17 Mei 2018

GST dikurangkan pada kadar 0% bermula 1 Jun



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Bermula 1 Jun ini, kadar GST, cukai barang dan perkhidmatan akan dikurangkan kepada kadar 0%. Ianya telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Cukai GST sebelum ini adalah pada kadar 6%. Berita ini disambut baik oleh rakyat negara Malaysia kerana ramai yang telah terbeban dengan cukai yang dibuat sejak tahun 2015.

Mengulas lebih lanjut tentang cukai GST ini, bagi aku sendiri, cukai ini agak membebankan bagi golongan berpendapatan rendah seperti keluarga aku. Kononnya dengan adanya cukai ini harga barang akan turun, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Mungkin masa cukai ini dibuat adalah pada masa yang salah.

Untuk memansuhkan terus cukai ini sebenarnya mengambil masa yang lebih lama iaitu perlu menunggu sidang parlimen bermula, kemudian perlu dibahaskan terlebih dahulu di parlimen. Jadi, langkah yang lebih bijak telah dilaksanakan dengan mengurangkan kadar daripada 6% kepada 0%.

Apa yang aku harap adalah supaya harga barang kembali turun dan menjadi normal seperti sebelum cukai ini dibuat oleh kerajaan terdahulu. Mampukah para peniaga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan? Sama-sama kita lihat bagaimanakah kerajaan baru ini untuk membantu dalam proses menurunkan harga barang.

Sekian

Sumber : AstroAwani

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.