Makan Cendol Sedap Gila! di Cendol Kampung Hulu, Melaka



Assalamualaikum dan salam sejahtera

 Cendol Kampung Hulu, Melaka

Cuba bayangkan, diwaktu petang yang panas, bersama keluarga, dengan tekak yang dahaga dan lapar, tiba-tiba dihidangkan hidangan cendol yang unik dan penuh dengan pelbagai bahan yang manis dan sedap! Bagaimana perasaan anda?

Ha, kali ini aku nak kongsi dengan anda salah satu tempat yang aku rasa wajib singgah untuk mereka yang sukakan makanan manis, sukakan tempat hipster tetapi dengan harga yang murah tetapi enak sehingga menjilat bibir. 

Masih lagi di Melaka, percutian dua hari satu malam ke Melaka telah aku gunakan sepenuhnya apabila banyak tempat makan berjaya aku singgah untuk rasa keunikan dan kepelbagaiannya. Restoran Cendol Kampung Hulu ini merupakan salah satu tarikan untuk mereka yang sukakan makanan dan juga bersantai bersama rakan mahupun keluarga.


Cendol Kampung Hulu, Melaka

Alhamdulillah, aku beruntung ada kawan di Melaka yang membawa aku ke tempat makan yang menarik di Melaka, termasuklah restoran ini. Anda boleh lihat sendiri bagaimana cara untuk memesan, anda hanya perlu beratur dan memesan di kaunter khas. Juga disertakan senarai harga yang jelas terpampang di situ.

Cendol Kampung Hulu, Melaka
Anda boleh membayar menggunakan pelbagai cara!

Cendol Kampung Hulu, Melaka
Pembuatan Cendol di Restoran Cendol Kampung Hulu

Cendol Kampung Hulu, Melaka
Suasana di dalam restoran.

Sebenarnya restoran ini mempunyai konsep seperti foodcourt di mana anda boleh pesan makanan mengikut gerai yang membuat menu tersendiri. Ada pelbagai menu menarik di sini, tetapi disebabkan makan cendol pun rasanya dah penuh perut, maka tidak perlu lagi untuk tambah muatan.

REVIEW CENDOL KAMPUNG HULU

Cendol Kampung Hulu, Melaka

Sebenarnya nak order semua cendol yang ada dalam menu, tapi fikir balik, siapa je yang nak makan? Dah la datang berapa orang je. Haha. Jadi, terus aku dengan kawan order tiga jenis sahaja yang berbeza, barulah boleh nak review kan? 

Aku ingatkan cendolnya biasa-biasa sahaja, rupanya luar biasa ya! Penuh satu bekas tu! Memang terbaik dari segi muatan dan berat cendol. Haha.


DRAGON FRUIT
Cendol Kampung Hulu, Melaka
RM 6.00

Yang membezakan antara ketiga-tiga cendol ini hanyalah pada buah-buahan yang diletakkan sahaja. Selebihnya aku rasa sama sahaja. 

LONGAN
Cendol Kampung Hulu, Melaka
RM 6.00

CORN
Cendol Kampung Hulu, Melaka
RM 6.00

Ketiga-tiganya rasa sangat sedap! Campuran buah bersama dengan cendol, kacang merah, aiskrim kelapa dan gula melaka sememangnya kombinasi yang sangat menarik. Untuk mereka yang tak makan banyak, aku sarankan untuk berkongsi dengan rakan, kerana jumlah yang banyak!

Cendol Kampung Hulu, Melaka

Suka untuk aku beritahu bahawa jika aku ke Melaka sekali lagi, pasti aku akan singgah di sini lagi! Aku nak cuba cendol perisa lain pula, berserta menu-menu lain yang pelbagai. Suasana di sini juga menarik, kemas dan lain daripada tempat lain. Boleh nampak perbezaan antara restoran cendol ini dengan restoran cendol lain, di tempat aku.

LOKASI


Alamat : No 26, Jalan Kampung Hulu, Kampung Hulu, 75200 Melaka

No Telefon : 012-673 2028

Buka pada setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 11.30 malam


Sekian

Segala ulasan dan review di dalam artikel ini adalah daripada penulis sendiri.

12 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wow.. baru tau ada tempat best makan cendol camni. bole la try nanti bile g melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best makan cendol ni. saya yg first time rasa ni , maam nak repeat lagi nnti :)

      Delete
  2. wow..gempak cendol die. Boleh try nanti kalau g melaka. sedap nampak tu

    ReplyDelete
  3. wah cendol mengoda iman, if dekat cfrm hjg minggu nak try ni

    ReplyDelete
  4. menariknya cendol dia , macam-macam perisa ada dan harga pun berpatutan .

    ReplyDelete
  5. betul tu. ada banyak jenis. bolehlah cuba nnti ya ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post