Makan Pasembur di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang - Aerill Hassan™

Terkini

Thursday, June 20, 2019

Makan Pasembur di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Untuk kali ini aku nak cerita tentang aku dan keluarga ke Padang Kota Lama, Pulau Pinang dan makan pasembur! Pada hari ahad yang lalu, aku bersama keluarga dijemput ke rumah terbuka kawan ayah aku yang terletak di Balik Pulau, Pulau Pinang. Lepas sahaja ke rumah terbuka itu, kami terus ke Padang Kota Lama untuk makan pasembur. 

Kali terakhir aku makan pasembur di sini adalah rasanya sebulan sebelum puasa. Dulu masa kecil selalu jugak datang sini jalan-jalan dan cuci mata.


Untuk sesiapa yang nak ke sini, bukan ada pasembur sahaja tetapi macam-macam ada. Bila anda masuk sahaja kawasan foudcourt, pastinya peniaga akan memanggil anda untuk duduk dibahagian mereka dan memesan daripada mereka. Ada banyak juga kedai yang menjual pasembur. Yang bestnya kt sini adalah kemeriahan. Masa aku makan kat sini, ada beberapa orang yang sedang menyanyi macam busking.


Peluang untuk mengambil gambar pastinya aku takkan lepaskan. Untuk 6 orang rasanya pasembur satu pinggan sangatlah tak cukup. Tambahan pula semuanya jenis makan banyak. Dua pinggan pun rasanya masih tak cukup. Haha.




Untuk pengetahuan anda, untuk dua pinggan ni tak sampai RM50. Bagi aku berbaloilah jugak. Cara nak pesan pun senang sahaja, kita pergi ke kedai yang kita pilih, pilih yang mana anda nak ke dalam pinggan , kemudian orang di kedai itu akan uruskan dan akhir sekali bayar. Sebenarnya aku teringin jugak nak try laksa tapi macam dah kenyang sangat sebab sebelum tu dah makan banyak dekat rumah terbuka.

Pasembur yang sudah habis!

Selepas makan, kami berjalan-jalan di kawasan tepi laut di Padang Kota Lama. Ramai juga pengunjung,mungkin sebab hari ahad di mana orang cuti. Bergambar sudah semestinya. Nasib baik ada orang yang sudi tolong ambil gambar kami sekeluarga.



Untuk pengetahuan anda semua, kakak aku, yang berada di sebelah mak aku tu sedang mengandung ya. Aku lupa pulak berapa bulan. Abang ipar aku tak dapat ikut sebab dia ada urusan lain. Mungkin lain kali dapatlah dia join.



Sekian.

29 comments:

  1. dah lama tak makan pasembor.. dah lama teringin nak jjcm ke penang..

    ReplyDelete
  2. pasemboq satu je haha takpa nanti repeat lagi aerill

    ReplyDelete
  3. I've never eaten this pasembor dish before. It looks a bit like Rojak. I wanna try this one day when I go there 😁👍

    ReplyDelete
  4. Pasembur sedapnya, nak kene pi Penang ni baru dapat merasa ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kt negeri lain pun ada jugak, tpi kalau nak rasa yg original boleh la ke penang :)

      Delete
  5. Sedapnyan tengok, ni yang rasa macam nak ajak suami ke Pinang. Lama dah tak ke sana, banyak makanan sedap-sedap.

    ReplyDelete
  6. omg sedapnya pasembur. dah lama tak makan sejak lepas raya ni. kat puchong ada satu warung jual pasembur memang sedap amat tapi tu la nak pergi sana pikir jem je. nak pergi penang jauh sangat tapi kalu BBL jalan-jalan ke sana boleh la singgah datang makan pasembur kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap, tambah makan dengan family:) hehe jemput datang penang ya

      Delete
  7. Sedapnya! Dah lama sangat tak makan psembur. Dulu study penang memang selalu la datang makn sini sebab memang favourite. Now dah jauh mampu tengok jela

    ReplyDelete
  8. pasembur ni macam rojak mee kan? ke salah... rasanya macam dah cuba tapi ingat-ingat lupa dah kita. teringat nampak kedai tulis pasembur kat sini, nanti nak singgahlah. hehe. tq sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkde mee pon. haha pasembur ni adik beradik mcm rojak :)

      Delete
  9. ya Allah dah lamanya tak mai penang berjalan2. kalau mai penang mmg pasembur kami akan tuju. rindunya pasembur penang. dah lama tak makan. nanti nak singgah lah

    ReplyDelete
  10. Tengok orang makan pasembur, sedapnya la haii.. tapi bila kita makan, sikit je boleh masuk perut. raSa mcm cepat kenyang. Suka yang ada kerepek ranggup tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau saya pulak, selagi tak kenyang selagi tu boleh sumbat haha :)

      Delete
  11. my favourite pasemboq..sedapnya makan petang2 kan....bertambah sedap makan dgn cendol hehe

    ReplyDelete
  12. Tak pernah makan pasembur ni. Tengok orang makan nampak sedap pulak. Dia macam rojak ye pasembur ni. Ke lain. Serius tak pernah makan.

    ReplyDelete
  13. Lamanya tak pekena pasembur nie. Macam nak kena balik penang baru boleh jumpa yang sedap di tekak Rawlins hahaha. Tapi 2 pinggan less than RM50 memang murah la tu.

    ReplyDelete
  14. Dah lama tak makan pasembur.. last tahun bila entah.. sebab rojak pasembur yang sedap tu dah tutup.. ni nak cari tempat yang sedap tak jumpa lagi.. kalau datang pineng boleh la cari rojak pasembur ni nanti

    ReplyDelete
  15. lamanya tak pegi. penang dan makan pasembur.. kami dulu ambik satu pun tak cukup.. haha.. tapi bila nak ambik banyak seram pulak tengok harganya..

    ReplyDelete
  16. Dulu waktu kecik selalu pergi penang tuk makan pasembur.. Tapi seriously honest opinion, dulu makanan kat penang lagi sedap.. Now dah agak commercialised Yana rasa tahap lazat tu pun agak affected.

    ReplyDelete
  17. sedapnya pasemboq..dah lama tak makan ni..nak kena singgah padang kota ni..teringin kerang bakar gak..hihihihi

    ReplyDelete
  18. Kesian kite tak pernah makan. Hukhuk. Pegi penang pon sekali je. Tak puas lah. Hope oneday dapt jalan sana lagi. Nak holiday lama sikit. Dah lah penang best. Rugi trip kejap je.

    ReplyDelete
  19. Seronok ramai2 berkumpul dan makan sekali kan. Happy gathering!

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.