Senarai Bangunan Yang Pernah Menjadi Bangunan Tertinggi di Malaysia



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar? Kali ini aku nak kongsikan dengan anda info menarik mengenai bangunan tertinggi di Malaysia. Umum mengetahui bahawa Malaysia sekarang ini mempunyai banyak bangunan tinggi hasil kemajuan ekonomi dan juga pembangunan pesat.

Senarai kali ini akan mengimbau balik kenangan dari bangunan pertama yang diiktiraf sebagai bangunan tertinggi sehinggalah yang akan datang. Mungkin ada bangunan yang anda tidak sangka-sangkakan berada di dalam senarai ini. Jom kita kira senarai turun 17 hingga 1.

Artikel Berkaitan : [ 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia 2019 ]

17. Menara Condong Teluk Intan 
Sumber : Orang Perak


Bandar : Teluk Intan  Tahun : 1885 - 1897 Ketinggian : 25.2 meter  Tingkat : 3

Merupakan salah satu menara condong yang terdapat di dunia, setanding dengan Menara Condong Pisa di Itali. Menara ini condong ke bahagian kiri, sama dengan Menara Pisa. Bangunan ini adalah setinggi 25.5 meter tinggi. Jika dilihat dari luar, bangunan ini kelihatan seperti 8 tingkat tetapi kenyataannya adalah hanya 3 tingkat sahaja. 

16. Bangunan Sultan Abdul Samad
Sumber : Watch,Game,Read

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1897 - 1842 Ketinggian : 41 meter  Tingkat : 3


Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada penghujung abad ke 19 dan terletak di Jalan Raya berhadapan dengan Dataran Merdeka dan juga Kelab Diraja Selangor. Bangunan ini pada awalnya dibina sebagai bangunan pentadbiran bagi kerajaan British semasa zaman penjajahan. Sekarang, bangunan ini menjadi pejabat bagi Kementerian Komunikasi dan Media serta Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. 

15. Bangunan Sultan Ibrahim
Sumber : MyPT3

Bandar : Johor Bahru  Tahun : 1942 - 1945 Ketinggian : 60 meter  Tingkat : 5


Bangunan Sultan Ibrahim merupakan bekas bangunan pentadbiran bagi negeri Johor. Terletak di Bukit Timbalan di Johor Bahru. Bangunan ini dibina sekitar tahun 196 hingga tahun 1939. Merupakan bangunan tertinggi di Malaya bagi era sebelum merdeka. 


14. Bangunan Lee Yan Lian
Sumber : nas.gov.sg

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1945 - 1959 Ketinggian : 73 meter  Tingkat : 18

Merupakan bangunan pencakar langit terawal di Malaysia.

13. Bangunan Parlimen
Sumber : Flickr

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1959 - 1971 Ketinggian : 77 meter  Tingkat : 20 

Terletak di kawasan Taman Tasik Perdana, kompleks ini mempunyai dua bahagian, untuk bangunan utama mempunyai 3 tingkat dan juga mempunyai menara setinggi 20 tingkat. Bangunan utamanya mempunyai Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Bangunan ini dibina ketika pusat pentadbiran kerajaan masih berada di Kuala Lumpur.


12. Menara Takaful
Sumber : Penang Travel Tips


Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1971 - 1973 Ketinggian : 110 meter  Tingkat : 28 

Dikenali sebelum ini sebagai Bangunan Sime Bank. Merupakan bangunan pencakar langit pertama melebihi ketinggian 100 meter.

11.  Crowne Plaza Mutiara
Sumber : hotelroomblog.com

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1973 - 1978 Ketinggian : 130 meter  Tingkat : 36

Sebelum ini dikenali sebagai KL Hilton. Telah dirobohkan pada tahun 2013.

10. Menara Bumiputra
Sumber : Penang Travel Tips

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1978 - 1980 Ketinggian : 150.5 meter  Tingkat : 34

Juga dikenali sebagai Menara Bank Muamalat.

