Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34 #AJL34 - Aerill Hassan™

Terkini

Monday, February 10, 2020

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu ke-34 #AJL34



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Anugerah Juara Lagu edisi ke 34 baru sahaja selesai berlangsung pada malam 9 Februari 2020. Acara penuh gilang gemilang ini berlangsung meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil dan juga dipancarkan ke kaca televisyen TV3.  Anugerah Juara Lagu kali ini diacarakan oleh Awal Ashaari, Sherry Alhadad dan Haziq Hussein. Nak tahu siapa pemenang Anugerah Juara Lagu edisi kali ini? Jom lihat artikel ini sehingga ke akhir.

FORMAT PERTANDINGAN

Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 3 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 15, 22 dan 29 November 2019.


 FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU 34 


🔰 Penyanyi : Drama Band 
🔰 Judul Lagu : Drama
🔰 Komposer & Penulis Lirik : Aepul Roza, Daus SRK, Faeez Ikhwan, Syed Syahmir & Nik Adib

🔰 Penyanyi : Bob Yusof ( Penyanyi Asal Dato' Sri Siti Nurhaliza )
🔰 Judul Lagu : Anta Permana
🔰 Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

🔰 Penyanyi : Ernie Zakri
🔰 Judul Lagu : Ku Bersuara
🔰 Komposer & Penulis Lirik : Syamel, Omar K, Blaine Bakri & John Jeevasingham

🔰 Penyanyi : Hafiz Suip
🔰 Judul Lagu : Kisah Cinta Kita
🔰 Komposer : Ikhwan Fatanna & Ayden Ali
🔰 Penulis Lirik : Dato' A. Aida

🔰 Penyanyi : Fairuz Misran ( Penyanyi Asal Faizal Tahir )
🔰 Judul Lagu : Ragaman
🔰 Komposer : Faizal Tahir, Mike Chan & Romeo
🔰 Penulis Lirik : Faizal Tahir, Jaare. Karim Karam & Mike Chan

🔰 Penyanyi : Haqiem Rusli
🔰 Judul Lagu : Lembah Kesepian
🔰 Komposer : Haqiem Rusli
🔰 Penulis Lirik : Haqiem Rusli, Goufran & Ibnu

🔰 Penyanyi : Akim & The Majistret
🔰 Judul Lagu : Rampas
🔰 Komposer : Hang Nadim & Laq
🔰 Penulis Lirik : Bunga Cantik

🔰 Penyanyi : Aman RA 
🔰 Judul Lagu : Bangun
🔰 Komposer : Navigator
🔰 Penulis Lirik : Aman RA

🔰 Penyanyi : Kugiran Masdo
🔰 Judul Lagu : Dinda
🔰 Komposer & Penulis Lirik : Ali Sariah

🔰 Penyanyi : Aina Abdul
🔰 Judul Lagu : Sumpah
🔰 Komposer & Penulis Lirik : Aina Abdul

🔰 Penyanyi : Hazama & The Penglipurlara
🔰 Judul Lagu : Peneman
🔰 Komposer & Penulis Lirik : Tam

🔰 Penyanyi : Naim Daniel
🔰 Judul Lagu : Sumpah 
🔰 Komposer : Naim Daniel & Omar K
🔰 Penulis Lirik : Naim Daniel 



KEPUTUSAN PENUH PEMENANG ANUGERAH JUARA LAGU 34


JUARA LAGU 
🔰 Penyanyi : Naim Daniel
🔰 Judul Lagu : Sumpah 
🔰 Komposer : Naim Daniel & Omar K
🔰 Penulis Lirik : Naim Daniel 

NAIB JUARA 
🔰 Penyanyi : Aman RA 
🔰 Judul Lagu : Bangun
🔰 Komposer : Navigator

🔰 Penulis Lirik : Aman RA

TEMPAT KETIGA 

🔰 Penyanyi Bob Yusof ( Penyanyi Asal Dato' Sri Siti Nurhaliza )
🔰 Judul Lagu : Anta Permana

🔰 Komposer & Penulis Lirik : Hael Husaini & Ezra Kong

VOKAL TERBAIK 

🔰 Penyanyi : Hafiz Suip

🔰 Judul Lagu : Kisah Cinta Kita

PERSEMBAHAN TERBAIK 

🔰 Penyanyi : Hafiz Suip
🔰 Judul Lagu : Kisah Cinta Kita




TRIVIA ANUGERAH JUARA LAGU 34

👉Finalis AJL34 diberikan jolokan "power final" oleh Azmeer yang berperanan sebagai Ketua Juri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34. Azmeer juga dilaporkan telah merayu kepada pihak produksi untuk menambah satu tempat lagi supaya menjadi 13. Walau bagaimanapun, pihak juri hanya dibenarkan untuk memilih 12 lagu ke pentas akhir.

👉Aina Abdul dan Naim Daniel masing-masing membuat penampilan solo dan sulung pada final kali ini dan mempunyai tajuk lagu yang sama iaitu "Sumpah".

👉Aman RA yang terlebih dahulu membuat persembahan selingan pada AJL 33 dengan lagu "Bangun" layak ke final AJL 34 dengan lagu yang sama, satu-satunya lagu hip-hop yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan Anugerah Juara Lagu 34.

👉"Ragaman" dan "Anta Permana" masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
AJL34 merupakan penampilan kedua Bob Yusof sebagai penyanyi gantian. Beliau menyampaikan lagu "Kasih Tercipta" pada AJL22 bagi menggantikan Faizal Tahir yang diharamkan untuk mengadakan persembahan secara langsung peda ketika itu.

--------

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga lebih banyak karya-karya muzik yang lebih baik, lebih pelbagai dan diterima ramai orang. Kepada yang tidak berjaya, sampai di pentas akhir juga adalah satu kejayaan. In shaa Allah terus hasilkan karya berkualiti, pasti ada rezeki di masa akan datang.

Sekian

Sumber : Google Image : Wikipedia

2 comments:

  1. Tak teringat langsung ada AJL malam tadi.
    Apa-apapun tahniah buat mereka.. ;)

    ReplyDelete
  2. terbaiklah artis yg perform AJL semalam cuma bosan sikit dgn host. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.