19 Mei 2018

10 Jenis Kurma yang Paling Popular



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bulan Ramadhan, selain bulan berpuasa, bulan ini juga terkenal dengan buah kurma. Kebiasaannya pasti akan ada iklan daripada syarikat yang menjual buah kurma akan kedengaran di waktu bulan Ramadhan. Buah ini begitu sinonim dengan bulan Ramadhan kerana mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaannya. Jom kita lihat 10 jenis buah kurma yang paling popular.

Jenis-jenis buah kurma

1. Kurma Nabi/ Ajwa

Kurma ini berasal dari tanah Madinah (Saudi Arabia) dan inilah kurma kesukaan Nabi Muhammad SAW. Warnanya hitam, tekstur lembut, tidak manis dan citarasanya hampir mirip seperti kismis


2. Kurma Sekki

Kurma Sekki ini mempunyai dua warna. Bahagian atasnya berwarna kuning-kuningan dan bahagian bawahnya berwana coklat-kecoklatan. Bahagian berwarna kuning lebih keras sedikit berbanding bahagian coklat yang lebih empuk dan kenyal. Rasanya tidak terlalu manis dan tidak tawar.

3. Kurma Barhi

Kurma barhi yang bertekstur lembut seperti durian ini berwarna coklat merah. Rasa manisnya sedang-sedang sahaja dan ada sedikit rasa caramel.

4. Kurma Kholas

Kurma kholas berwarna coklat terang keemasan dan mirip seperti kurma barhi. Teksturnye empuk dan hanya ada citarasa coffee caramel. Kemanisannya juga di kadar yang sedang.

5. Kurma Khidri

Kurma Khidri berwarna merah merun gelap. Teksturnya lebih kering dan kenyal dan tidak terlalu manis.

6. Kurma Mactoumi

Kurma mactoumi berwarna sedikit kemerahan. Permukaannya agak permukaan agak kerepot dan kenyal tetapi rasanya manis.

7. Kurma Sokari

Kurma sokari berwarna kuning kecoklatan. Tekstur kenyal lembut tetapi ada juga jenis yang keras. Ia yang kelihatan sedikit kering dan manis ini paling disukai di Arab Saudi.


8. Kurma Siraj

Kurma siraj berwarna kecoklatan kemerahan yang bentuk lonjong. Tekstur lembut dan rasa manis sedang.

9. Kurma Majol

Kurma majol berwarna coklat. Rasanya sangat manis dan kenyal dan mudah merekah. Ia juga mudah didapatkan dengan harga yang tidak terlalu mahal.

10. Kurma Monief

Kurma monief berwarna coklat terang, ukurannya tidak begitu besar, rasanya manis sedang dan memiliki tekstur yang lembut.

Sepanjang bulan Ramadhan ini, jenis manakah yang anda akan cuba? Semuanya nampak sangat menyelerakan. Berapakah harganya dipasaran sekarang ya?


Sumber : Selongkar10

Sekian

10 ulasan:

  1. hmm sedap.. buat jus kurma susu. :)

    salam ramadan

    https://jajastollymolly.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Banyak kan jenis kurma yang ada dijual di Malaysia. Ada banyak lagi jenis kurma ni mengikut nama tempat ianya ditanam.

    BalasPadam
  3. Banyak jenis kurma....lazimnya kalau kurma Nabi/Ajwa dapat makan dari saudara mara yang balik menunaikan haji atau umrah...

    BalasPadam
  4. banyak jenis kurma tapi yang paling orang suka cari kurma nabi lah

    BalasPadam
  5. Sedapnya buah kurma hihihi tip top ah post ni boleh tambah ilmu dalam kepala

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.