Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Panduan Mengatasi Kebosanan Semasa PKP


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia sebagai langkah untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini. Dengan adanya PKP, rakyat diminta untuk #dudukrumah, dan tidak keluar dari rumah tanpa sebab.

Rakyat Malaysia kini meluangkan kebanyakan atau seluruh masa mereka di rumah, dan untuk sesetengah orang, kebosanan mula melanda. Kami kemudian bertanya untuk mengetahui bagaimana orang lain menghabiskan masa mereka, dan berikut adalah beberapa tips untuk menyibukkan diri dan berhubung dengan dunia luar!

1. Merapatkan jarak sosial secara virtual atau di alam maya

  
Rakyat Malaysia telah diberitahu untuk mengamalkan penjarakan sosial, tetapi bagaimana anda melakukannya apabila anda ingin berhubung dengan orang yang tersayang? Buatlah apa yang kebanyakan pekerja sedang lakukan! Mulakan panggilan video bersama yang tersayang. Aplikasi kegemaran kami yang boleh diguna secara mudah alih dan juga di desktop ialah Skype dan Zoom. Walaupun diberitahu untuk duduk di rumah, apa yang menghalang anda daripada menjadi kreatif dan mengatur sesi minum dan berborak di mamak secara virtual di rumah melalui panggilan video?



Panggilan video secara berkumpulan di Skype kini membolehkan hingga 50 pengguna berada dalam satu panggilan. Anda juga boleh mencuba Zoom yang membolehkan hingga 100 pengguna berada dalam satu panggilan! Walau bagaimanapun, anda perlu refresh atau mulakan semula panggilan selepas 40 minit jika anda bukan pemegang akaun premium.

2. #Foodoftheday    



  
Adakah anda bosan dengan makanan yang dimasak di rumah dan mempunyai keinginan untuk menikmati sejenis makanan? Jangan bimbang, kerana perkhidmatan penghantaran makanan masih beroperasi! GrabFood dan foodpanda kedua-duanya masih menghantar pesanan ke rumah anda. Sama ada anda inginkan bubble tea atau makanan yang enak, namakannya dan mereka akan hantar. Semasa tempoh PKP, syarikat penghantaran makanan memberikan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pengguna mereka. Untuk GrabFood, gunakan kod FREEDEL untuk menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM28. Untuk foodpanda, penghantaran percuma adalah untuk semua dan anda boleh menggunakan kod PANDAPAL untuk menikmati penjimatan 30% daripada pesanan anda. Tertakluk kepada terma dan syarat.

3. Membeli-belah dengan selamat dari rumah 


Berjalan-jalan melihat barangan atau window shopping kini lebih mudah dan selesa. Pilih daripada senarai barangan yang amat panjang daripada pelbagai kategori daripada platform e-dagang seperti Shopee. Platform membeli-belah atas talian tersebut baru-baru ini mengumumkan bahawa perniagaan adalah seperti biasa untuk mereka, dan mereka bekerjasama secara rapat dengan jenama, rakan kongsi dan pembekal untuk terus memberikan keperluan harian dan keperluan membeli-belah kepada rakyat Malaysia. Kami juga dengar bahawa pada 27 Mac dan 4 April, akan terdapat barangan menarik yang dijual pada hanya RM0.44!

P/s: Pada masa ini, selain daripada pegawai perubatan kesihatan barisan hadapan, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua abang delivery daripada FoodPanda, Grab, Shopee Express, PosLaju dan banyak lagi atas pengorbanan anda ketika kami duduk di rumah.

4. Dalami budaya popular atau pop culture


Apa kata ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga anda atau mengetahui siapa pelakon yang bakal meningkat naik? Tontoni filem atau siri yang menjadi perbualan rakan anda (boleh dibaca sebagai: Crash Landing on You) di Netflix. Gunakan perkhidmatan strim Netflix untuk dapatkan filem dan rancangan TV tanpa had di telefon, tablet, komputer riba dan TV anda dengan pakej bermula daripada RM17 sebulan.

