Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca semua. Alhamdulillah, aku sihat sejahtera. Sebenarnya dah lama juga aku peram artikel ni, dah hampir sebulan berlalu, baru kali ni sempat nak berkongsi. Apa yang aku nak kongsikan adalah kisah Travelogue Percutian aku ke Melaka selama dua hari dan satu malam. Jadi, aku nak kongsi beberapa tempat yang aku sempat singgah selama dua hari dan satu malam ini. Semoga terhibur membaca kisah aku.

TERMINAL BERSEPADU SELATAN, KUALA LUMPUR
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Sepatutnya bas yang akan dinaiki untuk bertolak ke Melaka Sentral adalah pada pukul 8.30 pagi. Tiket bas sudah dibeli dengn harga RM11 beberapa hari sebelum. Malangnya, aku lambat sampai ke TBS. Bukan salah aku tetapi salah KTM Komuter, kerana tidak mengikut waktu yang tertulis pada papan kenyataan. Aku sampai di stesen KTM pukul 7.30 pagi. 8.15 pagi baru ada koc KTM Komuter datang. Pukul berapa pula nak sampai ke TBS tu?

Akhirnya tiket bas baru terpaksa dibeli dengan harga RM10 yang akan bertolak pada jam 9.30 pagi. Sempatlah untuk aku bersarapan dan mengenangkan situasi KTM Komuter tadi. Memang selepas ini aku tak naik KTM Komuter dah!

MELAKA SENTRAL, MELAKA

Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Sampai di Melaka Sentral pada jam 11.40 pagi. Kemudian, aku terus ke rumah rehat atau guest house yang telah dibayar sehari sebelum dengan harga yang sangat murah. Sampai sahaja di Melaka Sentral, aku terus booking GrabCar, mujur ada voucher GrabCar, jadi perjalanan dari Melaka Sentral ke rumah rehat menjadi lebih murah.

MARI MARI GUEST HOUSE, MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Aku memilih untuk tinggal di Mari Mari Guest House yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. Guest House ini lokasinya bagi aku strategik kerana berdekatan dengan kawasan ikonik di bandar Melaka ini. Yang paling penting harganya untuk satu malam sangat murah, iaitu RM5 sahaja. Rahsianya adalah beli di Agoda.

Aku memilih untuk tinggal di Mixed Room. Bercampur dengan orang lain. Sebab apa? Sebab aku di rumah itu hanyalah untuk tidur dan mandi sahaja. Selebihnya aku berada di luar bersama kawan-kawan melakukan aktiviti makan dan photoshoot. Sebetulnya pada jam 2 petang baru boleh untuk check in, tetapi disebabkan aku dah sampai awal, aku dibolehkan untuk check in awal.

MAHKOTA PARADE, MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Setelah selesai check in dan berehat selama beberapa minit, aku terus mencari tempat makan. Yalah, dah tengah hari. Perkara pertama yang aku cari pastinya adalah Asam Pedas. Banyak jugak artikel di Google yang aku cari mencari Asam Pedas terdekat yang sedap. Malangnya setelah berpuluh minit mencari, berjalan dan berpeluh, masih tidak jumpa.

Aku terus masuk ke dalam Mahkota Parade Shopping Mall untuk mengambil angin pendingin hawa. Kemudian aku terbau satu bauan yang aku kenal. Iaitu Kentucky Fried Chicken. Disebabkan dah terlampau lapar, jadi aku terus makan KFC sahaja.

MR.DIY MAHKOTA PARADE, MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Selepas sahaja selesai makan KFC, aku terus whatsapp kawan aku yang bekerja di Mr. Diy disini sebagai Assistant Supervisor. Sememangnya aku datang ke Melaka bertujuan nak jumpa kawan aku juga selain bercuti dan merehatkan diri. Alhamdulillah, dapat jumpa dan bersembang walaupun sekejap, kerana kawan aku sedang bekerja dan waktu bekerjanya tamat pada lewat malam.

