberikan ilusi tekstur 3 dimensi. Selain itu, realme 5 juga memberi pengalaman imej baharu dengan quad kamera AI- 119° sudut ultra-lebar (8MP), kamera utama (12MP), lensa potret (2MP) dan lensa ultra makro (2MP), serta AI kamera hadapan (13MP). Dengan bateri 5000 mAh besar untuk menikmati pengalaman hiburan yang lebih panjang, reamle 5 menjalankan sistem operasi ColorOS 6.0 berdasarkan Android 9.0 Pie.

realme 5 Pro - Quad Camera SpeedMaster
realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Dimensions : 157 x 74.2 x 8.9 mm (6.18 x 2.92 x 0.35 in)
Weight : 184 g
OS : Android 9.0 (Pie); ColorOS 6
Chipset : Qualcomm SDM712 Snapdragon 712 (10 nm)
CPU : Octa-core (2x2.3 GHz Kryo 360 Gold & 6x1.7 GHz Kryo 360 Silver)
GPU : Adreno 616
Memory :  128GB 8GB RAM
Main Camera :
a) 48 MP, f/1.8, (wide), 1/2.9", 0.8µm, PDAF
b) 8 MP, f/2.2, 13mm (ultrawide), 1/4", 1.12µm
c) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm (dedicated macro camera)
d) 2 MP, f/2.4, 1/5", 1.75µm, depth sensor
Selfie Camera : 13 MP, f/2.0, 26mm (wide), 1/3", 1.12µm
Battery : Non-removable Li-Po 4035 mAh battery
Fast battery charging 20W: 50% in 30 min (VOOC 3.0)
Color : Crystal Green, Sparkling Blue

realme 5 Pro dikuasakan oleh Snapdragon 712 AIE, dengan CPU berkelajuan 2.3 GHz yang juga dikenali sebagai enjin AI generasi ke-3 yang membantu mempercepat pengkomputeran AI bersama GPU Qualcomm Andreno 616. Model ini boleh didapati dalam warna Crystal Green dan Sparkling Blue. Bagi Persediaan quad kamera pula, realme 5 Pro dilengkapi 119° sudut utra-lebar (8MP), 48 MP kamera utama Sony IMX586, lensa potret (2MP) dan lensa ultramakro (2MP). Ditambah pula kamera depan Sony IMX471 AI 16MP sekaligus memberi pengalaman imej yang tidak dapat ditandingin dalam segmen ini.

Menariknya, realme 5 Pro mempunyai paparan skrin 6.3 inci FHD+ dewdrop, didatangkan dengan warna hologram nanometer dengan tekstur visual berlapis pada penutup belakangnya. Ia juga dilengkapi dengan set 20W VOOC Flash Charge 3.0

HARGA
realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

RM599 untuk versi 3GB RAM + 64 GB ROM
RM799 untuk versi 4GB RAM + 128 GB ROM

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

RM1,099 untuk versi 8GB RAM  + 128 GB ROM

PENDAPAT TENTANG REALME 5 DAN REALME 5 PRO

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Alhamdulillah, syukur kerana dapat juga rasa dan godek-godek telefon pintar ni. Pertama yang aku suka adalah dari segi reka bentuknya serta saiz realme 5 ni. Agak memanjang berbanding telefon pintar yang aku sedang gunakan sekarang, tetapi saiznya sangat selesa di pegang dan dilihat.

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Kualiti kameranya pula aku rasa sangat hebat! Sesuai untuk mereka yang suka bergambar dan juga berselfie. Gambar yang dihasilkan jelas dan warnanya cantik.

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!
Anda boleh lihat dalam gambar, spesifikasi yang disertakan di bahagian about phone.

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!
Warna juga sangat menarik dengan rekaan sebegini pastinya ramai yang akan suka.

Dengan harga yang sebegitu rupa, ditambah dengan kualiti yang hebat, aku rasa realme 5 dan realme 5 Pro sememangnya suatu telefon pintar hebat dan memberi cabaran buat jenama lain. Kalau aku ada duit, rasanya aku dah tempah dah sekarang ni. Haha.

--------------
Buat pertama kalinya, dua telefon pintar siri realme akan dijual eksklusif di platform Lazada. Untuk maklumat lanjut berhubung jualan online, sila layari http://bit.ly/realme5remind

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan realme 5 Pro, boleh membuat pesanan bermula hari ini sehingga 11 Oktober 2019. Untuk mengetahui lokasi kedai realme berhampiran anda, sila rujuk https://realmemalaysia.ucraft.net/ 

realme 5 dan realme 5 Pro Kini di Malaysia Dengan Harga Serendah RM599!

