5 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur



Assalamualaikum dan salam sejahtera

5 Tempat Makan Menarik di Kuala Lumpur

Sebagai seorang yang suka makan, aku sememangnya mencari tempat-tempat menarik untuk lepak dan makan bersama kawan-kawan dan juga keluarga. Apa yang penting adalah makanan dan minuman yang sedap, tempat makan yang selesa juga harga yang berpatutan. Dengan itu, aku rasa terpanggil untuk berkongsi kepada anda yang mungkin berkongsi citarasa yang sama. Selamat membaca.

TEMPAT MAKAN MENARIK DI KUALA LUMPUR

RESTORAN RASA DESA KL
RESTORAN RASA DESA KL

Tempat makan pertama yang aku nak kongsi dengan anda adalah Restoran Rasa Desa Kuala Lumpur. Lokasi yang strategik, restoran ini memberikan pelbagai pilihan menu menarik bercitarasakan masakan melayu dan sebagainya. Di bawah adalah beberapa menu yang sangat sedap yang anda boleh makan di restoran ini.

RESTORAN RASA DESA KL
Menu yang sangat menarik

RESTORAN RASA DESA KL

Terletak di Bukit Damansara, Restoran Rasa Desa KL ini juga ada menyediakan makanan mengikut set dengan harga yang berpatutan. Selain itu, susana di dalam restoran ini juga sangat tenang dan selesa. Untuk lebih lanjut boleh lihat di https://www.facebook.com/Rasadesa.KL/


LOKASI :



BIG BABA NYONYA CUISINE
BIG BABA NYONYA CUISINE

Tempat makan berikutnya adalah Restoran Big Baba yang terletak di Taman Desa, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di restoran ini adalah menu yang terdapat di restoran ini adalah bercirikan masakan baba dan nyonya bertepatan dengan nama restoran ini. Jom lihat antara makanan dan menu di restoran ini.

BIG BABA NYONYA CUISINE
Antara menu menarik di sini.

BIG BABA NYONYA CUISINE

Sedap kan menu-menunya? Kepada yang teringin nak rasa makanan Baba Nyonya, anda bolehlah ke restoran ini. Selain makanan yang sedap, anda juga boleh melihat dekorasi dan kesenian di restoran ini yang sangat unik berbanding restoran-restoran lain. Untuk selanjutnya anda boleh ke https://www.facebook.com/BigBabaTamanDesa/

LOKASI :



BUBBLE BEE CAFE
BUBBLE BEE CAFE
Salah sebuah kafe yang unik dan berdekatan dengan tempat menarik seperti Kwai Chai Hong iaitu tempat menarik untuk dilawati. Berdekatan dengan MRT Pasar Seni juga, kafe ini memberikan pilihan waffle menarik yang sangat cantik dan juga sedap! Selain waffle, apa yang menarik di sini juga adalah pada minumannya. Ada pelbagai jenis minuman ya!

BUBBLE BEE CAFE
Antara minuman di sini.

BUBBLE BEE CAFE

Aku suka dengan cara waffle ini dibungkus. Mungkin untuk satu waffle seperti di dalam gambar adalah banyak untuk seorang, jadi memang sesuai kafe ini untuk pasangan bercinta untuk berdating atau sebagainya. Untuk lebih lanjut, boleh lihat di https://www.facebook.com/bubblebeemy/


LOKASI :





KENNY HILLS BAKERS

KENNY HILLS BAKERS
Lokasinya di Ampang, Kuala Lumpur, Kenny Hills Bakers ini sangat sesuai untuk mereka yang sukakan makanan berasaskan roti dan sebagainya. Ada pelbagai jenis roti yang sedap dan kelihatan enak. Selain itu, di sini juga terdapat pizza yang dimasak menggunakan cara asli! Anda juga boleh melihat bagaimana pizza itu dimasak dan dibakar.

KENNY HILLS BAKERS

Ruangan di dalam restoran ini juga sangat luas dan selesa untuk melepak bersama keluarga dan rakan-rakan. Untuk selanjutnya, anda boleh lihat di https://www.facebook.com/kennyhillsbakers/


LOKASI :





SEAFOOD MANIA FURAMA BUKIT BINTANG

SEAFOOD MANIA FURAMA BUKIT BINTANG

Khas untuk mereka yang sukakan makanan laut, anda boleh makan di Furama Hotel Bukit Bintang! Seafood Mania BBQ yang berharga RM65+ menawarkan pelbagai makanan laut yang segar dan dimasak oleh chef yang berpengalaman.