KOTA A' FAMOSA, MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Dalam perjalanan pulang ke Mari Mari Guest House, aku melalui beberapa kawasan ikonik iaitu Kota A' Famosa. Pastinya peluang mengambil gambar tidak dilepaskan. Kali terakhir aku ke sini adalah pada tahun 2017 bersama keluarga.  Sememangnya aku sangat kagum melihat pintu A'Famosa yang masih gagah berdiri sedangkan bahagian lain sudah tidak kelihatan.

ENCORE MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam


Setelah beberapa jam berehat di rumah rehat, aku terus ke Encore Melaka untuk menyaksikan persembahan hebat selama 70 minit. Aku pergi ke Encore dengan menaiki GrabCar kerana kalau berjalan kaki pastinya lambat sampai. Berada di Encore Melaka pastinya sesiapapun tak akan melepaskan peluang untuk bergambar di hadapan bangunan yang sangat cantik ini.


ASAM PEDAS CLAYPOT KOTA LAKSAMANA
Setelah tamat persembahan dan sebagainya, aku terus bersama rakan untuk berjalan-jalan mencari makan di sekitar Jonker Walk. Kemudian, kami menaiki MyCar untuk ke sana. Alhamdulillah, pak cik My Car sangatlah baik hati kerana memberitahu tempat Asam Pedas yang sedap dan membawa kami ke sana. Sememangnya tempat yang dibawa oleh pakcik tersebut sangat meriah dengan restoran Asam Pedas.
MELAKA RIVER

Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam

Selesai makan, perut pun dah penuh. Tibalah masa untuk pulang ke guest house. Disebabkan hanya beberapa kilometer sahaja lokasi, jadi aku tak bercadang untuk menaiki sebarang kenderaan melainkan berjalan kaki sahaja. Memang seronok bila mana berjalan kaki diwaktu malam yang sejuk.

Sepanjang perjalanan, ada beberapa tempat yang menarik kami lalui dan salah satunya adalah Melaka River. Sempat juga aku berphotoshoot disitu, dengan lampu berwarna-warni. Bukan aku sahaja yang berphotoshoot, tetapi ada juga sekumpulan orang yang turut sama berphotoshoot.

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM, MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam


Sampai sahaja di Mari Mari Guest House, aku terus merehatkan diri selepas selesai membersihkan diri. Berehat dan pulihkan tenaga yang banyak hilang sepanjang hari. Keesokkan harinya selepas check-out pada jam 11.30. Aku menunggu kawan aku datang ambil. Kemudian dia membawa aku ke Coconut Shake Batu Berendam.

Sudah lama jugak sebenarnya aku tak rasa Coconut Shake ni. Yang lebih memeranjatkan adalah bukan coconut shake yang menjadi tarikan bagi aku tetapi menu lain ya.

CENDOL KAMPUNG HULU, MELAKA
Travelogue Percutian ke Melaka 2 Hari 1 Malam


Setelah selesai makan di Coconut Shake Batu Berendam, kami bercadang untuk ke The Shore di mana boleh melihat seluruh pemandangan Melaka. Malangnya, setelah kami sampai dan berpusing-pusing mencari parking, ada bayaran ya untuk naik ke atas. Disebabkan wang yang tidak mencukupi, kami terus ke tempat lain.

Tempat itu adalah Cendol Kampung Hulu, Melaka. Salah satu tempat yang menarik kerana terletak berdekatan dengan sungai melaka. Pertama kali aku melihat tempat makan cendol yang begitu cantik dan menarik. In shaa Allah jika aku bersama keluarga ke Melaka, aku akan membawa mereka ke sini.

______

Jadi, sekian sahaja untuk kisah Travelogue Percutian aku ke Melaka selama 2 hari dan 1 malam sahaja. Untuk kos sepanjang percutian singkat ini adalah sangat jimat dan sedikit sahaja. Mungkin jika lebih banyak bajet, mungkin ada beberapa tempat lain yang boleh dilawati lagi. Terima kasih kerana membaca sehingga ke perenggan ini. Jumpa lagi dalam sesi Travelogue lain kali pula.

Sekian. 

