Review Hotel Stellar Shaftsbury Putrajaya



Assalamualaikum dan salam sejahtera


REVIEW HOTEL STELLAR SHAFTSBURY PUTRAJAYA | Kini tibalah masanya untuk aku buat ulasan dan review berkenaan sebuah hotel yang aku menginap selama beberapa hari di Putrajaya semasa program familiarization trip bersama Gaya Travel tempoh hari. Hotel yang kami tidur dan berehat adalah Hotel Stellar Shaftsbury Putrajaya.

Hotel ini lokasinya terletak berdekatan dengan pusat beli belah Alamanda. Untuk mereka yang sudah familiar dengan Alamanda Putrajaya, pastinya anda akan perasaan bangunan di sebelahnya yang mempunyai dua bangunan tinggi. Itulah bangunan hotel ini.

Untuk pengetahuan anda, bangunan Shaftsbury Putrajaya ini terbahagi kepada dua menara. Menara pertama adalah khas untuk kediaman [ residensi ] manakal menara kedua untuk hotel. Di bahagian bawah pula ditempatkan sebuah pusat beli belah yang bakal menjadi satu lagi lokasi shopping di Putrajaya.

HOTEL STELLAR SHAFTSBURY PUTRAJAYA

Bahagian Ruang Tamu

Konsep hotel ini adalah seperti rumah. Setiap rumah mempunyai ruang tamu, 2 bilik tidur, satu bilik air dan dapur. Memang sangat cantik dan mewah!

Bilik Tidur Utama

Bilik Tidur Katil Bujang

Ruangan Dapur

Selain daripada dekorasi dan juga keadaan rumah yang sangat cantik dan mewah, yang menarik perhatian aku adalah kelengkapan di dapurnya. Anda boleh lihat ada perkakas memasak seperti periuk nasi, pemanas air, ketuhar dan juga mesin basuh! Memang lengkap, dan anda boleh memasak sendiri!

Bahagian almari di bilik tidur utama

Antara kelengkapan yang ada di bahagian dapur.

Memang sangat berpuas hati dengan kelengkapan yang aku rasa lebih daripada cukup. Kalau datang bersama keluarga, bolehlah beli barang-barang untuk masak, sebab semuanya dah lengkap.

Keadaan bilik air

Kolam renang

Bila menginap di hotel, pastinya tak akan lepaskan peluang untuk mandi di kolam renang. Kolam renang ini berada di tengah-tengah antara bangunan residens dan juga hotel.

Pemandangan dari bilik 

TEMPAT MAKAN?
Di tingkat 36
Untuk penginapan aku selama dua tiga hari tersebut, aku sempat bersarapan di dua restoran atau tempat makan di hotel ini. Gambar di atas adalah ruangan makan dan apa yang aku makan ketika pagi hari kedua. Banyak juga pilihan yang ada, tetapi sebab belum lapar, aku makan sedikit sahaja.

Makan sarapan di Volcano

Untuk hari terakhir aku bersarapan di Volcano restaurant. Kali ini aku makan banyak, tiga pinggan pulak hehe. Memang sedap dan suasananya juga selesa dan tenang. Paling sedap pastinya sambal nasi lemak itu!

Secara keseluruhannya, bagi aku ini merupakan salah satu hotel terbaik yang aku pernah tidur, makan dan berehat selama beberapa tahun ini. Mungkin salah satu sebabnya suasana di rumah atau bilik hotelnya sangat selesa dan ruang yang luas serta lengkap. Kepada yang nak cuba menginap di hotel ini boleh ke lokasi berikut atau terus hubungi mereka di laman web yang tertera di bawah.


LOKASI:



 




#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020


Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. memang menarik sangat hotel nya. moden dan cantik ^_^

    ReplyDelete
  2. Kalau Sis nampak dah macam servis apartment kan, dah macam duduk rumah sendiri pulak, semua kemudahan ada dalam satu bilik...besar pun besar, yang best sebelah Alamanda ek hehehe..
    Belum pernah duduk area Putrajaya, one day...

    ReplyDelete
  3. Memang nak terjah hotel ni. Nampak sesuai sangat nak bawak anak bercuti. This year kita plan jalan dekat² je.. asalkan anak happy. Leh jalan kat Alamanda skali 😀

    ReplyDelete
  4. Waaa menariknya hotel ni. Tak tahu pon ada hotel ni. Dah lama tak lalu alamanda. Nak survey la

    ReplyDelete
  5. Dah lama dah tak buat hotel review. Apatah lagi di Putrajaya dah tentu tiada contact huhu.

    ReplyDelete
  6. 1st time tahu pasal Hotel ni.
    Simple review, cantik gambar! Menarik hotel ni, facility best, food menyelerakan!

    ReplyDelete
  7. After reading this, now I know I need a break and a good rest at this hotel!!!

    ReplyDelete
  8. Awas ye. Tidur hotel tak ajak Rawlins. Bestnya kelengkapan hotel dia - memang lengkap dan siap boleh memasak tu. Next time ajak Rawlins sekali ye jika menginap di hotel

    ReplyDelete
  9. Best ni Hotel mcm ni. Biasanya nak dapat bilik gini booking melalui arbnb. Agak2 nak staycation, boleh la book

    ReplyDelete
  10. cantik hotelnya weh. kalau ada lebihan rezeki lepas ni, boleh la menginap sini kalau datang putrajaya kan.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pergi putrajaya. wah ada hotel baru yer, siap akan ada shopping mall dalam bangunan nanti. mesti best. hotel ni memang cantik dan selesa!

    ReplyDelete
  12. Baru lalu minggu lepas. Siap tanya husband agak agak practical tak nak menyewa sana. Haha. Nampak memang gah juga. Tak sangka hotel dia best sangat.

    ReplyDelete
  13. Selalu pergi sini tapi x pernah lg ke hotel shafbury ni. Cantik betul

    ReplyDelete
  14. Dekat putraajya ke.. Bestnya tengok.. Nampak besar juga. Boleh masuk dalam list nak try nanti

    ReplyDelete
  15. tertarik dengan sarapan dia, nampak sedap2 semuanya. boleh cuba la hotel ni

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post