15 Februari 2019

Bahagian 1 | Cara Memohon Untuk Melanjutkan Pengajian MASTER di UM



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Di zaman ini, pastinya ramai yang bercita-cita tinggi untuk mendapatkan pendidikan di tahap tertinggi. Bermula pada sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah dan seterusnya diploma, asasi, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan seterusnya. Mungkin ada antara pembaca yang ingin melanjutkan pengajian selepas ijazah sarjana muda ke Universiti Malaya

Untuk universiti lain, penulis tidak berapa tahu. Maaf ya.

..................................................

Mode Pengajian

Untuk peringkat Master atau Ijazah Tinggi, ada tiga jenis mode pengajian. Jadi, anda perlu memikir sedalam-dalam mungkin tentang apa jenis mode yang anda ingin ikuti ketika belajar kelak.

  • Coursework
Secara asasnya untuk mode coursework ini adalah kelas. Semuanya adalah kelas semata-mata dan tiada sebarang research atau kajian yang akan ditulis.

  • Full Research
Untuk full research, ianya adalah berdasarkan research atau kajian semata-mata. Anda tidak perlu menghadiri kelas dan sebagainya. 

  • Coursework & Research  (Mixed Mode)
Secara asasnya ianya adalah gabungan bagi kedua-dua mode yang diatas. Anda perlu menghadiri kelas dan juga melakukan research di dalam pengajian anda.

.............................................

CARA MEMBUAT PERMOHONAN


1. KLIK  link ini [ https://pgadmission.um.edu.my/ ] , kemudian anda perlu membuat akaun, seterusnya mengisi e-borang tersebut. Mudah sahaja.



2. Seterusnya, untuk mengisi e-borang tersebut, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen penting seperti yang disenaraikan di bawah, scan dan upload di laman web tersebut mengikut kriteria masing-masing.

  • Gambar berukuran passport berlatar belakang biru.
  • Kad Pengenalan
  • Sijil Pelajaran Malaysia
  • Latar Belakang Akademik 
- Transkrip  dan Sijil Akademik
- Surat Tamat Belajar [ Jika belum bergraduasi ]
  • Salinan Offer Letter Kerja [ Jika Pernah Bekerja ]


* Dokumen-dokumen ini perlu di scan dan diupload dalam bentuk PDF.

3. Anda juga perlu membayar wang sebanyak RM50 untuk memproses permohonan anda ini. 

Langkah seterusnya adalah terus menunggu sama ada permohonan anda akan diluluskan atau tidak. 

......................................................

Bila anda akan ketahui sama ada permohonan diLULUSKAN atau tidak?

Penulis telah memohon pada bulan Oktober dan alhamdulillah, permohonan telah diluluskan pada bulan November. Sebagai peringatan, sementara menunggu keputusan sama anda permohonan diluluskan atau tidak, anda bolehlah menyimpan sedikit wang [ RM2000 - RM3000 ] untuk urusan pendaftaran dan juga pembayaran yuran nanti.

LANGKAH SETERUSNYA SETELAH MENDAPAT SURAT TAWARAN?

  • Medical Checkup
  • Pengesahan Dokumen
  • Pembayaran Yuran
  • Permohonan PTPTN/BIASISWA

Untuk ketahui empat perkara di atas akan diceritakan di artikel berikutnya.

Sekian terima kasih.

 [ Bahagian 2 | Persediaan Sebelum Pendaftaran Pengajian MASTER di UM ]

        1 ulasan:

        1. dah buat degree TESL di UM. Teringin nak sambung Master's cuma x cukup duit lg..

          BalasPadam

        The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.