Majlis Pelancaran Butik Haqqi Cawangan Bangi



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Pada 20 Februari 2020 yang lalu telah berlangsungnya sebuah acara atau majlis yang penuh meriahnya di Bangi iaitu Majlis Pelancaran Butik Haqqi cawangan Bangi.  Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa selebriti terkenal seperti Lan Solo.




HAQQI 

Haqqi merupakan butik pakaian yang menawarkan dan menjual kelengkapan Haji dan Umrah serta pakaian yang berfesyen islamik bagi lelaki dan wanita. Haqqi dengan kerjasama Koperasi Tabung Haji sentiasa melakar langkah dari semasa ke semasa untuk bersama membangunkan Haqqi yang kini telah berjaya menapak di Shah Alam, TTDI, Terengganu dan Bangi.

KERJASAMA ANTARA KOPERASI TABUNG HAJI


Tahun ini merupakan tahun ke empat Haqqi telah bekerjasama dengan Koperasi Tabung Haji dan akan meneruskan lagi beberapa caturan perancangan untuk memastikan Haqqi kekal sebagai pembekal kelengkapan Haji dan Umrah kepada masyarakat sekaligus dapat melebarkan sayap menjual kelengkapan Haji dan Umrah bukan sahaja di Malaysia malah akan berada di luar Malaysia tidak lama lagi.

PERANCANGAN 2020 & FITRI HARIS


Haqqi dan pihak Koperasi Tabung Haji akan bersama-sama untuk memikul tanggungjawab dan dibantu dengan pengurusan baru di bawah Dr Fitri Haris di dalam organisasi Haqqi, kedua-dua pihak mengimpikan lebih banyak kejayaan yang akan dibawa di masa hadapan. Dr Fitri Haris yang sebelumnya adalah Duta bagi Haqqi selama setahun, turut mendapat penajaan oleh Haqqi sepanang berada di dalam pertandingan Gema Gegar Vaganza (GGV) sangat berbesar hati untuk terlibat secara langsung di dalam organisasi Haqqi. Dengan kepercayaan kedua-dua pihak, diharapkan dapat memberi pembaharuan dan lebih banyak idea sedar dapat dilahirkan oleh beliau untuk memastikan Haqqi lebih luas dikenali ramai.

GAMBAR SEKITAR MAJLIS






Tahniah diucapkan buat Butik Haqqi atas pembukaan dan pelancaran cawangan Bangi ini. Semoga perniagaan makin berkembang dan lebih banyak cawangan dibuka sekaligus dapat memberi akses kepada rakyat Malaysia secara umumnya untuk membeli kelengkapan Haji dan Umrah dengan mudah. 

BUTIK HAQQI BANGI

LAMAN WEB : https://haqqi.com.my/
FACEBOOK :  https://www.facebook.com/haqqibangi
INSTAGRAM :  https://www.instagram.com/haqqi.com.my/


SEKIAN

13 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Memang selalu cr baju dekat bangi. Mesti kena singgah sini untuk cr baju suami.

    ReplyDelete
  2. Waaa baju raya sudah mariii...tapi kan Butik Haqqi ni bukan kata raya ke, kalau nak pakai selalu ke mesjid atau buat berjalan pun sesuai kan..material dia berkualiti serap panas kan..harga pun berbaloi, mampu beli..

    ReplyDelete
  3. tahniah pada butik haqqi... bagus ada kedai baju yg sediakan baju2 khas utk ke umrah /haji.. baru la tau syariah compliance ke tak kan... alhamdulillah smoga maju jaya.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Haqqi atas penempatan baru yang lebih strategik. InsyaAllah nak meneroka Haqqi untuk persiapan Syawal tahun nie

    ReplyDelete
  5. Senang tak payah nak tercari cari lagi .Semua di bawah satu bumbung je. Dekat Bangi pulak tu. Dekat ar dengan saya.

    ReplyDelete
  6. Satu langkah yang proaktif apabila bekerjasana dengan Tabung Haji moga terus maju...

    ReplyDelete
  7. Last year sis ada pergi yg ttdi punya. Rasa sis yg ttdi lagi dekat gan sis sb umah kat pj je. Nak raya nanti nak ke sana cadangnya

    ReplyDelete
  8. tahniah, Dr Fitri jadi duta haqqi ya. semoga terus berjaya dan thanks for sharing

    ReplyDelete
  9. Although I will not be wearing any of this. But thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. Cantik2 baju kat haqqi, muslimah tapi tetap bergaya. Kualitinya pun not bad

    ReplyDelete
  11. Wow Haqqi dah buka di bangi pulak ye. Hopefully lepas ni buka di Seremban pula. Sennag sikit nak shopping. Koleksi baju di Hawqi pun cantik cantik belaka

    ReplyDelete
  12. Lubok butik kalau dekat Bangi. Haqqi ooen dekat sane mmg sesuai sgt sbb kwsn tumpuan. Baju2 dr hutik haqqi pun banyak yang menarik ikut fesyen semasa.

    ReplyDelete
  13. Makin besarla coverage haqqi. dulu pernah juga shopping baju raya kat sini. tapi beberapa tahun lepas la di butik Shah Alam.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post