9. Bangunan DBKL
Sumber : Wikiwand


Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1980 - 1983 Ketinggian : 150.9 meter  Tingkat : 35


8. Menara KH
Sumber : PropertyGuru


Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1983 - 1984 Ketinggian : 152 meter  Tingkat : 36



Sebelum dikenali sebagai Menara Promet.


7. Kompleks Daya Bumi
Sumber : Wikipedia

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1984 - 1985 Ketinggian : 157 meter  Tingkat : 35

Kompleks Dayabumi merupakan salah satu mercu tanda terawal di bandar Kuala Lumpur dan merupakan antara bangunan pencakar langit yang terawal di Kuala Lumpur. Pembinaan bangunan ini bermula pada 14 Februari 1982.

6. Menara Dato' Onn
Sumber : Pressreader

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1985 - 1985 Ketinggian : 175 meter  Tingkat : 40


Merupakan sebahagian daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bangunan ibu pejabat bagi UMNO dan juga pusat pameran dan persidangan terkenal.

5. Komtar
Sumber : Penang Monthly


Bandar : George Town  Tahun : 1985 - 1988 Ketinggian : 231.7 meter  Tingkat : 65


Komtar merupakan akronim bagi Kompleks Tun Abdul Razak, terletak di bandaraya George Town, Pulau Pinang. Ketika siap dibina, bangunan ini merupakan bangunan kedua tertinggi di Asia. Pada tahun 2015, tambahan 3 tingkat telah dibina menjadikan ketinggian sekarang bangunan ini adalah 249 meter.

4. Menara Maybank


Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1988 - 1998 Ketinggian : 244 meter  Tingkat : 55


Menara Maybank terletak di Pudu, Kuala Lumpur. Merupakan ibu pejabat bagi Maybank. Dibina pada tahun 1984 dan siap pada tahun 1987. 

3. Menara Berkembar Petronas
Sumber : The Patriots

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 1998 - 2018 Ketinggian : 452 meter  Tingkat : 88

Menara Petronas atau Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan tertinggi di dunia mengikut pengiktirafan dari Council on Tall Buildings and Urban Habitat (CTBUH) dan masih lagi bangunan berkembar tertinggi di dunia. Merupakan salah satu mercu tanda di Kuala Lumpur bersama Menara Kuala Lumpur.

2. The Exchange 106

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 2018 - 2021 Ketinggian : 453.5 meter  Tingkat : 106

The Exchange 106 sebelum ini dikenali dengan nama TRX Signature Tower terletak di kawasan Tun Razak Exchange. Mempunyai 106 tingkat dan mempunyai crown di 12 tingkat teratas yang menjadikannya unik.


1. Merdeka PNB 118

Sumber : Halfen Moment

Bandar : Kuala Lumpur  Tahun : 2021 - masa hadapan Ketinggian : 644 meter  Tingkat : 118

Merdeka PNB 118 merupakan sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di bandar Kuala Lumpur, dengan ketinggian 644 meter (ketinggian sebenar masih belum diketahui). Apabila siap kelak pada tahun 2021, akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.

Sumber : Instagram aerill_hassan

Jadi begitulah senarai kira turun dari tangga 17 hingga 1. Bagaimana dengan senarai ini? Ada yang anda tahu atau tidak tahu? Macam aku sendiri, tak sangka Menara Condong pernah menjadi bangunan tertinggi di negara ini. Yang pastinya sekarang sudah banyak bangunan 200 meter ke atas. Yang menjadi lebih menarik adalah banyak bangunan yang sedang dibina sekarang ini datangnya bukan sahajan dari Kuala Lumpur tetapi bandar-bandar lain.


Sekian

35 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. pernah merasa tinggal sehari di Crowne Plaza tahun 2010

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Menara TM tiada sebab ini senarai bangunan yg pernah jadi bangunan tertinggi di Malaysia. Ketika menara TM siap tahun 2001, dah ada bangunan lain yang menjadi bangunan tertinggi ketika itu. jadi menara TM tak masuk dalam senarai ni sebab menara TM tak pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia.