SEAFOOD MANIA FURAMA BUKIT BINTANG

Pelbagai jenis makanan laut kesukaan anda dapat dimakan dan dirasai di sini. Yang lebih menarik adalah anda dapat melihat bagaimana menu pilihan anda dimasak secara Live! Untuk lebih lanjut boleh lihat di  https://www.furama.com/bukitbintang/

LOKASI :

  
STARBUCKS

STARBUCKS
Tempat terakhir yang aku nak kongsikan adalah Starbucks! Ya, siapa yang tak suka starbucks? Kali ini, Starbucks ada menawarkan rasa kopi terbaru iaitu Guatemala Antigua. Di sini ianya adalah lebih kepada minuman dan bukannya makanan. Walaubagaimanapun masih terdapat makanan yang anda dapat pesan seperti kek dan sebagainya.

STARBUCKS

Untuk mereka yang sukakan kopi, anda memang perlu rasa kopi terbaru ini! Sebab ia sangat berbeza dengan kopi-kopi yang lain. Selain tempat untuk minum kopi, Starbucks juga terkenal dengan tempat lepak yang sangat selesa dan sesuai untuk bersama keluarga dan rakan-rakan di sini. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh lihat di http://www.starbucks.com.my/coffee/medium/guatemala-antigua/whole-bean
LOKASI :

Credit Picture to : thecrazytourist.com


#KualaLumpur4All #GayaTravel  #VisitKL  #AboutKL #VisitMalaysia2020  #VM2020

Artikel ini dihasilkan dari program Kuala Lumpur For All! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 24 hingga 26 Ogos 2019 anjuran Kuala Lumpur Tourism Bureau dan Gaya Travel Magazine .

28 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. nampak sedap semua. teringin nak try masakan baba nyonya tu. ok..masuk dalam list utk trip nanti ke KL. Jalan2 cari makan...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, jemput makan ya nnti :) bolehlah buat review pulak nnti :)

      Delete
  2. kalau ada bajet pasti nak masuk n makan di kesemua tempat yg dinyatakan tu.

    ReplyDelete
  3. Semua nampak menarik!!!!! Bab makanan memang paling suka.. Harap harap crpat atau lambat bekesempatan untuk mencuba nya.

    ReplyDelete
  4. Hari tu duduk KL jap tak tahu nak makan kat mana yang sedap. Last2 makan kat dalam shopping mall je.. Pasni boleh try list yang ada dalam entry ni. Thank you for sharing!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama. banyak sebenarnya tempat makan best, tapi tersorok dkt KL ni :)

      Delete
  5. Dalam banyak-banyak, paling teringin nak rasa ialah seafood di Furama Hotel tu, hahaha! Tapi semua pun nampak sedaplah. Standby duit aje dalam poket kan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saeafood tu pon saya suka. sebab susah nak makan makanan laut. hehe.

      Delete
  6. Banyak jugak tempat dan restoran dalam list ni saya tak pernah pergi. nampak gaya nanti nak kena pergi cubalah ni.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah makan kat tempat-tempat ni kat kl. Yang last sekali tu paling special. Hihi

    ReplyDelete
  8. Tentulah kopi jadi pilihan..memang takde tandingan lagi hika sebut Starbucks. Ade jugak terus bersiap, start enjin keta kang...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Alamak antara 5 tempat ni semunya x pernah sampai lagi. Tapi plg menikat furama, banyak betul
    Pilihan makanan seafood

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ramai yg suka seafood tu. nnti bolehlah singgah ke sana ya

      Delete
  10. Jujur AM katakan AM xpenah lagi sampai ke 5 tmpt yg Aeril sarankan ini.. Ingatkan dah abis teroka KL. Rupanya masih ada yg belum AM cuba lagi. Next nak cubalah mkn di tmpt yg aerill sarankan.

    ReplyDelete
  11. Been staying in KL for quite sometimes but these places are new to me. Great share!

    ReplyDelete
  12. Dalam banyak-banyak lokasi tu, Starbucks tu wajib sebab itu seakan mothership untuk Rawlins di mana2 pun. Haha. Yang lain tu tak try lagi. Nampak macam nak lawat je semua.

    ReplyDelete
  13. tq share info.. boleh jadi rujukan pada masa akan datang..

    ReplyDelete
  14. wahh...tempat rare ni.. yang belum diceritakan orang lagi ni... lapar dah rase

    ReplyDelete
  15. terima kasih kerana post listing ni ... dah jemu makan chicken chop dgn cafe kek nie... mcm susah dah nak cari makanan ala lain. mujurlah terjumpa post ni. antara restoran dalam list ni, saya lebih cenderung kepada masakan nyonya. dah rindu sangat makanan nyonya ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post