Lirik Lagu : Tujuh Nasihat - Dato Sri Siti Nurhaliza, Luca Sickta, Kmy Kmo - Aerill Hassan™

Thursday, February 20, 2020

Lirik Lagu : Tujuh Nasihat - Dato Sri Siti Nurhaliza, Luca Sickta, Kmy Kmo



Assalamualaikum dan salam sejahtera

LIRIK LAGU TUJUH NASIHAT

(Pre Chor) (Dato’ Siti Nurhaliza)

Anak pipit jangan tak dihirau,
gusar esok ke sarang si rimau,
anak didik harus
nya dirisau,
gusar esok engkau yang dipisau.

(Chorus) ( Dato’ Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta )

dulu tunggu diturut balik,
( dulu tunggu turut balik )
dulu diam sekarang celik,
( dulu diam sekarang celik )

dulu tahu waktu balik,
( dulu tahu waktu balik )
dulu diam sekarang cerdik.
( dulu diam sekarang cerdik ).

Verse 1 ( Dato' Siti Nurhaliza )

nak dilenturnya buluh biar dari rebungnya,
kelak pasti mereka kan terjaga akhlaknya,
nak dibentukkan tubuh bukan dari bengkungnya,
susun atur mereka sebelum kenal dunia,

habis main di tanah,
sebelum senja ke rumah,
takut nanti tersalah,
bawa pulang masalah,

tak endah yang sekarang,
cakap jangan sebarang,
elok awal dilarang,
untuk kau jadi orang.

Verse 2 ( Rap Luca Sickta + Kmy Kmo )

Satu,
Hendak berjaya, mendada jangan,
Pastikan,
Jika malu bertanya sesat jalan,
Biar lapar sehari asalkan kenyang bertahun,
Biar berkerut dahi asahkan minda ber alun,

Ke-2 semua nasihat cam petua,
ketua perlu jua,
nak sihat sampai tua,
masuk semua benua,
pelusuk dalam luar,
hormat tanpa bersua,
walau darjah sempoa,

Tiga,
Lain liga lain cara,
Elak geliga dalam rasa media masa,
Dahulu kerna lidah badankan binasa,
Sekarang kerna mata, jemari berbicara,

Cara bicara yang ke 4 semua telinga harus peka,
nenek moyang yang nasihat majoriti ramai leka,
terlena,
dibuai mimpi dek dunia cereka,
hanyut dihempas ombak tinggi gah lupa mereka,

Lima,
Usah dikira kanan kiri,
Cermin untuk diri kerna hidup tiada siri,
Kerna hidup tiada sisi bila hati mula hitam,
Lupakan kisah silam, Nilam usah disiram,

ku siram yang ke-6 biar mekar dalam hati,
ingati putus urat dan tenaga urat besi,
korbannya bukan calang tak hilang dimakan hari,
bajakan jasa jasa mereka dengan budi budi.

(Pre Chorus)
(Chorus)


SEKIAN

1 comment:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.