Review Filem : Rambo: Last Blood (2019)



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam rancangan REVIEW FILEM APA MINGGU INI? Pada hari Jumaat yang lalu, aku berpeluang untuk menonton filem aksi Rambo: Last Blood lakonan hebat pelakon terkenal Hollywood, Sylvester Stallone. Walaupun ini adalah filem ke lima dalam siri franchise Rambo, tetapi untuk aku ianya adalah yang pertama aku tonton. Sebelum-sebelum ini mungkin pernah tontong siri yang sebelum tetapi ketika aku kecil dan aku tak ingat langsung plot dan sebagainya. Jadi review kali ini adalah daripada sisi seorang yang belum pernah menonton filem Rambo sebelum-sebelumnya.

RAMBO: LAST BLOOD

Rambo: Last Blood (2019) merupakan sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Adrian Grunberg, lakon layar ditulis bersama oleh Sylvester Stallone, merupakan filem tentang sebuah watak John Rambo, dicipta oleh penulis David Morrel untuk novelnya First Blood. 

Filem ini merupakan filem ke 5 dalam Rambo franchise. Filem di dalam Rambo franchise adalah First Blood (1982), Rambo : First Blood Part II (1985), Rambo III (1988), Rambo (2008) dan juga Rambo : Last Blood (2019). Dengan bajet sebanyak $USD 50 juta, setakat ini jumlah box officenya adalah $USD 65.9 juta. 

Mula ditayangkan pada 20 September 2019 di USA. Filem ini menerima kritikan yang pelbagai.




SINOPSIS

Eleven years after the events in Burma, Vietnam War veteran John Rambo lives in Bowie, Arizona in his deceased father's horse ranch, which he manages with his old friend, Maria Beltran, and her granddaughter, Gabriela. Gabriela reveals to Rambo that a friend of hers, Gizelle, has found Gabriela's biological father, Miguel, in Mexico. Against Rambo and Maria's wishes, Gabriela secretly drives to Mexico to ask why Miguel had abandoned Gabriela and her mother years ago. Gizelle leads Gabriela to Miguel's apartment, where he reveals to her that he never really cared for Gabriela or her mother.

Gizelle takes a heartbroken Gabriela to a local club, where Gabriela is drugged and kidnapped by enforcers of a Mexican cartel. Meanwhile, Maria informs Rambo of Gabriela's disappearance to Mexico. Rambo travels to Mexico and interrogates both Miguel and Gizelle about Gabriela's whereabouts. Rambo is reluctantly led by Gizelle to the club where Gabriela was last seen and confronts El Flaco, the man who last spoke with Gabriela. A mysterious woman, Carmen Delgado, tails Rambo as El Flaco leads him to Gabriela's location. Rambo is immediately confronted, beaten and marked by the cartel, led by brothers Hugo and Victor Martinez. They take his driver's license, revealing the ranch's location, and a photo of Gabriela, whom Victor recognizes. The cartel vow to mistreat Gabriela further due to Rambo's actions.



Carmen takes Rambo back to her home where she cares for him until he fully recovers. Carmen reveals herself to be an independent journalist who has been investigating the Martinez brothers, the kidnappers and murderers of her sister. Rambo later raids one of the brothels, killing several men until he finds a drugged Gabriela. On the way back home, Rambo thanks Gabriela for giving him hope for ten years before she dies from the forced overdose. Enraged, Rambo sends Maria away and rigs the ranch with traps for a confrontation, and later returns to Mexico to ask Carmen's help in finding Victor. Carmen initially refuses, believing that it will solve nothing, but is convinced after Rambo appeals to her grief and frustrations.

Rambo raids Victor's home, killing several guards and decapitating Victor. In retaliation, Hugo leads a group of hitmen to Rambo's ranch, where each falls victim to the rigged traps. Saving Hugo for the last, Rambo mutilates him and rips his heart out. In the aftermath, a weakened Rambo sits on the porch of his father's house, vowing to continue fighting and to keep the memories of his loved ones alive. During the credits, Rambo saddles up his horse and rides off into the sunset.


REVIEW FILEM

JALAN CERITA

Aku suka dengan jalan cerita yang diketengahkan. Membawa tema pelacuran dan bapa ayam sebagai tema utama ianya salah satu tema yang sering juga dilihat dalam filem-filem di Malaysia. Tetapi untuk pendapat aku di bahagian awal jalan ceritanya seperti terlalu cepat. Mungkin ianya ada kaitan dengan filem terdahulu.

Antara yang aku suka adalah bagaimana proses mencari Gabriella dengan melalui sempadan dan sebagainya. Pastinya babak klimaks dan juga di penghujung merupakan sesuatu yang ditunggu oleh penonton. Puas apabila melihat penjahat-penjahat berjaya dikalahkan.

AKSI
Aksi yang ditunjukkan sememangnya MANTAP! Aku sangat suka bagaimana setiap satu perangkap dipasang dengan baik, segalanya dirancang dengan rapi dan ianya berjaya! Walaupun agak klishe, tapi aku tak kisah.

Nampak realistik bila mana seorang warga tua berlawan dengan penjahat yang ramai apabila menggunakan helah helah sebegitu. 

DARAH
Bertepatan dengan tajuk filem ini yang mempunyai perkataan darah, sememangnya banyak ya darah yang ditonjolkan dalam filem ini. Setiap pembunuhan yang dilakukan nampak jelas dan aku agak terkejut pada awalnya, kerana kebiasaannya babak-babak kejam akan ditapis.