37 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Terima kasih atas perkongsian. Bandar bersejarah dimelaka kalau lalu melaka mesti nak singgah tak pernah tak menarik ✌🏻✌🏻😃 sedapnya cendol mesti kene cuba 😃😃

    ReplyDelete
  2. bestnya baca artikel aeril.syok je baca sebab satu persatu diterangkan.sangat membantu bagi yang pertama kali nak datang ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih hehe. alhamdulillah, semoga yg membaca dapat informasi :)

      Delete
  3. Wow!!!!!!! Awesome travelogue. You write a lot of good travel experience. Keep on the good work.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih share tempat yang menarik di Melaka . Insha ALlah jika ada rezeki boleh Naim pergi sana

    ReplyDelete
  5. Melaka yang seronok mesti bab tinggalan sejarahnya kan. Tak lupa bab makanan juga hehehe. Saya belum pernah sampai ke Melaka ni, harap ada rezeki sampai ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah pergi nnti. memang best melaka, byk tmpat menarik ;)

      Delete
  6. Bestnya pergi Melaka hurm last pergi pun tak ingat bila hehehe yang Encor Melaka tu pergi ambil gambar jer tak masuk dalam pun hehehehe tapi makanan kat sini sedap belaka bestnya kalau dapat pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlah nnti buat trip ke sana. makan2 sbb byk tempat best :)

      Delete
  7. semua tempat dalam list dah pernah singgah dan rasa makanan viral dekat situ cuma tak pernah sampai dekat Encore Melaka next time pergi melaka boleh plan datang situ

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas perkongsian. Pernah beberapa kali ke Melaka tapi byk tempat juga sis tak sampai mcm ada dlm list ni. Nanti boleh le sis ikut jejak Aerill kalau ke sana

    ReplyDelete
  9. wahhh best tapi kalau dapat pi Jonker Walk mesti lagi best. Macam2 jualan ada pastu syok layan DJ nyanyi macam2 lagu kat situ, suara kemain sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tk sempat pulak nk ke jonker walk hri tu. lain kali lah :)

      Delete
  10. Melaka sentiasa Tak mengecawakan pengunjung Dan pelawat yg datang. Bab makanan memang 'meriah', macam macam ada. TQ for sharing this

    ReplyDelete
  11. bila boleh pergi melaka kan, macam syok je tengok orang pegi sana. saya suka bandar melaka dengan design bangunannya yang masih ada ciri2 tradisi

    ReplyDelete
  12. lamanya tak pergi melaka. dulu time belajar habis 1 melaka explore. tp next time kalau pergi melaka teringin nak pergi encore tu. lawa pulak tengok.

    ReplyDelete
  13. Memang banyak tempat menarik di melaka. Saya kalau datang ke sini mmg x boleh duduk 1 hari. Sekurangnya 2 hari sbb byk tempat nak explore

    ReplyDelete
  14. Thank you for sharing :) Dah lama tak pergi Melaka. Ever since I have a daughter with me, it's hard for me to travel. But thanks for those amazing places and food!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome. nnti bila daughter tu dh besar, bolehlah travel ke sana ya :)

      Delete
  15. melaka memang banyak tempat best. bersejarah, pantai, dan tempat makan. dah lama tak ke sana. memang tak cukup 3 hari 2 malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pgi hri tu pun macam tak puas sebab sekejap sangat. nnti nak plan untuk lama sikit.

      Delete
  16. Menjimatkan betul percutian Aeril ke Melaka ni ye. Banyak yg murah-murah. Tumpang kesian dengan pengalaman di KTM Komuter tu. Hehe. Banyak yg menarik especially Encore yg saya pun belum pernah try tu. Persembahan 4 ke 5D camtu kan? Best ke Encore tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah mmg dah serik dah saya nk naik ktm komuter tu kalau tengah rushing. mmg best encore tu. persembahn yg sangat unik. teknologi yg sangat tinggi.

      Delete
  17. X pernah jejak melaka lagi. Only pass by always. Kali nak pergilah especially baca blog aerill... Best lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih ya. semoga nnti boleh pula share dekat blog :)

      Delete
  18. I never been to Malaca before, so this post would be very helpful for future use! Thank you for sharing!

    ReplyDelete
  19. Travelogue sekejap dan banyak kali makan tu. Hahaha. Semua sedap-sedap! Melaka sekarang ni akak teringin nak bawa keluarga tengok Encore Melaka. Best sangat kan

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post