Travelogue Thailand : [Part 1] KL To Hatyai International Airport To Satun - Aerill Hassan™

Tuesday, March 17, 2020

Travelogue Thailand : [Part 1] KL To Hatyai International Airport To Satun




Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar buat semua pembaca dan rakan-rakan sekalian. Alhamdulillah, untuk mereka yang mengikuti kehidupan aku di media sosial seperti Instagram, Twitter atau Facebook pastinya tahu bahawa hujung bulan Februari dan awal bulan Mac aku ada melancong ke Thailand. Sebenarnya bukanlah saja-saja aku melancong ke sana, tetapi aku mengikuti program bersama Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur iaitu Program MET Satun-Phatthalung-Hatyai.

Program yang berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehinggalah 2hb Mac 2020 bertujuan untuk mempromosikan beberapa tempat menarik disekitar wilayah Satun, Phattalung dan juga Hatyai. In shaa Allah aku akan berikan maklumat, cerita dan pengalaman aku sepanjang mengikuti program yang sangat menarik ini. ✌😎


 TRAVELOGUE THAILAND : [PART 1] KL TO HATYAI INTERNATIONAL AIRPORT 


Aku sangat teruja untuk program kali ini. Pertama adalah sebab aku tak pernah ke Thailand dan kedua adalah aku tak pernah naik kapal terbang. Alhamdulillah, program kali ini aku dapat pengalaman baru pergi ke negara lain dan juga menaiki kapal terbang. Alhamdulillah

 10.00 PAGI 


Seawal jam 10.00 pagi aku dah bergerak dari rumah ke Stesen Komuter Serdang. Dari situ, aku naik Komuter terus ke Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Buat apa di TBS? Aku di TBS sebab aku bertolak ke Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) dari situ.

Perjalanan dari TBS ke KLIA2 mengambil masa sekitar 1 jam lebih sahaja. Dengan harga serendah RM11.00 sahaja, aku rasa sangat berbaloi. Aku membeli tiket bas yang bertolak pada jam 11.00 pagi.

 12.15 TENGAH HARI 


Sampai di KLIA2. Bukan kali pertama disini. Ini kali kedua kalau aku tak silap. Kali pertama ketika menghantar kawan aku balik ke Sabah. Sementara nak tunggu waktu berkumpul dan sebagainya, aku sempat makan di satu restoran makanan segera.


Kemudian dah siap check-in, hantar luggage dan sebagainya. Kami semua terus ke balai perlepasan. Lepak lagi sementara masa masih awal.

 2.30 PETANG 

Mula masuk ke dalam kapal terbang. Pengalaman pertama kali yang buat aku sangat teruja. Mungkin dari luaran tak nampak macam aku teruja, tapi dalam hati siapa yang tahu? Aku tak bawak banyak barang pun. Hanya beg galas besar dan satu beg pegang di tangan. Jadi aku tak ada luggage yang perlu dibawa masuk terlebih dahulu.

 3.15 PETANG 

Kapal terbang mula terbang! Sangat teruja sebenarnya. Kenapa umur 25 tahun baru aku naik kapal terbang? Okay, aku datang daripada keluarga yang sederhana. Pendapatan keluarga hanya cukup untuk perbelanjaan bagi setiap ahli keluarga untuk bulan itu. Simpanan? Ada, tapi bukan simpanan untuk melancong atau sebagainya. Keluarga aku kalau nak jalan-jalan atau travel hanya ke kawasan yang dekat dengan rumah, yang mana kosnya lebih murah.


Musim virus ni, memang kena berjaga-jaga. Pramugari dan pramugara pun pakai mask sepanjang masa. Walaupun perjalanan hanya mengambil masa 1 jam lebih sahaja, aku sempat menjamah makanan yang disediakan iaitu Nasi Lemak Pak Nasseer.


Yang lebih seronok bila mana seat aku terletak di bahagian tepi, betul-betul berdekatan dengan tingkap. (Sebenarnya seat aku di bahagian tengah, tapi tak ada orang dekat seat tepi tingkap tu.😂) Memang cantik dan indah pemandangan. Sempat jugak aku ambil beberapa gambar sebagai kenangan.


 3.20 PETANG  [ MULAI SEKARANG SEHINGGA KE LOKASI TERAKHIR AKU AKAN GUNA WAKTU THAILAND ]


Akhirnya sampai juga di Thailand. Alhamdulillah, perjalanan berjalan lancar. Seperti biasa, sebelum boleh mulakan perjalanan ke wilayah Satun, kami melalui beberapa kaunter, seperti kaunter imigresen dan sebagainya. Kemudian terus beli simkad Thailand untuk memudahkan penggunaan Internet di Thailand.

 5.30 PETANG 

Perjalanan yang memakan masa hampir 2 jam lebih dari Hatyai International Airport ke lokasi berikutnya diisi dengan tidur sahaja. Dari lapangan terbang ke Satun dan ke lokasi-lokasi lain, kami menggunakan van sahaja.

Jam 5.30 petang akhirnya kami sampai ke lokasi penginapan pertama untuk malam tersebut iaitu di SATUN RIVERSIDE RESORT.


