Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi
‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Peraduan terbesar Nestlé Malaysia tawar hadiah wang tunai melebihi RM4 juta kepada Pelanggan Nestlé menerusi peraduan #NestleGajiSeumurHidup


Nestlé Malaysia pada 1 Februari lalu melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi “gaji untuk seumur hidup” menerusi Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit. 

Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untuk memenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup melebihi RM4 juta, dan akan memberi manfaat kepada lebih 560 rakyat Malaysia. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup akan berlangsung dari 14 Februari hingga 30 April 2020.

Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad, Encik Juan Aranols, berkata, “Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup merupakan cara kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia kepada Nestlé dan jenama-jenama Nestlé selama lebih 100 tahun, dengan memberi rakyat Malaysia peluang seumur hidup untuk memenuhi impian mereka. Peraduan ini adalah yang terbesar setakat ini di Malaysia dan kami memberikan peluang dengan semudah yang mungkin untuk pelanggan Nestlé memenangi “Gaji untuk Seumur Hidup” sebanyak RM3,000 – hanya dengan membeli produk Nestlé kegemaran mereka!”

Hanya dengan membeli produk Nestlé yang terpilih bernilai sekurang-kurangnya RM15 dalam satu resit dan menjawab satu soalan mudah, pengguna layak untuk mengemukakan satu penyertaan melalui pos atau Whatsapp. Pelanggan Nestlé boleh memilih untuk membeli lebih 300 produk daripada 25 jenama Nestlé, dan menghantar seberapa banyak penyertaaan yang diingini. Lebih banyak penyertaan yang dikemukakan, lebih tinggi peluang untuk menang! Pengguna juga boleh membeli satu set MILO MAKAN KOMBO di McDonald’s bernilai RM19.90 untuk menyertai peraduan ini. 

Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Peruncit yang mengambil bahagian termasuk pasar mini utama, pasar raya, pasar raya hiper, kedai stesen minyak, kedai serbaneka dan juga platform e-dagang, termasuk Lazada dan Shopee, di seluruh Malaysia yang mengeluarkan resit rasmi sebagai bukti pembelian. Peruncit lain juga termasuk Qoo10, Lelong, Presto, Astro Go Shop, PGMall.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup dan butir-butir tentang cara untuk menyertai peraduan yang menawarkan peluang sekali seumur hidup ini, sila layari laman https://www.dearnestle.com.my/event-and-happening/peraduan-gaji-seumur-hidup 

Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!


Sekian 

--------

Jom Sertai Peraduan Nestlé ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Ada sesuatu yang menarik pada majlis tersebut di mana semua media yang hadir mendapat peluang untuk sertai cabutan bertuah pada hari tersebut. Setiap media mendapat satu borang dan akan dimasukkan ke dalam satu kotak besar. Pada mulanya aku macam malas nak isi borang. Tapi atas desakan rakan-rakan blogger aku isi dan alhamdulillah, di penghujung majlis nama aku diumumkan antara yang terpilih.


Terima kasih Nestlé

15 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wowww ini kalau siapa ada nasib, rezeki dia laa kalau memang ni kan, tiap-tiap bulan masuk duit rm3k...nak cuba nasib gak laaaaa

    ReplyDelete
  2. uish. boleh la cuba ni, alih2 dapat 3k. takyah keje dah. bulan2 gaji masuk.

    ReplyDelete
  3. Kalau.menang memang rezeki. Good luck saper yang join contest ni hehe

    ReplyDelete
  4. Wah siapa la yang bertuah dapat hadih ni.. Gaji seumur hidup tu.. Lumayan cash dia.. Syokkk oo

    ReplyDelete
  5. Untungla dapat gaji seumur hidup. Siapa taknak kan?ada masa nanti bileh join contest

    ReplyDelete
  6. Menarik betul peraduan ni. Boleh dicuba. Kalau dapat hadiahnya, memang best hehe. Comel la aiskrim mickey tu hihi

    ReplyDelete
  7. wah gaji seumur hidup? semoga terus berjaya nestle! sebaiknya kurangkan gula dalam semua produk

    ReplyDelete
  8. Tahniah menang haritu. Tapi best peraduan ni. Cuma rezeki tu kalau menang mesti best. Dapat juga bantu mak ayah. Senang pula cara nak join tu.

    ReplyDelete
  9. It must be great to win this 😍😍 thanks for sharing bout this contest!

    ReplyDelete
  10. cabutan bertuah dapat ice cream tu ke? hehe... best lah contest nestle ni. nanti nak join lah!

    ReplyDelete
  11. Nak juga lah dapat Nestle Gaji seumur hidup ini bestlah tak perlu nak kerja dah dapat gaji hehehehe untung lah nak masuk mesti banyak persaing ni hehehe kena beli sekarang produk Nestle...

    ReplyDelete
  12. Tahniah dpt lucky draw dan pada siapa yg bertuah dpt gaji seumur hidup untung la..

    ReplyDelete
  13. boleh join sekali ni sbb sis dok beli milo juga.. nnti nk try lah.. mana tau ada rezeki dpt hadiah

    ReplyDelete
  14. Emi ada tengok jugak haritu iklan pasal peraduan ni. Menarik betul, rasa nak join hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post