Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019 - Aerill Hassan™

Terkini

Monday, November 25, 2019

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019 | Apa khabar semua? Baiklah, kali ini aku nak kongsikan tentang pengalaman aku menyertai satu 'race' baru-baru ini. 'Race' tersebut ialah Putrajaya Bird Race 2019 yang obviously dijalankan di Putrajaya. Lokasi bagi pelancaran adalah di Taman Wetland Putrajaya. In shaa Allah aku akan cuba untuk ceritakan pengalaman dari awal hingga akhir. Jemput membaca ya!

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019

Di awal pagi hari sabtu, 16 November 2019, sebelum Putrajaya Bird Race dilancarkan dan bermula, kami iaitu sekumpulan media, bloggers dan influencers diberi penerangan tentang aktiviti dan tentang Putrajaya Bird Race dengan lebih jelas. Kemudian kami diberi t shirt dan juga drawstring beg yang mengandungi senarai burung-burung yang terdapat di Putrajaya dan sebuah buku untuk catatan.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019

Selepas sahaja taklimat tersebut, kami semua dibawa ke ruang pameran yang terletak tidak jauh daripada bangunan pertama Taman Wetland Putrajaya. Ruang pameran ini dilaksanakan oleh Urban Birding ya! Di sini kami dapat melihat pelbagai jenis burung melalui pameran gambar. Ada gambar burung yang dilukis cantik! Ada juga gambar burung yang ditangkap oleh jurugambar professional.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Perjalanan ke Ruang Pameran

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Antara potret burung

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019

Selain itu, dibahagian akhir pameran kami dapat melihat tayangan video dan gambar burung serta penjelasan mengenai spesies burung tersebut di bilik yang ada di dalam bangunan yang sama.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019

Kemudian, setelah menukar pakaian dengan memakai T Shirt yang disediakan, sementara masa masih ada sebelum majlis pelancaran Putrajaya Bird Race 2019, kami semua berkampung atau tertumpu di bahagian Memanah. Setiap daripada kami diberi peluang untuk memanah dengan penuh gaya.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019

Kemudian, tibalah masanya untuk 'briefing' iaitu taklimat kepada semua peserta mengenai peraturan dan bagaimana Putrajaya Bird Race 2019 ini berlangsung. Setelah itu, barulah Putrajaya Bird Race 2019 ini bermula apabila telah dilancarkan.

TENTANG PUTRAJAYA BIRD RACE 2019

TUJUAN ➤ Putrajaya Bird Race 2019 merupakan edisi kali pertama dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam mempromosikan Putrajaya sebagai destinasi eko pelancongan dan destinasi urban birding bersempena Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2020.

ANJURAN ➤ Putrajaya Bird Race 2019 ini dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj), Urban Birding dan kolaborasi bersama Nature Educational Society (NEST).

LOKASI ➤ Putrajaya Bird Race 2019 ini melibatkan 8 check point di tiga kawasan iaitu di Taman Wetland, Taman Botani dan Taman Rimba Alam. [ Kumpulan aku hanya mencari burung di Taman Wetland sahaja ]

KATEGORI ➤  Terdapar tiga kategori yang dipertandingkan di Putrajaya Bird Race 2019 ini iaitu kategori terbuka, kategori sekolah dan kategori agensi kerajaan/swasta.

Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang iaitu pemerhati, pengguna teropong dan pencatat. Sebanyak RM5,000 disediakan untuk pemenang-pemenang Bird Race Putrajaya 2019. Selain itu, terdapat juga pelbagai aktiviti yang disediakan buat para pengunjung yang hadir seperti bengkel backyard buddy, bengkel demo bird bath, bird feed dan bird house, photography talk, story telling burung, bengkel origami, permainan tradisional, aktiviti memanah tradisional, face painting dan sand art.


FUN FACT : Berdasarkan rekod PPj, Jabatan Perhilitan dan NEST, terdapat lebih daripada 200 spesies burung di Putrajaya. 

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Bekalan makanan tengah hari.

Aku ditempatkan kumpulan bersama Abang Zul dan Kak Ina daripada OOTB Channel. Alhamdulillah, dapat pasukan yang baik dan bersemangat. Haha. Selepas makan, kami terus mencari burung-burung yang ada disekitar Taman Wetland tersebut.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Menara Tinjau

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019

Sempat juga aku naik menara tinjau ini yang aku tak pasti berapa tingginya. Boleh lihat pemandangan Putrajaya yang penuh kehijauan. Malangnya tak nampak satu ekor burung pun dari atas tu. Walaupun aku naik seorang diri ke atas, menakala ahli pasukan aku yang lain berada di bawah, tak mengapa sebab ada ramai budak-budak sekolah di atas.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Gambar Candid Sedang Teropong Burung

Untuk pengetahuan anda, Putrajaya Bird Race 2019 ini berlangsung selama 24 jam. Bermakna ia akan tamat pada waktu yang sama bermula pada 17 November 2019 iaitu keesokan harinya. Jadi semua peserta mempunyai masa yang cukup untuk mencari burung.

