All You Can Eat Buffet Lunch Red By Sirocco [ REVIEW ] - Aerill Hassan™

Monday, February 17, 2020

All You Can Eat Buffet Lunch Red By Sirocco [ REVIEW ]



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan yang setia dan tak jemu datang membaca artikel dalam blog ini. Alhamdulillah, kali ini aku nak berkongsi artikel mengenai promosi buffet lunch yang murah dan berpatutan. Ya! Berpatutan dan murah, tapi bagaimana pula dengan rasanya? Adakah sedap atau biasa-biasa sahaja? Jom baca sehingga ke penghujung ya.✌😎

EAT ALL YOU CAN EAT BUFFET LUNCH

Jom ke "Trendiest Rooftop Bar 25th Floor" di  Red By Sirocco  dengan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Lebih menarik, ketika matahari terbenam, semuanya akan bertukar menjadi warna kemerah-merahan! Memperkenalkan "EAT ALL YOU CAN EAT BUFFET LUNCH" hanya pada harga RM 25+ istimewa buat mereka yang bekerja di sekitar kawasan ini.


Buffet kali ini menawarkan menu yang menyihatkan, kepelbagaian dan sangat menyelerakan. Restoran ROGUE memperkenalkan buffet makan tengah hari yang memfokuskan pada makanan 'authentic' Malaysia dan resepi yang disediakan adalah dari resepi turun-temurun.

😋BUFFET LUNCH MENU

⌚ MASA : 12PM - 3PM
📆HARI : ISNIN HINGGA AHAD
💸HARGA : RM 25+ SAHAJA

APPETIZER


Traditional Kerabu Mangga, Organic Fresh Garden Greens with aray of line ups.

ULASAN : Untuk hidangan appetizer ni, aku sempat mengambil kesemua yang disediakan. Yang paling aku suka sudah pastinya adalah kerabu mangga tu! Aku rasa susah jugak nak cari kerabu mangga yang betul-betuk sedap. Satu lagi salad yang disediakan jugak sangat segar dan sedap. Pertama kali jugak aku rasa salad tu. Overall, appetizer memang sedap. 👍


MAIN COURSE




Ayam Masak Kurma, Mutton Masala, Nyonya Curry Laksa, Kampung Fried Rice dan banyak lagi.

ULASAN : Untuk maincourse pulak, ada menu yang sedap contohnya macam ayam masak kurma dan juga hidangan daging. Nasi goreng kampung jugak sedap dan boleh tahan! Tapi yang mendapat pujian ramai adalah hidangan mee kari tu! Memang sedap dan rasanya asli. 👍

DESSERTS


Kuih Lapis, Kuih Ketayap, Kuih Keria, Brownies Cheese, Carrot Cake, Fruits ( Pineapple, Dragon-Fruit, Watermelon, Papaya )

ULASAN : Ya, kalau hidangan buffet di mana-mana hotel atau restoran, aku pastinya akan fokuskan pada bahagian desserts atau manisan. Sebab utamanya aku sangat sukakan makanan manis, sebab tu boleh nampak berat makin bertambah dan muka makin membulat. Apa-apapun , untuk buffet ini, memang puas hati! Banyak hidangan manisan yang disediakan. Untuk mereka yang tak suka manis, tapi nak manis yang asli, anda boleh makan buah! Banyak juga buah yang disediakan! 👍


SUASANA SEKITAR



-------


Secara keseluruhannya, sangat berbaloi untuk anda makan dan bersilaturahim bersama rakan-rakan mahupun keluarga di sini. Dengan seleksi makanan yang begitu banyak dan ya, sedap! Anda juga dapat menikmati pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang begitu indah.

LOKASI


Alamat :  Menara M101 Dang Wangi, 3, Jalan Kamunting, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

 Telefon : 03-2603 1133

Instagram : https://www.instagram.com/redbysirocco/
Facebook : https://www.facebook.com/RedBySirocco/
Website :  https://redbysirocco.com/


Sekian

14 comments:

  1. Alamak...ada kek.. hehe.. Sama la. saya pun akan fokus dessert dan manisan. Best nya makan sambil tengok view bangunan tinggi macam tu..Kalau ada rezeki sampai KL, In Shaa Allah akan ke situ.. - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  2. everyone loves buffet! Time to have "Trendiest Rooftop Bar 25th Floor" buffet at Red By Sirocco hotel. the food looks yummy

    ReplyDelete
  3. Berbaloi la makan dekat sini sebab RM25 je dengan hidangan menu yang sedap, mana nak dapat lagi dah dekat tempat lain.

    ReplyDelete
  4. memang murah sangat2 dah tu. mana nak dapat harga macam tu kat KL. hehe rugi kalau tak pergi. pilihan makanan pun banyak saya paling exited nak cuba desserts.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!! Bagus nyer package yg Sirocco tawarkan. Mesti puas you makan. Plus, restaurant nie terletak kat lokasi yg menarik. Btw, terutamanya share post yg macam nie ya. Seronok baca.

    ReplyDelete
  6. Wahhhh best ma Sirocco ini kita pernah pergi sebelah Red ini jer tak pernah lagi masuk dan juga review kat dalam hotel ini tunggu juga huhuhuhu.. Boleh makan apa sahaja untuk lunch menarik ni kena datang...

    ReplyDelete
  7. apo ni tengok malam2..dah alapr semula..ahhaa...namapks edap semuanya..

    ReplyDelete
  8. Sedapnua. Selalu baca tentang review makanan kat sini. Semia sedap dan nampak menarik

    ReplyDelete
  9. Serius la harga RM25+ je? Murah tu. Agaknya kalau pergi restoran lain pun dah lebih kurang sama harga tapi dapat 1 menu je kan. Yang ni banyak pilihan, boleh makan sampai kenyang. hahaha

    ReplyDelete
  10. NAMpak sedap semua food dah la murah pulak tu! Rugi la kalo tak ke sini heheh jom lanje i

    ReplyDelete
  11. Terkejut tgk harga RM25 dekat area mcm tu. Serius affordable. bagi perut kosong siap2 sebelum datang, baru berbaloi dapat makan byk2. haha

    ReplyDelete
  12. wah murah juga tu dengan makanan yang banyak dan tentunya sedap2. best

    ReplyDelete
  13. Dah pernah menginap di sini sekali, memang cafe dia menu dia sedap-sedap, apalagi kalau ada pakej makan sepuasnya, berbaloi weuiii

    ReplyDelete
  14. biar betul rm25 je harga dia? dengan permandangan bandar KL tu, best ni kalau pergi makan makan sambut hari jadi or sambut pencapaian bersama kawan-kawan!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.