9 Jun 2018

Hantar Adik ke Pusat Asasi UiTM Dengkil, Selangor



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku ada update entri tentang aku mengikut keluarga menghantar adik aku ke UiTM Dengkil, Selangor. Entri itu anda boleh baca DISINI. Entri kali ini pula aku nak menceritakan tentang keseluruhan proses kejadian yang berlaku.


Pintu masuk

Pada pagi tersebut, kami bertolak dari Kajang iaitu dari rumah mak saudara aku yang terletak di Kajang 2. Perjalanan dari Kajang 2 ke UiTM Dengkil mengambil masa hampir 35 minit sahaja. Setelah sampai, kami terus dibawa ke pintu kedua iaitu pintu untuk pelajar perempuan.

Ayah aku dan adik

Kemudian, adik aku pergi mendaftarkan diri di kaunter kolej dan sebagainya. Tips untuk mereka yang inginkan bilik bersama rakan, anda perlu mendaftar secara bersama kerana penempatan bagi kolej dilakukan ketika pendaftaran. Jadi , daftarlah bersama rakan-rakan anda. 

Aku dan adik-adik aku

Seterusnya , adik aku dan rakannya pergi mendaftar dan melakukan proses lain secara sendirian manakala ibu bapa bolehlah ke bilik atau kolej. Kunci telah diserahkan selepas mereka mendaftar di bahagian kolej.

Suasana ketika pendaftaran

Adik aku mendapat tempat di Kolej Dahlia 1. Aku lupa nak kira berapa tingkat yang ada , tetapi kolej ini lebih baik daripada kolej UiTM yang aku pernah duduk iaitu Kolej Jati UiTM Shah Alam. Kolej Dahlia 1 ini mempunyai lif untuk memudahkan anda ke tingkat atas. Adik aku punya bilik berada di tingkat 4.

Di dalam setiap bilik mereka , mempunyai tiga bilik lagi dibahagian dalam dan setiap bilik boleh memuatkan dua orang penghuni sahaja. Di luar terdapat meja untuk belajar dan juga tandas.

Kolej Dahlia 1

Untuk kali ini, setelah selesai mendaftar, mereka mengikuti program selama dua hari sahaja. Keesokan harinya mereka sudah boleh pulang ke rumah masing-masing. Pengajian hanya akan bermula selepas hari raya iaitu pada 24 Jun 2018.

Ketika pulang

Begitulah ceritanya. Hanya dua hari sahaja. Bila aku melihat mereka semua ,kenangan ketika pertama kali mendaftar di UiTM menjelma kembali. Sekarang aku sudah selesai pengajian di UiTM. Master? In shaa Allah.

Sekian.

4 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.