Senarai Konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza Sepanjang Tahun 2019



Assalamualaikum dan salam sejahtera


~ Bagaikan di lentur sutera
Mentari meminjam sinarnya
Bagaikan di suluh hatinya
Menetap di persada ~


Tahukah anda lirik di atas merupakan lirik bagi lagu Badarsila nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza dipetik daripada album Sanggar Mustika (2002) ? Tahukah anda juga lagu ini hanya berjaya sampai ke separuh akhir sahaja bagi juara lagu edisi 2003 dan merupakan lagu tradisional terakhir beliau yang dipertandingkan di juara lagu? Tahukah anda lagi bahawa lagu ini menjadi pembukaan bagi siri konsert jelajah beliau yang sangat berjaya? [ Berapa banyak tahukah anda? ðŸ˜œ]

--------------

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan semua. Alhamdulillah, kembali lagi dalam edisi Siti Nurhaliza. Kali ini aku nak berkongsi dengan anda senarai Konsert yang berjaya di bawa dan dipersembahkan oleh beliau sepanjang tahun 2019. Kalau pada tahun sebelum-sebelum ini, konsert atau persembahan berskala besar hanyalah satu atau dua sahaja, tetapi pada tahun 2019 ini kita dapat melihat beberapa konsert beliau dari awal tahun sehinggalah ke penghujung tahun.


Oh ya, di tahun 2020 ini, pada hari pertama iaitu 1 Januari 2020, beliau telah memulakan tahun 2020 dengan sebuah konsert di Esplanade, Singapura ya! Hebat bukan?!

Jadi, tanpa melengahkan masa, jom kita lihat senarai konsert Dato' Sri Siti Nurhaliza sepanjang tahun 2019.


KONSERT-KONSERT DATO' SRI SITI NURHALIZA SEPANJANG TAHUN 2019

👉Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour, Jakarta, Indonesia



Sumber Gambar : AstroGempak

Tarikh : 21 Februari 2019
Lokasi : Istora Senayan 
Kapasiti : 3000

Pembukaan bagi siri konsert jelajah Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour adalah di negara Indonesia yang juga merupakan rumah kedua bagi beliau. Indonesia merupakan negara pertama beliau takluk pada tahun 1997 ketika beliau masih baru dalam industri. 

Salah satu yang unik bagi siri jelajah kali ini adalah segmen pembukaan. Buat pertama kalinya segmen tradisional menjadi segmen pembukaan.

Konsert ini turut dihadiri sahabat dan juga penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Rossa. Antara selebriti Indonesia yang hadir adalah seperti Baim Wong, Lesti dan Reza. 

👉Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour, Singapore




⏩Tarikh : 2 Mac 2019
⏩Lokasi : Singapore Expo 
⏩Kapasiti : 4,500

Siri jelajah di Singapura juga berlangsung dengan meriah dan hebat sekali! Di setiap lokasi, medley yang paling disukai sudah pastinya dari album terbaik beliau iaitu medley Transkripsi! Pendapat aku sendiri adalah ke semua lagu dalam album Transkripsi adalah hebat-hebat belaka. Tiada satu pun lagu yang sekadar mengisi ruang di dalam album tersebut. Busana Dato' Sri Siti Nurhaliza di setiap konsert juga adalah berbeza ya!

👉Dato' Sri Siti Nurhaliza On Tour, Kuala Lumpur 





⏩ Tarikh : 16 Mac 2019
⏩ Lokasi : Axiata Arena 
⏩ Kapasiti :  12,000

Lokasi terakhir dan lokasi yang paling ramai penonton sudah pastinya di tanah air sendiri iaitu Malaysia.  Daripada video di Youtube dapat dilihat bagaimana sambutan yang sangat hebat daripada penonton.  Sambutan yang sangat hebat, jeritan dan pelbagai lagi adalah bukti bahawa beliau masih berada di atas. Masih lagi penghibur terbaik yang ada di Malaysia ketika ini.

