2 Mac 2018

Kenyataan Maaf daripada Neelofa



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Selebriti terkenal tanahair, Neelofa yang baru-baru ini telah menggemparkan negara apabila melancarkan jenama tudungnya di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara telah memberi kenyataan maaf berhubung kejadian ini. Setelah menerima pelbagai kecaman daripada pelbagai pihak , beliau tampil membuat kenyataan maaf di laman instagram miliknya.


Ramai netizen berang apabila kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini di wawancara oleh wartawan hiburan kelihatan agak sombong dan sangat tidak sesuai. Beliau tampil dengan gambar terbaru di instagram memberi kenyataan maaf berhubung kontroversi ini.






Secara tidak langsung, kontroversi ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai terhadap jenama tudung beliau , tetapi juga seperti mempromosi tempat berlangsungnya majlis itu iaitu kelab malam Zouk. Ramai yang memberi pandangan bahawa ini adalah satu daripada marketing yang ingin ditampilkan oleh beliau. 
Apa -apa pun diharap kisah ini berlalu begitu sahaja dan dapat memberi pengajaran kepada yang terlibat dan juga netizen supaya lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.