16 Mei 2018

Makan di Restoran GravyBaby , Jalan P Ramlee, KLCC



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada hujung bulan April yang lalu, aku telah keluar bersama rakan-rakan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) untuk menonton filem Avengers : Infinity War. Setelah selesai menonton filem, perut masing-masing mulalah kelaparan. Jadi, kami mencari restoran yang unik dan menarik. Sebuah restoran yang terletak berhampiran dengan KLCC telah menjadi pilihan utama memandangkan kami sudah banyak kali makan di foodcourt KLCC. 

Restoran yang kami pergi ini adalah restoran GravyBaby, terletak di Jalan P. Ramlee. Restoran ini berada di tingkat bawah sebuah hotel. Pada mulanya was-was juga nak masuk sebab bila lihat suasana di dalam restoran yang agak mewah dan mungkin makanannya tidak halal, tetapi melihat ada chefnya memakai tudung dan makanannya halal, jadi bolehlah kami masuk dan menjamah makanan yang ada.

Suasana di dalam restoran

Suasana di dalam restoran

Suasana di dalam restoran

Apakah perasaan pertama bila melihat menunya? Aku sendiri ternganga dan hanya menjampi serapah di dalam mulut sahaja. Harganya agak mahal bagi aku sebab harga bagi satu makanan sahaja sudah boleh aku jadikan belanja untuk perbelanjaan seminggu. Mungkin inilah tempatnya bagi mereka-mereka yang berada di golongan VIP atau golongan kaya.
Menu
Menu

Jadi, apa yang aku pilih? Sebenarnya aku tidak memilih sebarang makanan lagi, kerana sedang mengira duit yang berada di dalam dompet. Tetapi alhamdulillah , kerana pada hari itu ada promosi yang dilakukan pada menu steak. Beli satu percuma satu, jadi aku dan rakan aku dapat jimat di situ. Kalau anda lihat di imej di bawah, ada beberapa jenis steak yang dijual dan mengikut saiz dan harga masing-masing.



Jujur aku katakan bahawa aku tidak pernah ke tempat-tempat sebegini, yang kelihatan sangat mewah. Mungkin bagi anda semua ianya kelihatan biasa sahaja, tetapi aku sendiri rasakan tempat ini bukanlah tempat yang akan aku lepak untuk setiap hari. Mungkin ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk aku makan di tempat mewah sebegini.

Makanan yang dipilih


Alhamdulillah, makanannya sangat sedap. Nampak macam sedikit sahaja tetapi semuanya sangat mengenyangkan. Harganya pula? Lebih baik aku tak payah beritahu. Haha. Servis di restoran ini bagus, mungkin sebab restoran ini berada di tempat ramai pelancong jadi mereka perlu memberikan servis yang terbaik. Suasana di restoran ini juga santai dan kadang-kadang rasa seperti berada di Hollywood atau New York.



Kepada anda yang teringin untuk makan makanan sebegini di tempat mewah, anda bolehlah terus ke KLCC, kemudian waze GravyBaby.Untuk mereka yang membawa kereta, bolehlah letak di parking hotel atau parking KLCC.

Location : GravyBaby, Jalan P Ramlee, KLCC.

Sekian

4 ulasan:

  1. Ya Allah confirm mahal ni sebab tu tak nak beritahu harga makanan tu T_T dia punya interior design cantik sangat.

    BalasPadam
  2. tengok harga dalam menu macam harganya lingkungan 50 ke atas yer

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.