Aku agak terkilan bila mana Gabriella mati ketika dalam perjalanan pulang. Tapi nak buat macam mana, itulah motivasi untuk Rambo membalas dendam. Kalau tidak, tiadalah babak epik di bahagian penghujung filem.

PELAKON



Tahniah diucapkan kepada para pelakon terutamanya teraju utama, Sylvester Stallone kerana membawakan watak ini dengan baik, dalam 5 buah filem membawa watak sama! Hebat. Juga kepada pelakon lain.

Antara watak yang aku tak suka adalah watak Gizelle, kerana sanggup jual kawan sendiri. Walaupun aku mengaku watak sebegini wujud dalam kehidupan seharian. Berkawan atas dasar duit dan sebagainya.

KESIMPULANNYA

Filem ini bagi aku sebuah filem yang hebat dan mampu berdiri sendiri tetapi masih mempunyai beberapa perkara yang boleh diperbaiki untuk menaikkan mutu dan kualiti filem ini. Banyak juga elemen yang bagus dan mampu menutup segala kekurangan. Harapannya semoga ada Rambo 6 pula selepas ini, mungkin sebagai prekuel? 

MARKAH : 7.2 /10

Sekian


** Suka untuk diingatkan bahawa segala review dan ulasan diatas adalah ulasan peribadi daripada penulis sendiri. Jika ada sebarang perbezaan pendapat itu bukan masalah penulis.**

Sumber : Google Image | Wikipedia

35 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Betul. Aku pun mcm samar2 dengan filem rambo rambo lain. Yg baru ni pun belum tgk lagi. Just kalau tgk rambo teringat faradyable je hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! haha. tapi bolehlah nak layan. nak kena cari balik rambo2 lama ni.

      Delete
  2. citer rambo ni mmg best..penah tgk yang lama2 punya, mmg terbaik..ni keluar yg baru,kita layan yg ni plak..tgk boleh on ke tidak jalan citer dia..tapi baca review, macam best tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best untuk saya yg masih lupa rambo2 sebelum ni. haha.

      Delete
  3. xminat sgt cite omputih ni..hehe

    nice review :)

    ReplyDelete
  4. Macam best ni. Action saya suks tengok. Masuk list movie ni.

    ReplyDelete
  5. Filem siri legend ni. Bab2 cerita aksi memang minat. Lagi plak hero best. Mesti sedih part Gabriella mati kan. Tak sabar pulak nak tonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun terkejut bila mana part Gabriella tu mati. sebab masih di awal filem :)

      Delete
  6. memang nampak tua sangat dah rambo dalam cerita ni dan mek yakin cerita rambo tak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. nampak tua. tpi ada ura-ura yang akan ada rambo 5 pulak lepas ni :)

      Delete
  7. Otai betul pelakonnya... cite rambo pon boleh dianggap cerita legend.. yang ini belum tengok lagi

    ReplyDelete
  8. Dr review mcm best cerita ni. Minat jugak lakonan Sylvester Stallone, lama dah tak tengok dia berlakon. kalau free nak bwk anak gi tengok nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best cerita ni. tapi macam bahaya untuk bawa anak-anak dibawah umur. sebab ada beberapa babak yg tak sesuai :)

      Delete
  9. Hebat stallon dah tua2 pun masih mampu bawa watak lasak. pelakon hollywood memang camtu, dah tua tapi masih fit. berbanding pelakon negara kita, kalau dah tua asyik bawa watak atuk, papa, dato' dll which bukan watak lasak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. industri malaysia dengar hollywood jauh bezanya :)

      Delete
  10. Baca sinopsis memang best tapi nak tengok tu rasa bercinta. Dulu pernah tengok sekali je filem Rambo. Tapi masa pelakon tu muda muda lah. Sekarang ni nak tengok kena riki2 dulu sebab ada anak anak. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Tak leh nak bayang kalau ada remake Rambo, ada ke yg boleh ganti Sylvester Stallone ni. Huhu. Mmg dah sebati sangat dia dgn Rambo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. watak ni memang dah sebati dengan sylvester stallone. memang susah nak terima kalau pelakon lain yg lakonkan.

      Delete
  12. Ingat nak gi tengok tapi tak boleh bawak anak plak. Layan juga citer rambo ni. Beli CD je la nanti nampaknye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab ada adegan yg saya rasa tak sesuai sebab kejam. haha. tapi kalau nk bwk okay je kut ;)

      Delete
  13. Masih belum berpeluang tonton lagi, melihat pada review macam terbaik ja. hehe

    ReplyDelete
  14. Stallone ! My dad confirm suka movie ini! CONFIRM! Thanks for sharing!!!

    ReplyDelete
  15. Cerita aksi yg memang sangat dinantikan. Utk filem terbaru ni belum berkesempatan menonton lagi

    ReplyDelete
  16. Haritu tengok trailer pun dh macam best.lepas tu ramai kata best..nad sampai sekrg tak tengok lagi..hahaaa..tapi suka tengok cerita ramboo dulu..yang moden ni pun mesti gempak

    ReplyDelete
  17. He is such a old actor now, but still very professional! This movie looks really good too.

    ReplyDelete
  18. x sempat nak tgk filem, nanti la agaknya bila dah pencen huuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post