Senarai Penuh Pemenang Big Stage 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Senarai Penuh Pemenang Big Stage 2019

Big Stage 2019 yang berlangsung selama 8 minggu akhirnya melabuhkan tirainya pada malam ahad. Di musim ke dua ini, Big Stage 2019 diadili tiga orang juri iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza yang setiap minggu hadir dan juga Cakhra Khan dan Judika yang hadir bergilir-gilir. Seramai 12 bintang yang berentap setiap minggu, iaitu 6 bintang lelaki dan 6 bintang wanita. Peserta lelaki terdiri daripada Adzrin, Aziz Harun, Han-byul, Irfan Haris, Kucaimars dan Santesh. Manakala peserta perempuan ialah Chaleeda, Dinda Permata, Fieya Julia, Neeta, Sheryl Shazwanie dan Syada Amzah



Di minggu terakhir, hanya 5 bintang sahaja yang berentap iaitu Han-byul, Neeta, Adzrin, Irfan Haris dan Dinda Permata. Juri jemputan minggu ini adalah Misha Omar.

Senarai Penuh Pemenang Big Stage 2019

Untuk minggu akhir ini, Han-byul menyanyikan lagu Lose Yourself (nyanyian asal Eminem) dan Luka Dan Bahagia (Single Baharu). Neeta menyanyikan lagu I Wanna Dance With Somebody (nyanyian asal Whitney Houston) dan Ruang Mimpi (Single Baharu). Adzrin pula menyanyikan lagu All Of Me (nyanyian asal John Legend) dan juga Picisan (Single Baharu). Irfan Haris menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta (nyanyian asal Flybaits) dan Honey (Single Baharu). Dinda Permata menyanyikan lagu Simalakama (nyanyian asal Yopie Latul) dan juga Ku Tak Bisa (Single Baharu). 



VIVO BBNU Of The Week  : NEETA

Juara : HAN-BYUL
RM 100,000 beserta trofi sumbangan Astro, Sebuah Produa Axia Style , Vivo V17 Pro

Naib Juara : NEETA
RM 50,000 berserta trofi sumbangan Astro

Tempat Ketiga : ADZRIN
RM 25,000 berserta trofi sumbangan Astro

Tempat Keempat : IRFAN HARIS
RM 10,000 berserta trofi sumbangan Astro

Tempat Kelima : DINDA PERMATA
RM 5,000 berserta trofi sumbangan Astro

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan semua finalis. Semoga semuanya akan berjaya dan mewarnai industri muzik tanah air selepas ini. Apa pendapat anda tentang keputusan Big Stage 2019 kali ini? Adakah bintang yang anda minat berjaya?


#BigStage #DominasiBBNU

Sekian

10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post