Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019 - Aerill Hassan™

Terkini

Tuesday, December 10, 2019

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, diawal bulan 12 ini sebenarnya aku agak sibuk dengan pelbagai urusan, ada travelnya, ada kerja lain pulak nak kena siapkan sampaikan tak sempat nak menulis entri di blog. Maaf ya.

Baiklah, untuk entri kali ini aku nak berkongsi pengalaman aku pertama kali menyertai MAHB Media Hunt 2019 | Sepang To Kuantan. Pertama sekali nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kak min @ Bebelan Cik Min kerana sudi mengajak untuk sertai media hunt ini. Berdebar-debar jugak perasaan nak sertai sesuatu yang dah lama aku nak sertai.

Setiap kumpulan perlu mempunyai  empat orang ahli. Oh ya, kumpulan kami diberi nama Awas Ye! Ahli kumpulan terdiri daripada aku sendiri, Kak Min, Kiffly dan jugak Eneffel.

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019

Beberapa hari sebelum media hunt bermula, ada sesi briefing di Office Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dan aku menjadi wakil bagi kumpulan Awas Ye! Ada kejadian kecil berlaku sebelum aku ke briefing tu di mana aku diberi lokasi yang salah dan sebagainya. Ada aku ceritakan dalam entri : Lokasi Parking Motor di Kuala Lumpur International Airport (KLIA).

Dekat briefing tu aku dapat lihat ramai otai-otai media yang hadir, dan rasanya aku paling muda yang datang briefing tu. Isi kandungan briefing adalah tentang cara-cara perlaksanaan media hunt tu nanti, cara menjawab soalan dan selesaikan masalah. Yang seronoknya masa briefing tu adalah dapat makan Free! Hehe.

23 NOVEMBER 2019
Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019

Disebabkan kena ada di MAHB Corporate Office seawal 6.30 pagi, jadi malam sebelumnya aku tidur di rumah Ennefel, kemudian esok pagi Kiffly datang dan terus gerak sama-sama dari Bukit Jalil ke Sepang. Kak Min pula terus ke Sepang dari rumah.

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Sarapan!

Setelah dah ambil baju t-shirt dan beberapa peralatan lain, perkara paling penting sudah semestinya dalah sarapan! Alhamdulillah, nasib baik sarapan yang disediakan sangat banyak dan sedap. Yelah sebab perjalanan dari Sepang ke Kuantan tu!

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Aku bersama Eneffel, Kak Min dan jugak Kiffly.

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Pelepasan Kereta Peserta

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Soalan-soalan dan teka-teki

Sepanjang perjalanan dari Sepang ke Kuantan, ada beberapa lokasi yang perlu kita turun, ambil gambar, catat nama kedai, selesaikan teka teki dan sebagainya. Huru hara jugak sebenarnya, sebab susah sangat soalan-soalannya!

Yang memandu pada hari tersebut adalah Kak Min dan Eneffel. Lokasi pertama pun kami dah salah! Lepas tu teruskan perjalanan, ada singgah RnR dan sebagainya. Seronok juga sebab aku dapat lihat suasana di negeri Pahang. Beberapa pekan dan bandar yang kami singgah, berlari-lari dan sebagainya.

Lokasi terakhir adalah di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Kumpulan kami iaitu Awas Ye! sampai jugak ke lapangan terbang tu sebelum masa tamat. Ada beberapa aktiviti lagi dekat situ sebelum betul-betul selesai.

Lepas tu kami terus ke Hotel Vistana Kuantan untuk berehat dan juga menanti majlis makan malam pada malam tersebut di mana pengumuman pemenang diadakan.

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Pintu Masuk ke Dewan 

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Sebelum Acara Berlangsung

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019
Pengumuman Pemenang

Tahniah diucapkan kepada pemenang. Ya, seperti yang telah dijangkakan dari awal, kumpulan kitorang memang tak ada dalam senarai pemenang. Hanya kedudukan 20 teratas sahaja yang diumumkan daripada 50 buah pasukan.

Apa-apapun bagi aku ini pengalaman yang menyeronokkan, dapat jumpa kawan baru, dapat pergi ke negeri orang dan sebagainya. In shaa Allah tahun depan kalau ada rezeki mungkin kumpulan Awas Ye! akan sertai lagi dan akan cuba menempatkan diri dalam 20 kumpulan teratas tersebut.

Pengalaman Sertai MAHB Media Explore Hunt 2019

Sekian

No comments:

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.