Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand - Aerill Hassan™

Friday, March 20, 2020

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Apa khabar buat semua rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, aku disini sihat berada di samping keluarga sedang kuarantin dirumah selama dua minggu. Kali ini aku nak kongsikan dengan anda tentang tempat penginapan pertama yang aku dan rakan-rakan blogger lain tinggal pada malam pertama di Thailand. Oh ya, kalau yang belum tahu, hujung bulan Februari dan awal bulan Mac aku ada mengikuti satu trip ke Selatan Thailand.


 REVIEW HOTEL SATUN RIVERSIDE RESORT 

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Tempat penginapan pertama adalah di Satun Riverside Resort. Obviously resort ini terletak di wilayah Satun yang berhampiran dengan negeri Perlis di Malaysia. Tapi lokasinya bukanlah betul-betul di bahagian bandar, tetapi di kawasan hutan dan sungai.

Aku teruja bila mana sampai sahaja di Satun Riverside Resort ini. Teruja kerana lokasinya yang berada di kawasan hutan dan juga terletaknya sungai yang mengalir betul-betul di sebelah resort ini sahaja.

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Sungai yang seperti anda dapat lihat dalam gambar ini sangat tenang dan cetek sahaja.Walaubagaimanapun kami tak sempat nak mandi di sungai ini kerana esok paginya perlu check-out awal untuk ke lokasi lain. 

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand


 SUASANA BILIK 

Mesti ramai yang nak tahu keadaan di dalam bilik bagaimanakan? Okay, untuk berikutnya aku akan berikan pendapat aku terhadap bilik yang disediakan.

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Biliknya sangat luas! Katil yang besar dan boleh memuatkan 4 orang dan lebih. Selain itu, semua kemudahannya sangat cukup dan tersedia rapi.

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Keadaan bilik air yang agak mewah membuatkan aku lupa bahawa resort ini terletak di dalam hutan!Selain itu, televisyen dan wifi di resort ini sangatbagus! Ada beratus chanel yang anda boleh pilih untuk ditonton di televisyen! Sangat menakjubkan!

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Bilik aku terletak di tingkat atas, manakala bilik rakan blogger yang lain dibawah dan juga disebelah. Untuk bilik diatas, ada beranda yang disediakan, sangat luas untuk anda lepak bersama keluarga atau rakan-rakan pada waktu malam sambil mendengar bunyi sungai mengalir.

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand


 MAKAN MALAM 

Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Makan malam di Satun Riverside Resort sememangnya aku tak akan lupa. Pertamanya adalah aku sangat lapar kerana perjalanan dari KL ke Satun mengambil masa yang lama kerana singgah di Lapangan Terbang Hatyai terlebih dahulu. Jadi, dengan rasa lapar yang menggunung bagaikan gunung everest, aku dapat makan beberapa menu sedap di sini.


Review Hotel Satun Riverside Resort, Thailand

Menu yang disediakan adalah menu biasa sahaja, tetapi sangat sedap ( mungkin sebab lapar ). Antaranya seperti ayam goreng, tomyam, telur dadar, kengsom dan sebagainya. Kalau sebelum ni makan di kedai Siam yang terdapat di tepi jalan sahaja, tapi kali ni betul-betul dapat makan di Siam!

 LOKASI 



Satun Riverside Resort
258 หมู่ 10 ต.น้ำผุด La-ngu District, Satun 91110, Thailand
FACEBOOK :  Satun Riverside Resort


#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

13 comments:

  1. Bestnya dpt menginap free... Abe je yg blom dpt peluang cam ni. Huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Uishh kepala batu tu menakutkan, kalau keluar malam mau terkejut...mesti bestkan sebab rasa suasana perkampungan gitu...sejuk ke tempatnya?

    ReplyDelete
  3. Wah seronok dan sejuk je mata memandang lokasi tempat penginapan ni kat area hutan dan sungai..nyaman gitu hehe..maybe boleh save untuk next year ke pe bila covid dh betul2 settle nnt insyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Wah, cun punya tempat! ingatkan satun ni takde tempat penginapan yang menarik. Elok sangat kalau yang buat shot vacay. saya teringin nak ke seberang. Cepatlah semua ni kembali normal. Nak travel oii

    ReplyDelete
  5. Scary nya kepala batu tu. i kalau malam2 x berani keluar iena :D

    ReplyDelete
  6. UNtunglah dapat jalan jauh-jauh ni hehehe bestnya temapt cantik dan menarik selesa tenang jer rasa tenang hehehe makanan pun nampak sedap dan menyelerakan hehehehe..

    ReplyDelete
  7. Kalau akak dihantar ke Thailand, akak masih bleh hidup di sana sebab makanan dia enak-enak belaka. Halal food banyak. Inikan pula kawasan mcm hotel Aeril pergi ni. Hahaha. Tom Yam satu!

    ReplyDelete
  8. luas juga bilik dia ek.. boleh la yg keluarga menginap 1 bilik dgn selesa... bilik air pun besar... mesti seronok kan cuti menikmati udara segar sambil tengok keindahan hutan dan sungai.. teringin nak pergi mandi sungai...

    ReplyDelete
  9. Bestnya pergi Thailand. Teringin sangat nak pergi. Boleh letak ni dalam list nanti habis covid

    ReplyDelete
  10. Oh how I miss travelling! The Satun Riverside Resort looks good to stay. comfortable and clean kan

    ReplyDelete
  11. Wahhh beruntung sangat dapat duduk tempat macam ni. Kalau lah ada peluang mmg nak merasa, InsaAllah kalau ada rezeki boleh le cuba tempat ni

    ReplyDelete
  12. I miss travelling la bro! Wait this Covid 19 over & gotta bring my little daughter to travel along.

    ReplyDelete
  13. Nampak selesa betul ya hotel nya. Bolejlah menginap dekat sini kalau dtg ke sana nanti

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.