9 Julai 2018

Anak Najib di Taiwan bersama aktres Taiwan?



Assalamualaikum dan salam sejahtera




Mohd Nazifuddin Najib, anak kepada bekas Perdana Menteri ke 6 Datuk Seri Najib Tun Razak, dilihat bersama aktres Taiwan di Taipei, laporan oleh Taiwan News.

Mengikut laporan portal online Taiwan itu, Mohd Nazifuddin dilihat keluar bersama Celia Chang selepas Najib dilepaskan melalui ikat jamin setelah ditangkap pada 3 Julai disebabkan peranannya dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Laporan yang dipetik daripada Apple Daily itu mengatakan bahawa Mohd Nazifuddin dilihat sedang makan di restoran steak di salah sebuah tempat mewah di kawasan bandaraya Taipei pada Khamis (5 Julai). Pasangan itu kemudian dilihat menghabiskan masa selama 3 jam di restoran itu untuk makan dan minum wain merah.

Laporan juga menyatakan bahawa pasangan itu mengunjungi pub selama  jam sebelum ke hotel Grand Hyatt Taipei pada jam 1 pagi.

Walaubagaimanapun, laporan itu turut memberitahu bahawa jurucakap Celia Chang (aktress) mengatakan bahawa Mohd Nazifudin hanyalah sekadar sahabat sahaja dan Celia Chang hanya menjadi jurupandu sepanjang trip Mod Nazifuddin ke Taipei. Mohd Nazifuddin dilaporkan telah pulang ke Malaysia pada Jumaat (6 Julai). 

Sumber : The Star

............................................................

P.S : Mirip betul muka anak Dato Seri dengan ayahnya.

Sekian

4 ulasan:

  1. hahahha tak tahu nak komen apa..tersalah komen nanti kena kecam berjemaah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen je.. kalau kena kecam.. kita lawan balik.. haha

      Padam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.