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Barisan Pemenang

Pengalaman Sertai Putrajaya Bird Race 2019
Juri Putrajaya Bird Race 2019

Walaupun pasukan kami tidak tersenarai sebagai pemenang, tetapi pengalaman menyertai Putrajaya Bird Race 2019 ini sangat seronok, kerana pertama kalinya menyertai 'race' sebegini rupa. Ada beberapa perkara yang boleh diperbaiki dari pihak penganjur untuk menjadikan program ini lebih menarik di masa akan datang. Semoga edisi berikutnya akan lebih menarik, teratur dan lebih ramai yang akan sertai. Jumpa di edisi 2020 pula ya!

Sekian


#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020

Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

37 comments:

  1. agak thrill juga la juga bird race ni ye.
    seronok la dapat join walaupun tak menang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mencabar jugak, banyak kali teropong tapi tak nampak burung haha

      Delete
  2. bukan senang nak mengenal burung-burung ni.. pasti ada jumpa spesis yang rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak yang rare! ada 200 lebih spesies burung! ada yang sekecil2nya..

      Delete
  3. Good event you participated. Wetland is a good place for bird watching and also to do photography project. I love it there.

    ReplyDelete
  4. Pernah juga masuk wetland Putrajaya ni. masuk utk tgok apa pameran dalam bangunan sambil bawak anak main tayangan interaktif ikan dalam kolam..suka la budak melompat2 dlm tu.hehe

    x sangka plak luas kawasan dia yg x habis teroka.ingatkan dlm bangunan tu je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang luas! tapi putrajaya memang kawasan yang banyak kehijauan :)

      Delete
  5. I never been to any bird race before and this event is quite interesting. Will definitely join them next year to get to know about birds.

    ReplyDelete
  6. Belum sampai wetland Putrajaya, cuma lalu kat luar aje. Oh tertanya2 jugak mcm mana nak buat bird race. Hahaha. Btw, kalau mcm ni sis suka nak join. Boleh kenal spesies2 burung yang ada. Mencabar jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang mencabar! Terutama bab mencari burung. Kalau ada equipment yg tepat memang senang nak mencari

      Delete
  7. Halah-halah comelnya nama race, lama tak lepak wetland. Nice event

    ReplyDelete
  8. Menarik. Suka tengok gambar burung yang dipamerkan tu. Mesti jumpa spesis burung yang jarang jumpa kan masa race ni. Nak join yang tahun depan punya race lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak burung yang jarang jumpa, and apa yg pasti saya memang jarang jumpa burung masa race ni haha

      Delete
  9. dah lama tak datang putrajaya..menarik betul race tengok burung ni. setahu BBL area putrajaya tu memang banyak burung. cantik-cantik lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. putrajaya memang kawasan yang banyak kehijauan, so memang percayalah bahawa memang banyak burung di sana

      Delete
  10. Wow..race yang sangat unik . If next penganjuran bersama anak² best gak kan sambil tu boleh la anak² mengenali dengan lebih dekat lagi spesis burung²

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai juga yg bawak anak, sebab ada aktiviti yg menarik sesuai untuk anak2 jugak.

      Delete
  11. Bestnya race mcm ni..smbil tengok apa yang ada dekat situ..tak sangka ada tempat menarik ni dekat putrajaya..Ada tempat burung ye..ornag luar boleh masuk la ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesiapa sahaja boleh masuk ke taman wetland ni! memang seronok. hujung minggu lepak kt sini memang best.

      Delete
  12. OOO buat dekat wetland Putrajaya! area tasik tu memang ada banyak spesis burung cantik-cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik gmbr2 yg ditangkap oleh photographer professional burung2 dkt tasik tu.

      Delete
  13. Tahniah kepada semua pemenang. Tak menang pon takpe. Dapat sihatkan badankan?

    ReplyDelete
  14. Wah. Mestinya peminat pertandingan ini insan-insan penyabar dan mempunyai penglihatan yang taja. Rawlins seorang yang kurang sabar dan mata pun tak jelas hahaha. Bagus ada event sebegini - boleh la bawa rerakan especially dari luar negara untuk mengenali fauna Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha samalah kita! dah lah saya ni pakai cermin mata, lepas tu nak teropong pakai binokular lagi, haha.

      Delete
  15. Terbaik la perkongsian ni dan terbaik la aktiviti dan event macam ni.
    Sangat menarik until disertai Dan sangat bermanfaat. Dan yang penting, kena bawa kamera Dan teropong, baru dpt kepuasan maksima

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, in shaa Allah next year saya nak join lagi. jom join :)

      Delete
  16. AM penah buat event kat taman Wetland.. Taman Wetland ni mmg besar n banyak aktiviti boleh dilakukan.. Yg penting cantik bila OOTD.. 🤭 🤭 🤭 .. I wish i can join also this type of program.. Tak pernah lagi join bird race nie..

    ReplyDelete
  17. wahhhh ! tahniahlah dah sertai race nie. nampak menarik dan best betul. oleh kerana duduk dekat dgn putrajaya, tak sangka banyak tempat kt sini cantik2 dan xpernah lagi teroka.

    ReplyDelete
  18. Cantiknya menara tinjau dia! Kalau dekat Bukit Cerakah semua menara tak boleh naik. Tak pernah lagi masuk Wetlands Putrajaya ni, nampak cantik sangat dalam gambar Aeril.

    ReplyDelete
  19. bagus ada aktiviti mcm ni....buka peluang untuk jalinkan silaturrahim...nice sharing

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.