Le French Festival 2020 Kini Kembali Dengan Lebih Meriah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat rakan-rakan dan pembaca sekalian. Perkongsian kali ini adalah tentang Le French Festival 2020 yang pastinya memberikan pelbagai aktiviti menarik dan pengalaman menarik buat mereka yang ingin rasa dan mengetahui tentang budaya di negara Perancis. Untuk tahu lebih lanjut, anda boleh baca artikel ini sehingga tamat. 😎✌

 LE FRENCH FESTIVAL 2020 



Acara Perancis tahunan yang dinantikan Malaysia kini kembali dengan edisi ke-19 Le French Festival (LFF). Bermula pada 19 Mac sehingga 26 April ini, LFF 2020 akan menyajikan persembahan dan budaya Perancis melalui tayangan filem, pameran seni, persembahan muzik dan teater, masakan dan sebagainya kepada rakyat Malaysia. 

Sejak penganjuran kali pertama pada tahun 2001, LFF telah menjadi penghubung utama pertukaran budaya antara Perancis dan Malaysia secara progresif. Dibawakan oleh Alliance Française (AF), festival ini juga telah berjaya bertapak di empat buah bandaraya dengan ribuan pengunjung, iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. 


Untuk edisi kali ini, Martell – rakan kerjasama jangka panjang Le French Festival – mempersembahkan sebuah festival untuk semua dari segenap lapisan masyarakat termasuk keluarga dan kanak-kanak, penggemar Perancis, peminat filem, masakan dan seumpamanya. 

Bukan sekadar kepelbagaian program dan aktiviti berteraskan kehidupan Perancis yang akan dipersembahkan, penganjur dan Kedutaan Perancis di Malaysia juga menjemput bintang rock terkemuka, Manu Chao. Sebagai sebahagian daripada siri jelajah ke Asia Tenggara, beliau akan mempersembahkan formasi akustik daripada albumnya Sibérie m’était contée, sebuah rancangan berteraskan kekeluargaan dalam Bahasa Perancis dan Sepanyol.


Selain itu, LFF 2020 juga menampilkan jurumasak selebriti terkemuka Malaysia, Anis Nabilah yang akan menjadi tetamu kehormat dan ‘Friend of the Festival’ (Rakan Festival) di atas sokongan dan minat berterusan beliau terhadap gaya kehidupan Perancis. Menurut beliau, masakan dan budaya Perancis telah banyak mengasah kepakarannya sehingga menjadi jurumasak terkenal. 


“Jiwa saya amat dekat dengan Perancis kerana kecintaan dan pesona masakannya. Rakyat Malaysia dan Perancis sama-sama mencintai makanan kerana makanan ialah sebahagian daripada budaya yang bersama kita raikan. Saya amat teruja dan berbangga untuk meraikan budaya Perancis pada Le French Festival tahun ini di Malaysia. Ini adalah satu penghargaan kepada saya boleh jadi dinamakan sebagai ‘Friend of Le French Festival 2020’ ini," katanya. 




Bagi Jacques Bounin, pengarah Alliance Française Kuala Lumpur pula berkata: “Untuk edisi Le French Festival kali ini, kami amat teruja untuk membawa ramai orang ke satu pengembaraan seni Perancis sebenar – menerokai muzik dan masa yang boleh melangkaui imaginasi seseorang.

“Beserta semua rakan kerjasama, kami amat pasti bahawa melalui festival ini, budaya Perancis mendapat penghargaan daripada kalangan rakyat Malaysia pada tahap yang lebih tinggi. 16 filem pilihan terkini bakal membawa penonton menelusuri kepelbagaian ciptaan Perancis dalam semua genre, dari Norway ke Kyrgyzstan, dan hentian di Venice, Tunis dan semestinya di Perancis.”

 TREND & HIBURAN TERBARU 

Untuk edisi kali ini, LFF 2020 akan menampilkan beberapa trend dan hiburan terbaharu dari Perancis, termasuk:

👉Festival filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 16 filem Perancis pemenang anugerah (beserta sarikata dalam Bahasa Inggeris)
👉Pemuzik-pemuzik dari pelbagai ras yang mempersembahkan muzik Perancis
👉Pertunjukan teater secara langsung
👉Acara Art de Vivre termasuk bengkel pembuatan roti, sesi merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan banyak lagi!  