      Delete
  3. Hebat n kagum dgn pencapaian senibina tempatan..

    ReplyDelete
  4. Dalam banyak-banyak tu, teringin nak pergi bangunan condong tu. Dah berapa kali masuk Perak tapi tak juga sampai ke situ...

    ReplyDelete
  5. Wah. Ada dua lagi yang masih dalam pembinaan ye. Makin gah la Malaysia kelak. Tapi tak sangka Menara Condong tu pernah menjadi yang tertinggi kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, mungkin ada bangunan lain yg tinggi tapi tak diiktiraf? entahlah.

      Delete
  6. Wah thanks for the information! This will be my next youtube video! TBH there's a lot of places I did not visit before. As a Malaysian I felt a bit shy~but anyway I will visit them soon!Thanks

    ReplyDelete
  7. Menarik bila kita dapat ambil tahu sesuatu yang ada pada negara kita :) thanks tuan, byk juga yang saya belajar dari posting tuan hari ni.

    ReplyDelete
  8. Bagus perkongsian ini. Kadangkala kita pun dah terlupa yang mana satu tertinggi.. tak sabar nak tengok Merdeka PNB 118 naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang pun dah naik tinggi! tak sabar nak tengok jgak :)

      Delete
  9. so much see and do there, glad you sharing this. I wanna show my teen son, history so important!

    ReplyDelete
  10. Berbangga kita sebagai rakyat Malaysia negara yang maju dari pelbagai seni termasuk seni bina. Terus maju Negaraku Malaysia..!! Eh... Patriotik sangat lak eh.. Doakan kita nak bawak anak² kita jelajah setiap sejarah Malaysia ni nanti

    ReplyDelete
  11. Bangunan sultan Abdul samad pun pernah jadi bangunan tertinggi ye. Hehehe.. Exchange tu baru saya tahu. Nampak dah kat KL ni tapi tatau apekah bangunannya. Thanks info best ni semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exchange tu dah siap , tapi still tak boleh masuk sebab bangunan sekitar tak siap lagi.

      Delete
  12. menara PNB tu baru saya tau nak dibuat dengan 118m. Dan mostly rupanya bangunan tertinggi ni tentulah di KL dan penang. Ada 1 je di teluk intan.

    ReplyDelete
  13. dalam banyak2 bangunan tertinggi ni bangunan Merdeka PNB 118 tu nampak unik sangat.. tertarik tengok .. heheh.. design lain dari lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! saya pun tak sabar. kalau naik lrt dkt stesen pasar seni, boleh nampak jelas bangunan ni. :)

      Delete
  14. Tak semua dapat tengok depan mata sebenarnya. Yang last tu cantik design. Dalam banyak2 list tu teringin nak tengok menara condong.

    ReplyDelete
  15. Tak sangka bangunan Sultan Abd Samad pernah jadi tertinggi waktu dulu2. Now dua bangunan yang otw ni pulak nak take over.

    Malaysia pun nak terikut2 buat bangunan tinggi tapi takut nanti tak fully functional & terisi. Sayang cost permbuatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. nnti terbiar macam tu. tapi rasanya bangunan yg sedang dibina ni semua kawasan dah dibeli :)

      Delete
  16. menari bacaan ni...dulu sy fikir bangunan maybank ni menjadi antar abangunan yang tertinggi. sekali datangnya klcc...lagi tinggi...namun bangunan lama memang tetap klasik dan cantik

    ReplyDelete
  17. OK baru tau list banggunan2 tertinggi di Malaysia.. Thanks for the sharing..
    Kalau Bangunan yg Lama2 tu ukuran dia unik skit kan.. Yg baru2 lebih futuristik

    ReplyDelete
  18. Tinggi-tinggi bangunan sekarang. Mungkin sebab teknologi dah makin canggih dan tanah tak berapa nak ada. Suka juga jalan2 ke Menara Condong dan tempat2 bersejarah tu. Rupanya pernah jadi antara bangunan tertinggi di Malaysia.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post