Sekian

42 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Menarik smartphone ni, setanding jenama terkenal

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. saya pun teringin ank beli satu nanti hehe :)

      Delete
  2. Interesting! Alaaa phone lama elok lagi syg nak tukar baru. Tapi realme mmg best. Bru sembang dgn kawan semalam pasal phone ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. phone ni mmg best, hari tu saya cuba, mmg best :)

      Delete
  3. gamers yang paling teruja dengan realme terbaharu ni rasanya kan :) Tapi serius cantik betul :)

    ReplyDelete
  4. Hi, Nice review of the Both mobiles but where can i buy Realme 5 in Klang or Bukit tinggi Shah alam etc is it in Oppo store?? pls help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, i think for now you can pre-order, and and maybe you can check at this website for the store. https://realmemalaysia.ucraft.net/

      Delete
  5. Menarik nie..harga pun berpatutan..ok da boleh fikir nak pakai phone nie la..

    ReplyDelete
  6. Memang terbaik untuk mereka yang sedang mencari hp baharu dgn harga mampu milik

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik , kalau segi kamera pun 'not bad' jugak.. hehe. Lepas ini boleh pergi survey harga di area kawasan Naim

    ReplyDelete
  8. gamers ni mesti teruja. dah makin banyak brand smartphone yang canggih-canggih menjadi pilihan penggemarnya. lagi2 kalau harga mampu milik, lagilah mudah jadi rebutan

    ReplyDelete
  9. serios? Rm600 je. murah tak padan dengan features yang diberikan. tapi murah baguslah jimat duit.

    ReplyDelete
  10. interesting realme 5 and realme 5 pro..spek yg paling penting bagi saya kamera mesti cantek, baru best nak selpie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha skrg ni camera pun penting untuk phone, tambah2 untuk yg suka bergambar

      Delete
  11. Serious lahhh tu harga dia? Ada dua revolusi baharu. Pasti buat mereka yang kaki selfie teruja nak beli. Betul2 real ni 5camera.

    ReplyDelete
  12. Aduhhh.... Dah terjatuh cinta ngan Realme 5 Pro ni laaa... Function bagus, paling best harga dia tuuuu.. Mampu milik! Nak book laaaa

    ReplyDelete
  13. Minat gak gan phone ni terutama bab camera dia..sis tgok hasil dr camera dia mmg cantik, macam tersuka..mcm nk dptkn satu je..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. camera dan juga rekaan dia antara spesifikasi yg saya suka

      Delete
  14. Murah dan berbaloi. Saya suka dengan performance grafik dia memang terbaik.. terutama buat gamers ini adalah hp yang sangat direkomenkan

    ReplyDelete
  15. Harga telefon dengan spec dia.. fuhhh sangat berbaloi untuk dimiliki. Kira ok sangat la harga tu. Dengan kamera pun 48mp. Storage beso. Nak apa lagi kan..

    ReplyDelete
  16. wow!!! seriously menarik la feature telefon ni... camera dia tu paling wowwiee junior juice gitewwww... boleh la check it out untuk next telephone range yang nak didapatkan... eh... hehehehe...

    ReplyDelete
  17. wahhh bagus juga ya spesifikasi REALME 5 dan yang PRO tu. harga pon berpatutan. no wonder skrg ramai yang sarankan utk beli dan pakai Realme. not bad lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, realme ni kira baru lagi dalam pasaran tapi dh keluarkan yg hebat2 :)

      Delete
  18. Memang menarik..Nad dah pegang dan ambil gamabr guna kamera ni..terpegun sangat..gambar sharp dan cun..warna dia pun cantik..kene beli ni..hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kena beli jugak ni, walaupun duit tak berapa nak ada.

      Delete
  19. Qiss memang nak beli fon Realme dari dulu lagi. Bila ada fon baru kuar ni memang tak lepaskan peluang nak beli la. Best juga bateri besar. Nanti Qiss nak try kamera dia. Kalau ok boleh beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mcm nak beli, sebab lama juga tak tukar phone hehe

      Delete
  20. berbaloi sangat siapa tengah cari telefon baru dengan spec high end tapi harga murah mesra poket. boleh tahan hebat jugak Realme offer untuk market Malaysia ni. Nak try tengok demo telefon kat kedai Realme la mana tahu berkenan

    ReplyDelete
  21. wah boleh tahan murah harga dia. Best ni kena beli buat second phone

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post