Pada mulanya aku bercadang nak pergi tonton konsert ini, tetapi ada kekangan  yang menyebabkan aku tak dapat nak hadirkan diri.

👉Konsert Amal Orkestra Tradisional Malaysia bersama Siti Nurhaliza




⏩ Tarikh : 20 & 21 Julai 2019
⏩ Lokasi : Auditorium POWIIS 
⏩ Kapasiti : 500

Pada bulan Julai tahun 2019, beliau mengadakan konsert di Pulau Pinang bersama dengan Orkestra Tradisional Malaysia. Konsert ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi penggiat seni.

Ada beberapa momen menarik antaranya adalah bila mana mikrofon yang sedang dipegang dan dinyanyikan tiba-tiba berhenti berfungsi. Ya! Tetapi Dato' Sri Siti Nurhaliza sangat professional dan persembahan diteruskan dengan jayanya!

👉Shopee X SIMPLYSITI Mini Concert




⏩ Tarikh : 14 September 2019
⏩ Lokasi : KL Conference Hall 1, KL Convention Centre 
⏩ Kapasiti : 1,500

Salah satu antara konsert beliau yang unik walaupun hanya bertaraf mini konsert sahaja. Di konsert ini ada pelbagai elemen-elemen lain selain daripada nyanyian. Antaranya pelancaran produk, games dan pelbagai lagi.

Yang lebih seronok adalah bila aku antara orang yang berpeluang untuk menonton konsert mini ini! Alhamdulillah. Oh, cerita tentang konsert ini aku ada ulas dalam artikel lain. Anda boleh baca di pautan ini >>  Mini Concert Shopee X SimplySiti

👉Siti Nurhaliza The Voice Of Asia in Australia For One Night Only - OzAsia Festival 



⏩ Tarikh : 18 Oktober 2019
⏩ Lokasi : Festival Theatre 
⏩ Kapasiti : 2000

Salah satu daripada kejayaan terbesar Dato' Sri Siti Nurhaliza pada tahun 2019 adalah apabila beliau berjaya membuat konsert solo di Australia! Satu lagi pencapaian hebat yang boleh dimasukkan dalam senarai pencapaian beliau yang sangat membanggakan.

Walaupun persembahan di negara lain, tetapi beliau masih membawa muzik Malaysia ke sana dan bukannya menyanyikan lagu-lagu asal dari negara tersebut. Secara tak langsung beliau juga mempromosikan Malaysia kepada negara lain.

👉Karya Agung Pak Ngah bersana Orkestra Tradisional Malaysia dan Dato' Sri Siti Nurhaliza




⏩ Tarikh : 14 & 15 November 2019
⏩ Lokasi : Istana Budaya 
⏩ Kapasiti : 1400

Penutup bagi konsert beliau di penghujung tahun 2019 adalah satu konsert tribute kepada figura yang sangat sinonim dengan beliau iaitu Pak Ngah Suhaimi. Siapa yang tak kenal lagu-lagu seperti Cindai, Balqis dan Nirmala? Salah satu konsert yang mempersembahkan karya-karya seni Pak Ngah bukan sahaja daripada lagu-lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza tetapi termasuklah lagu-lagu lain.

Yang membuatkan aku teruja adalah bila mana ada lagu yang jarang atau tak pernah dinyanyikan sebelum ini akhirnya dinyanyikan di konsert ini! Antaranya adalah lagu Kudus Sinarmu dan juga Jelmakanlah Ayumu. Persembahan Kudus Sinarmu sememangnya sangat dalam dan penuh dengan makna yang tersirat. Anda boleh cari di YouTube video persembahan tersebut.

-------

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak konsert yang beliau bawakan, aku berjaya untuk menjadi penonton untuk satu konsert. Untuk tahun 2020 ini, aku masih ternanti-nantikan apakah perancangan seterusnya dalam kerjaya seni beliau. Sama ada album baru? Atau konsert lagi? Atau Siti Aafiyah mendapat adik baru?



Sekian

Sumber Gambar : Google Image

1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post