Di samping itu, beberapa soroton menarik yang boleh anda ikuti sepanjang festival LFF 2020 ini, termasuk:  

💖“The Malaysian Premiere of ‘Solstice Lunaire’” – Terokai seni alat muzik hap bersama Maia Darmé, seorang pemuzik hap klasik tersohor berbangsa Perancis serta ensemble tali terkemuka Malaysia, Kamerata. Konsert ini akan menampilkan sebuah ciptaan istimewa untuk persembahan ini, iaitu harp concerto ‘Solstice Lunaire’, yang akan diarah di bawah komposer dari Colombia, Carlos Mejia yang menulis didedikasi kepada Darmé.

💖“Gasp by Company Circoncentrique” – Sebuah pertunjukan sarkis menarik bertaraf dunia yang telah berjaya menampilkan persembahan penuh jenaka, pintar dan hebat untuk seisi keluarga. 

💖“Roger Kasparian – The Eyes of the Sixties” – Pelancaran pameran utama dunia yang akan memperagakan gambar-gambar jurugambar terkenal Perancis era 1960-an, Roger Kasparian membuat kali pertamanya. Beliau juga turut serta dalam pameran ini. Tokoh-tokoh yang anda kenali seperti The Beatles, the Rolling Stones, Edith Piaf dan Serge Gainsbourg boleh dilihat di pameran ini. 

💖Bengkel pembuatan roti – Pelajari cara membuat roti mengikut gaya Perancis daripada pakar pembakar roti Master Bakers of PAUL, selaku duta seni art de vivre Perancis.

Sambungan itu, edisi kali ini berhasrat melibatkan ramai rakyat Malaysia untuk mengalami dan menghayati budaya Perancis.

Menurut penyelaras kebudayaan festival dari Alliance Française Kuala Lumpur, Julie Loffi, “Tahun ini akan kami bawakan sesuatu yang boleh menarik minat rakyat Malaysi melalui lima deria, iaitu penglihatan, bunyi, rasa, bau dan sentuhan sempena penyertaan aktiviti-aktiviti budaya Perancis yang kami anjurkan.

“Kami telah meleluaskan beberapa aktiviti yang dijalankan di LFF2020. Bagi acara Art de Vivre kami berkolaborasi dengan pembuat minyak wangi terkenal Perancis, yang akan membawa kita ke pengembaraan wangian eksotik Perancis yang kagumi. Selain itu, kita teranjak kembara muzik yang menyerlahkan kepelbagaian gaya muzik Perancis dari klasik ke romantik, untuk pengalaman yang mengujakan… sesuatu yang menarik dari hasil kolaborasi antara Malaysia dan Perancis,” tambahnya lagi.



LOKASI LE FRENCH FESTIVAL 2020

Sedemikian, penggemar festival boleh mengunjungi Le French Festival 2020 pada tarikh dan lokasi seperti berikut:

❤ Kuala Lumpur : 19 Mac – 5 April 
❤ Penang : 9 April – 19 April 
❤ Johor Bahru : 16 April – 19 April 
❤ Kota Kinabalu : 23 April – 26 April  

Adalah dimaklumkan bahawa festival Le French Festival 2020 ini dibawakan oleh Martell dan rakan Festival Filem Perancis, Golden Screen Cinemas.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.lefrenchfestival.com.my  

Le French Festival 2020
Laman web rasmi: www.lefrenchfestival.com.my
Laman Facebook rasmi: facebook.com/lefrenchfestivalmy  
Laman Instagram rasmi: @lefrenchfestival_my

 #lefrenchfestivalmy #lefrenchfestivalmy2020 #lffkl 

Sukarelawan, tempahan (acara merasa, dll), pertanyaan am: info@lefrenchfestival.com.my / +60 3-2694 7880

Alliance Française de Kuala Lumpur
Laman web rasmi: www.alliancefrancaise.org.my
Laman Facebook rasmi: facebook.com/AllianceFrancaisedeKL
Laman Instagram rasmi: @alliancefrancaisedekl
No. telefon: +603-2694 7880

SEKIAN

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post