Lokasinya terletak di bahagian pendalaman dan agak jauh dengan kawasan bandar. Untuk mereka yang sukakan konsep hutan dan kehijauan, inilah tempatnya! Yang lebih menarik adalah adanya sungai yang mengalir betul-betul di sebelah resort ini. Sungainya begitu tenang dan cetek ya!


Suasana tenang, dan penuh kehijauan. Banyak juga bilik di resort ini, ada beberapa bilik di tingkat atas, dan ada yang di tingkat bawah.

 ROOM TOUR 


Bilik yang diberikan untuk penginapan malam tersebut sangat besar dan luas! Konsep bilik ini bagaikan rumah di atas pokok. Walaupun konsep sebegitu, tetapi kemudahan semuanya lengkap!


Oh ya, katil yang luas, ada dua ya katil bersaiz queen untuk aku seorang. 

 6.30 PETANG 


Setelah selesai menguruskan diri dan sebagainya tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu waktu makan malam. Alhamdulillah, makan malam pada malam tersebut dihidangkan dengan pelbagai menu menarik dan sedap!


Yang lebih menarik adalah makanannya direfill apabila dah habis! Memang aku tambah nasi banyak kali!  Lepas penat tidur dalam van beberapa jam, pastinya perut lapar kan!

 7.45 MALAM 

Selepas masing-masing kekenyangan, kami semua ke kedai 7-11 terdekat untuk membeli barang keperluan, snack dan sebagainya. Memang menjadi impian aku untuk singgah di 7-11 di Thailand sebab dah banyak kali jugak aku terbaca pengalaman rakan-rakan ke 7-11 di sini.


 8.30 MALAM 

Lepas sahaja pulang dari 7-11,  kami sempat bergambar di lokasi papan tanda Riverside Satun Resort ni. Sementara masa yang ada ni, sempatlah beberapa keping gambar di ambil. Oh ya, esok pagi awal-awal sudah check-out daripada resort ni.


Sedikit info berkenaan Satun Riverside Resort ni, harga bilik untuk pakej Dorm bermula dari THB600 (MYR80) dan ada pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti berkayak dan sebagainya.

Alamat : 258 หมู่ 10 ต.น้ำผุด La-ngu District, Satun 91110, Thailand
Telefon : +66 89 598 1712


 VIDEO 



Sekian untuk PART 1

#TATKL #TourismThailandKL #AmazingThailand #VisitThailand

Terima kasih diucapkan kepada Tourism Authority Thailand Kuala Lumpur di atas jemputan untuk program MET Satun-Phatthalung-Hatyai ini. Program ini berlangsung dari 27hb Februari 2020 sehingga 2hb Mac 2020

14 comments:

  1. Cepatlah berakhir Covid19 ni, nak pegi hatyai juga...dah berapa kali postpone ni, tengok post ni alaa bestnya..makanannya pun seda-sedap ek...tempat dan susansa pun nyaman, boleh test sini nanti..

    ReplyDelete
  2. How I wish I can travel ! Later bring my daughter go along after the Covid 19~

    ReplyDelete
  3. Banyak lagi tempat kat Thailand tak explore lagi. Thailand ni bestnya sebab senang juga nak mendapatkan makanan halal.

    ReplyDelete
  4. So nice and fun to join Program MET Satun-Phatthalung-Hatyai. I have not been to Hatyai yet. wish to go there after the disease is gone

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat join program travel ni sambil2 boleh promote thailand

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat makan sedap-sedap dan juga pergi tempat menarik kat Thailand kita pun dulu pergi ngan Dboy hehehe di tak nak ajak kita pun kali ini hehehe rindu naik bas pergi keliling selatan Thai masa tu best giler...

    ReplyDelete
  7. Wah lengkap semua info! Ko buat akak rindu travel la Hehehe. Nantu nak ikut stail

    ReplyDelete
  8. best nyer. jelajah thailand. hatyai is best tau, aerill.
    aida ke bangkok ari tu. hatyai is much better. best. makanan byk. senang cari.

    ReplyDelete
  9. memang kita bgtau hubby kita lepas covid ni nak travel ke hatyai backpacking.. rindu sgt nak travel..tgk riverfront ni pun cantik..bilik spacious...elok sgt untuk kami berkeluarga

    ReplyDelete
  10. Bestnyaaa.. View dia pun nampak cantik. Tetiba rasa macam diri ni pulak yang pergi travel. Haha

    ReplyDelete
  11. seronoknya bercuti di Thailand. dah lama teringin nak pergi tapi belum berkesempatan. buat masa sekarang zul starred dulu cerita ini untuk rujukan nanti.

    ReplyDelete
  12. Bestnya travel ke Thailand. One fine day nanti nak bercuti kat sana lh guna itinerary nie. Nampak best semuanya !

    ReplyDelete
  13. tak pernah pergi lagi hatyai. nanti bolehlah arrange trip ke hatyai pula

    ReplyDelete
  14. Memnag best nak pergi jalan jalan kat Thailand after MCO

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.