Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Penerbangan Tempah Khas Pertama - Aerill Hassan™

Terkini

Friday, December 06, 2019

Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Penerbangan Tempah Khas Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Penerbangan Tempah Khas Pertama

Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Sudah menjadi impian semua umat Islam untuk mengerjakan Haji dan Umrah termasuklah penulis sendiri. Baru-baru ini aku ada melihat dan membaca khabar mengenai kes penipuan tentang penerbangan umrah, dimana ramai yang ditipu dan sebagainya. Oleh itu, sebelum nak memilih mana-mana ejen travel, perlulah selidik dahulu latar belakangnya, dan setelah ketahui tentang Emraz Travel, sememangnya ia pilihan terbaik yang anda boleh pilih!

Pada 29 November 2019 yang lalu, aku dan juga rakan-rakan blogger bersama-sama merasai perasaan dan suasana menghantar jemaah umrah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Seramai 279 orang jemaah bersama dengan 5 orang mutawwif yang bakal terbang untuk mengerjakan umrah yang disediakan oleh Emraz Travel. Apa yang lebih menarik dan istimewanya adalah apabila kesemua jemaah ini menaiki kapal terbang yang ditempah khas [ charter flight ] yang terus ke tanah suci dengan menggunakan pesawat Saudi Airlines.

Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Penerbangan Tempah Khas Pertama

Untuk pengetahuan anda semua, Emraz Travel berpengalaman selama 2 tahun dalam membawa jemaah mengerjakan umrah dan sehingga kini hampir 10,000 orang jemaah telah berjaya dibawa.

Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Penerbangan Tempah Khas Pertama

Kepada mereka yang berminat untuk mengerjakan umrah dan mempunyai perancangan, terdapat beberapa pakej yang ditawarkan oleh Emraz Travel. Berikut adalah senarai pakej yang ditawarkan :-

PAKEJ SAFWAH PLATINUM
[ ➦Harga bermula RM 6,690 ]

PAKEJ SAFWAH GOLD
Harga bermula RM 6,390 ]

PAKEJ SAFWAH SILVER
Harga bermula RM 5,990 ]

PAKEJ SAFWAH BRONZE
Harga bermula RM 4,990 ]

Tunaikan Umrah Bersama Emraz Travel | Penerbangan Tempah Khas Pertama

Kepada yang berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai pakej yang ditawarkan serta yang mungkin mempunyai pelbagai soalan berkenaan pakej, anda boleh terus menghubungi pihak Emraz Travel di nombor yang tertera di bawah dan juga melihat lebih lanjut di laman web mereka.

TELEFON : +603 8893 5444 | +603 8861 3361
LAMAN WEB : https://emraztravel.com/

Sekian

12 comments:

  1. waalaikumussalam. alhamdulillah tahniah kepada semua jemaah umrah ^_^

    ReplyDelete
  2. moga Aida ada la rezeki ke tanah suci time tgh sihat ni.
    tahniah kpd semua jemaah team ni.

    ReplyDelete
  3. Salam angah . Kakya singgah sini. Alhamdulillah dan tahniah buat semua jemaah yg dapat menunaikan umrah. Semoga Emraz travel terus maju dan berjaya di masa2 akan datang. Aamin2

    ReplyDelete
  4. Semoga ada rezeki ena ke sana. Kesian kan setiap tahun ada je jemaah yg kena tipu. Susah nak bendung masalah ni.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Antara insan yang istimewa dipanggil oleh Allah SWT. Nanti nak survey lanjut Emraz Travel sebab dari segi harga tu berbaloi

    ReplyDelete
  6. bila hnatar org gi airport, rasa macam x sabar nak dijemout menjadi tetamu ASllah. insya Allah one fine day

    ReplyDelete
  7. Tengok pakej yang ditawarkan, tak de la berbeza jauh antara satu sama lain... Nampaknya, xde masalah untuk pilih pakej yang berbaloi untuk kita miliki.

    ReplyDelete
  8. ya Allah bestnya buah Umrah. Lagi lagi kalau dapat Umrah dengan kelas pertama. Selesa lah sikit. Bukan yang lain tu tak selesa cuma yang ni lebih selesa sikit.

    ReplyDelete
  9. Pergh. Ada kategori pakej pulak. Segan pula kalau ada amik pakej paling rendah tu 😅. Tp murah jgk pergi umrah rm4990 tu

    ReplyDelete
  10. seronok tengok orang pergi umrah..harga pakej yang ditawarkan kat sini pun ok...nanti nak survey lagi...tunggu cukup duit dulu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah moga mendapat umrah yang mambrur dan juga terus mendapat ibadah yang lebih dirumah Allah. Kita pun ada impian untuk pergi ker sana lagi.... Harap ada peluang dijemput menziarahi rumah Allah ni...

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok kawan-kawan yang dah pergi menunaikan haji dan umrah di usia muda. Semoga ada rezeki untuk sampai kesana juga insyaAllah Aamiin ya rabb

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.