6 November 2018

OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA



Assalamualaikum dan salam sejahtera



OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA
Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman


Kuala Lumpur, 2 November 2018 - Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comel dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.

Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times - Kuala Lumpur di Dewan 5,Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 November 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9malam setiap hari!

(From left to right) Alata Events director Ben Goh, Sam Goh, Group Executive Director of Quill Group of Companies Dato' Ar. Michael Ong, Alata Events director Albertt Leong, MACEXPO representatives Eva Ng and Loo Ta Chong are joined by My Melody and Hello Kitty mascots at Our Sanrio Times Kuala Lumpur press conference. 

Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.

Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tenggara ini dianjurkan selama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. Ia bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.

13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa

Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan
berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.

Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh pereka. Ini akan menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.

Event director of Alata Events Albertt Leong gives speech at the press conference.


The Plushy World - Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar

Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; ‘Paper Doll Fun’ mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung. ‘Vintage Stationary House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala ‘Strawberry Newsroom’ membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di ‘Strawberry Office’, anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King. Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan. Untuk butiran lebih lanjut mengenai zon pameran, sila rujuk Lampiran 1.


Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga:
  • • Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25
  • • Warganegara Malaysia: RM33
  • • Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas: RM20
  • • Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60.
  • * Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan.
  • ** Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma
  • dan syarat.



Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.

Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811. Untuk maklumat lanjut, layari www.oursanriotimes.my atau our sanrio times Malaysia di Facebook atau Instagram oursanriotimes.malaysia.

Mengenai SANRIO
Jenama gaya hidup yang dikenali di seluruh dunia - Sanrio, diasaskan dengan falsafah "Hadiah Kecil,
Senyuman Besar" yang mana hadiah kecil boleh membawa senyuman besar untuk semua peringkat umur, telah mencipta senyuman selama lebih 50 tahun melalui watak-watak yang memikatnya. Sanrio sudah berada di lebih 109 negara menerusi barangan berjenama Sanrio dan mencatat jualan lebih 50,000 untuk Hello Kitty sahaja di seluruh dunia pada setiap tahun. Sanrio terus menyebarkan senyuman besar dengan hadiah kecil di seluruh negara melalui jaringan luas butik Sanrio, kedai rantaian, kedai serbaneka dan banyak lagi.

Sekian

2 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.