5. Cergaskan diri

Adakah anda masih ingat tentang azam tahun baharu untuk bersenam dan menurunkan berat badan? Masanya sudah tiba untuk membentang tikar yoga dan mulakan dengan beberapa senaman regangan mudah. Terdapat banyak tutorial percuma yang terdapat di YouTube.

Sebagai alternatif, jika anda sudah mempunyai atau sedang merancang untuk mendapatkan Nintendo Switch, inilah satu lagi sebab untuk mendapatkannya. Nikmati permainan kecergasan di Switch seperti Just Dance 2020, Zumba Burn It Up! atau Boxing Fitness untuk bersenam!

Itulah tips berguna! Tidakkah kita bernasib baik kerana adanya teknologi?! Kami tidak dapat bayangkan kehidupan tanpanya. Fuhh lega!


Sekian

17 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. saya asyik makan je xD esk nak kena exercise pulak la

    ReplyDelete
  2. banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengatasi kebosanan di rumah semasa PKP

    ReplyDelete
  3. Alhamdulilah belum ada masa lagi nak buhsan, mungkin sebab dah terbiasa duduk rumah...tapi bagi mereka yang dah mula bohsan, cecepatlah cari jalan lain, jangan sampai jadi kemurungan...

    ReplyDelete
  4. Samalah dengan saya. Manfaatkan tempoh aktiviti dengan fokus apa yang nak buat masa tengah sibuk bekerja dulu.
    Paling utama fokus habiskan masa dengan anak-anak tersayang.

    ReplyDelete
  5. Pada era teknologi digital ini macam macam perkara yg bole membuat anda sebuk walau pun di rimah kan?

    ReplyDelete
  6. ya! kita dah mula bosan. haha. thank u share info. netflix tu lah kita hadap wak. sampai tak tahu nak tengok apa dah. haha.

    ReplyDelete
  7. Tq for sharing..Tips yg bagus...semua bole di buat rujukan

    ReplyDelete
  8. Kalau macam I surirumah tak berkesan sangat tapi adalah sikit boredom tu.. yang kesian hat lelaki la... lelaki tak sesuai dok rumah unless dia bekerja dalam rumah ... hahhaha memang lelaki paling dasyat dia punya boredom hahahahah.. waktu ni la tolong tolong ringankan beban emak kalau yang stay ngan family.. yang bujang leg followed aerial suggested haha.. yang ada bini ada anak buat lah apa yang patut tapi jangan lah dok tidur bangun tidur bangun tidur tidur tidur je kerja

    ReplyDelete
  9. Hehehe. Bosan ni hadir bila diri kita ni macam tak wujud. Ada yang bosan asyik memasak dan membuat house cleaning. Ada yang bosan sebab work from home. So, pepandai kita utk terus positif. Solat jangan tinggal. Bahaya apabila bosan. Nanti masa dibazirkan begitu sahaja.

    ReplyDelete
  10. Betul la tu wak. Tapi awak jangan lupa bersenam ye time PKP nie. Lagi satu - dah taktau nak tgk apa kat Netflix dan makan apa dah hahaha

    ReplyDelete
  11. Shopping tu adoiui..mmgla aktiviti paling best hahahaha

    ReplyDelete
  12. Manfaatkan cuti ini sepenuhnya. Mcm2 la yang jadi.. Hidup kne kreatif..

    ReplyDelete
  13. Nak layan astro, umh pakai njoi je..lastnya kita layan shopee jela..duk umah xsemestinya xleh shopping kan??smuanya dihujungg jari je..lama2 kt umh pn leh tepuu otakk nie..hahaha

    ReplyDelete
  14. banyak juga masa kita sekarang insyaALlah terisi dengan perkara bermanfaat

    ReplyDelete
  15. banyak benda sebenarnya kita boleh buat sepanjang perintah kawalan ni. cuma nak dan taknak je kan

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post