Jenama Paling Digemari di Lazada



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Hai semua, apa khabar? Semoga hari anda sentiasa dalam keadaan baik sentiasa. Baiklah. Kali ini aku mengambil masa dan ruang yang ada untuk menceritakan tentang antara jenama yang aku rasa paling menarik yang ada di Lazada.

Pastinya semua rakyat Malaysia sudah mengetahui mengenai apa itu Lazada. Walaubagaimanapun aku sekali lagi ingin memberitahu bahawa Lazada merupakan satu platform beli belah secara online yang sangat popular! Pelbagai jenis barang dan jenama yang tersedia di dalam platform Lazada tersebut. Yang lebih menarik, kadang-kadang harganya lebih murah berbanding membeli di kedai fizikal.


Three of your favorite brands on Lazada and why you love them. 
[ Tiga jenama yang paling anda gemari dan kenapa anda gemarkannya. ]

1.  MI Official Store [ KLIK SINI ]


Jenama pertama yang aku paling suka dan gemar adalah jenama Mi atau Xiaomi. Pertama, sudah tentulah harganya yang tersangat murah berbanding kedai atau jenama barangan elektronik lain. Kedua, kualitinya yang setanding dengan jenama lain. Aku akui kualitinya sangat mengagumkan! Sehebat jenama lain dan aku rasa kadang-kadang lebih berbaloi!


Selain telefon pintar, ada juga beberapa barangan elektronik lain yang aku rasa sangat bagus dan pastinya perlu dijadikan kegunaan harian. Contohnya, powerbank yang harganya murah! Walaupun telefon pintar keluaran Xiaomi mempunyai kapasiti bateri yang sangat mengagumkan, tetapi tak salah kiranya anda juga membeli powerbank jenama yang sama juga.


Mempunyai dashcam juga merupakan satu keperluan juga di zaman ini. Supaya apa-apa yang terjadi atau kemalangan dan sebagainya dapat dibuktikan melalui dashcam. Jadi, pilihan terbaik adalah melalui jenama Mi!




In shaa Allah, aku akan usahakan untuk mempunyai koleksi barangan daripada Mi Official Store kerana harganya yang berpatutan serta sesuai untuk aku iaitu golongan sederhana.


2. JBL [ KLIK SINI


Seterusnya, jenama yang aku suka adalah jenama JBL! Aku merupakan salah seorang peminat barangan elektronik terutamanya speaker, headphone, earphone dan sebagainya. Bila aku menonton filem di laptop pastinya aku perlukan speaker yang berkualiti dan mampu memberikan bunyi yang sangat menepati citarasa aku. Selain itu, untuk memberi keselesaan ketika mendengar lagu melalui telefon pintar, aku pastinya perlukan headphone atau earphone supaya aku dapat hayati lagu.


Jenama JBL pastinya menawarkan pelbagai jenis produk yang aku suka iaitu terdiri daripada pelbagai jenis headphone, earphone dan juga speaker yang aku rasa kualitinya tidak perlu dipertikaikan lagi!


In shaa Allah , hanya menanti masa sahaja untuk aku beli beberapa produk keluaran jenama JBL.



3. Sports  Direct [ KLIK SINI


Sudah lama rasanya aku pendamkan niat aku iaitu untuk membeli barangan di Sports Direct. Contohnya topi, beg dan kasut-kasut sukan yang terdapat di  Sports Direct. Kesemua barangannya sangat berkualiti dan harganya berpatutan.


In shaa Allah, aku akan beli beberapa barangan dan akan membuat review di blog ini.

.......................................................................



Untuk pengetahuan anda , Lazada akan mengadakan Shopathon sale yang akan berlangsung pada 27 September 2018! Jadi apa lagi tunggu? Sama-sama kita membeli belah di Lazada bersempena jualan yang akan berlangsng nanti.
KLIK SINI


Sekian



10 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. selalu beli brg di lazada. lg suka jika dpt free postage!

    ReplyDelete
  2. setakat ini, saya berpuas hati membeli dengan lazada

    ReplyDelete
  3. All the best. Cikla pun join juga...

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/09/lazada-shopathon-blogger-contest-session-2.html?m=1

    ReplyDelete
  4. ada jug membeli online di Lazada..memang cepat sampai

    ReplyDelete
  5. saya susah nak percaya online seller..sebab selalu dapat yg diluar jangkaan. Murah mmg murah dan mudah. Tapi lagi selesa beli terus. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post