11 Julai 2018

Tutup Sekolah Tahfiz? Ini Kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan beberapa intervensi untuk membantu sekolah tahfiz bagi memastikan pelajar tahfiz mampu berdaya  saing sama ada di dunia akademik atau pasaran kerja yang semakin mencabar.

“Biasanya, isu yang berbangkit di sekolah tahfiz adalah mengenai kualiti pengajaran dan pendidikan. Jadi, kita ingin memastikan supaya sekolah tahfiz tidak menggadaikan kualiti pendidikan untuk anak-anak kerana mereka inilah masa depan negara,” kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik kepada Bernama.

Ketika  ditemui selepas merasmikan Konvesyen Pendidikan Kebangsaan ke-24 dan Persidangan Agung Perwakilan ke-36 Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, di Subang Jaya dekat sini, hari ini, beliau berkata langkah itu bagi memastikan semua pelajar tahfiz mempunyai keseimbangan antara ilmu ukhrawi dan duniawi. 

“Kita tidak mahu apa yang diajarkan di sekolah tahfiz itu akan melahirkan pelajar-pelajar yang tidak mengenal ilmu duniawi. Ia kena ada keseimbangan di antara ilmu akhirat (ukhrawi) dan duniawi yang diperlukan terutamanya dari segi Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang mencadangkan penutupan sekolah tahfiz yang disifatkan terlalu radikal, Maszlee berpendapat semua ibu bapa mempunyai hak untuk memilih pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

“Itu tidak menepati dengan aspirasi saya yang percaya kepada kebebasan ibu bapa untuk memilih pendidikan yang terbaik buat anak-anak mereka,” katanya.

Sementara itu, Maszlee juga menggesa agar setiap sekolah rendah menyediakan sudut pidato atau sudut berbicara (speakers’ corner) sebagai medium kepada murid mengasah bakat dalam bidang pengucapan awam.

“Setiap hari, hendaklah ada dalam kalangan anak-anak murid yang dilatih untuk menyampaikan pidato atau pengucapan awam. Kita dapati di kebanyakan negara-negara maju, mereka mempunyai sudut-sudut yang sedemikian di sekolah-sekolah.

“Ia akan membantu melahirkan anak-anak murid yang bukan sahaja mempunyai kemahiran untuk berbicara di khalayak ramai tetapi juga berkeyakinan tinggi,” katanya. ― Bernama

Sekian

Sumber : Bernama
Sumber Gambar : Sinar Harian

Pendapat aku adalah tidak perlu tutup tetapi perlu ditambah baik daripada beberapa segi, pastinya beliau tahu apa yang perlu ditambah baik.

:)

18 ulasan:

  1. Terbaik!!! Zumal sokong kenyataan Dr Maszlee ni...

    BalasPadam
  2. Yuran sekolah tahfiz sekarang ni lebih mahal dari sekolah biasa. Ramai yang nak bagi anak2 mereka didikan agama tapi mengalami masalah kekangan kewangan.

    BalasPadam
  3. buat penambahbaikan sekolah tahfiz ni. biar seiring dengan sekolah kebangsaan yang biasa ni. kalau tutup, apa pelajar tahfiz nak buat? bukan senang nak tutup macam tu saja.

    BalasPadam
  4. Perlu penambahbaikan supaya ilmu duniawi dan ukhrawi seiring.

    BalasPadam
  5. Buat penambahbaikan pada yang sedia ada itu lebih dari terus tutup.
    Jangan nanti ada ramai ibubapa buat tanda protes, kan menyusahkan semua pihak nanti.

    BalasPadam
  6. setuju kalau dibuat penambahbaikan sekolah tahfiz ni akan setanding dgn skolah biasa.. tahpe lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya semua bersetuju untuk dibuat penambahbaikan :)

      Padam
  7. Btw bila di nilai dari segi agama sekolah tahfiz memang meberikan pendidikan agama yang luar biasa di anak muda mampu menjadi hafiz dan hafizah ( penghafal Al-Quran ) namun ari sudut lain mereka jauh ketinggalan dari ilmu duaniwj...lagi pula skg ni yuran Masya Allah mahal sgt.. bukan bekira bab duit tapi ekonomi yang tidak mengizinkan.. kalau semua aspek di ajar mahal mcm mana pun org tak kesah.. habya perlu penambahan baik

    BalasPadam
  8. Good idea, upgrade sys pbelajaran sekolah tahfiz sjajar dgn keadaan semasa

    BalasPadam
  9. Mahal sebab tidak dapat bantuan. Sekolah swasta biasa pun mahal juga. Ada yang bayar seribu sebulan.
    Kalau sekolah agama swasta dibantu oleh kerajaan, boleh kurangkan bebanan ekonomi parent yg berminat hantar anak ke sekolah ini.

    BalasPadam
  10. sokong dengan penambahbaikkan sekolah tahfiz seperti yang diusulkan oleh menteri pendidikan

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.