Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua. Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang tarikan terbaru di Lost World Of Tambun, Ipoh. Baru-baru ini aku berpeluang ke acara pelancaran kempen terbaru di sana iaitu ‘Awesome Holidays, Time To Play’. Untuk mengetahui tentang kempen ini lebih lanjut , anda boleh teruskan pembacaan ya.

Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?
Abaikan pada selipar dan juga seluar yang di'singting' tinggi itu.

Cabar diri anda pada musim cuti sekolah ini dan bersedia untuk melakukan apa sahaja! Lost World Of Tambun akan menjadi taman tema yang pertama untuk bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie bagi menyambut kedatangan para pengunjung untuk meneroka kembali zaman kanak-kanak, yang akan bermula dari 23 November sehingga 31 Disember 2019.




BARBIE - “YOU CAN BE ANYTHING”

Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?

Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi tanpa batasan kepada setiap gadis.

Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu. Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni ddan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!

“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie

HOT WHEELS - CHALLENGE ACCEPTED

Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?

Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petangsetiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.

Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.

"Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka," kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel

Artikel Berkaitan : [ Sambut Halloween 'Day Of The Dead' di Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh ]

BARBIE DAN HOT WHEELS
Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?

"Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.  Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur "kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?

Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.
Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?

Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan tunggangan terbarunya boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com.


Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?
Terbaiklah!

Bercuti ke Lost World Of Tambun kerana Hot Wheels dan Barbie?
Bersama ini aku kepilkan juga gambar kenangan bersama Barbie live version yang juga merupakan jodoh aku. Doakan kami bersama. Haha.

Terima kasih diucapkan kepada pihak Lost World Of Tambun atas jemputan ke pelancaran ini.

39 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. bawak budak2 dtg sini cuti sekolah nnt seronok jugak. #BW

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok, selain dapat main dan melihat tarikan lain yang ada di LWOT.

      Delete
  2. kalau bawak budak² ni paling dioran gsuka la dapat tengok barbies...eh..takut mak² dia sekali melekat jugak..hehehe

    ReplyDelete
  3. Menariknya. mesti ramai kanak-kanak nak ke sini cuti sekolah nanti. mesti meriah giler cuti sekolah kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang meriah. selain dpt main2 tarikan terbaru ni, boleh juga mandi manda

      Delete
  4. Ann x pernah sampai ke sana lagi.
    Belum berkesempatan lagi nak bawak anak anak. InsyaALLAH satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah nnti ke LWOT ni. banyak tempat menarik. memang tak akan bosan :)

      Delete
  5. Awesome!!!!!!! Truja I tengok Barrie exhibition. Tringin pula nak berkunjung ke Tambun. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  6. Dari kecil memang suka dengan koleksi barbie, sampai suka warna pink sebab barbie. Event yang menarik terima kasih atas perkongsiannya🎈

    ReplyDelete
  7. Seronok anak2 hari tu ke sana.ada plak barbie ngn hot wheels..masing2 xnak berganjak dari table mainan tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu. tengok ramai budak2 yang excited walaupun baru lepas hujan.

      Delete
  8. Untung laa bertemu jodoh dgn Barbie di sana! Eh! Hahah seronok la budak2 dgn aktiviti camni

    ReplyDelete
  9. Lost World Of Tambun memang tak sunyi dengan macam-macam aktiviti. Ada nampak yang pergi sana main permainan kat sana. Meriah sngat. Para peminat Mattels, Hot Wheels & Barbie mesti tak lepaskan peluang ke sini.

    ReplyDelete
  10. Wah. Best jgk lost world of tambun ni. Mcm2 aktiviti ada, sekali tgk mcm universal studio pon ada. Nak pergi boleh walk in ke? Ke elok beli tiket online

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah pgi nnti. walk in pun boleh, nak beli online pun boleh. kalau saya, saya beli online, boleh plan perjalanan nnti.

      Delete
  11. Waa look so nice laa, tapi sayang when I was in west Malaysia belum ada lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nnti bolehlah ke sini. mungkin ada tarikan terbaru :)

      Delete
  12. Wow bestnya dapat pergi Lost World Of Tambun tengok Barbie dan Hot Wheels secara life seronok makin meriah lah cuti sekolah kali ni boleh bawa family dan anak-anak pergi tempat macam ni lebih bermakna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. luangkan masa bersama family di cuti sekolah :)

      Delete
  13. Ehemmm gambar last tu.. Ok, sis doakan jodoh utk awak yeee... hehe. Masa kecik dulu patung barbie ni bagi sis anak patung orang kaya-kaya je sebab harga dia agak mahal tapi kanak-kanak sekarang beruntung.Semua dah mampu memiliki anak patung barbie siap boleh jumpa versi live lagi.. bertuahnyaaa

    ReplyDelete
  14. Wah.. Mesti meriah n seronok anak2 kalu bawa ke LWOT nie.. Byk juga rupanya aktiviti menarik bagi mengisi cuti sekolah anak2 nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. memang meriah tarikan terbaru ni. selain tu dapat jugak main permainan dalam tu

      Delete
  15. Sekali tu dia kemain jauh Tambun nun. I gatkan dwkat dekat je boleh ajak anak anak pergi. Diorang memang minat barbie. Kalau dekat Tambun memang kena plan baru dapat pergi. Bestnya dapat jumpa Barbie kat in live ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah plan nnti ya. memang best ke sana. banyak tarikan lain jugak selain barbie ni

      Delete
  16. Sau khi vệ sinh xong thì ấn nút 19 để xóa biểu tượng.

    ReplyDelete
  17. amboi bertuahnya dapat jumpa jodoh sekali..haha

    ReplyDelete
  18. Hahahhaha untungnya jodoh Barbie. Ini bukan mak budak pun suka. Menarik nau

    ReplyDelete
  19. best sangat ! last ke tambun pada 2013 mungkin. rasanya tahun depan kena repeat pergi tambun sambil lawat ipoh. kena set date elok elok ni.

    ReplyDelete
  20. best betul tengok..tak pernah pergi Lost Of World Tambun lagi..kene pergi ni nak tengok barbie dan hotwheels..dah la barbie ni comel..hehe..anak-anak tengok mesti suka

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post