Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya - Aerill Hassan™

Terkini

Thursday, November 28, 2019

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya | Tahukah anda bahawa terdapat Muzium Kehakiman di dalam Istana Kehakiman di Putrajaya? Ya! Selain muzium-muzium lain yang terkenal seperti Muzium Negara, Muzium Polis Di Raja Malaysia dan sebagainya, Malaysia juga mempunyai Muzium Kehakiman yang menempatkan pelbagai artifak dan info berkenaan institusi kehakiman di negara kita.


Baru-baru ini, aku berkesempatan melawat Istana Kehakiman yang terletak di Putrajaya. Bila sebut sahaja tentang Putrajaya, bangunan Istana Kehakiman akan menjadi salah satu yang muncul di dala ingatan. Kawasan di hadapan Istana Kehakiman ini sering dijadikan lokasi untuk acara-acara seperti sambutan kemerdekaan, konsert dan sebagainya.

Tapi, tahukah anda di dalam bangunan Istana Kehakiman itu terdapat Muzium Kehakiman? Ya, aku sendiri tak tahu tentang muzium ini. Alhamdulillah, dapat juga aku masuk dan melihat Muzium Kehakiman ini. Jangan pula masuk ke Istana Kehakiman kerana terlibat dengan kes pembunuhan ya anak-anak sekalian!

APA YANG ADA DI MUZIUM KEHAKIMAN?

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Sejarah Sistem Perundangan

Kepada yang meminati subjek Sejarah dan selalu dapat A+ untuk subjek ini, anda dapat menikmati informasi berkenaan sistem perundangan dari zaman awal kesultanan, zaman penjajahan sehinggalah kini. Mungkin di dalam subjek Sejarah yang diajar di sekolah hanyalah menyentuh perkara asas sahaja, tetapi untuk kali ini ia adalah lebih jelas dan detail.

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Replika Mahkamah Terbuka bersama Sistem Juri

Tahukah anda Malaysia pernah mengamalkan sistem juri dalam sesi pengadilan di mahkamah? Tahukah anda lagi bahawa kes apakah yang terakhir diadili menerusi sistem juri? Kes terakhir menggunakan sistem juri adalah kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam. Mungkin bila disebut kes Mona Fandey, baru ramai yang tahu tentangnya. Kes berkaitan Mona Fandey dibawa ke Mahkamah Tinggi pada tahun 1993 manakala sistem juri dimansuhkan pada tahun 1995. 

Artikel Berkaitan : [ Pendedahan Kisah Sebenar Mona Fandey ]

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Replika Pejabat Ketua Hakim Negara

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Antara Koleksi Jubah

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Jubah dan Cokmar

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Pasung dan Jabot

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Informasi berkenaan  Cokmar dan Wig

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Kerusi Hakim

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Beberapa perkara menarik di muzium ini

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Replika Mahkamah Kuala Lumpur

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya

Selain itu, aku juga berpeluang untuk melihat sendiri ruangan dalam mahkamah. Walaubagaimanapun kami dilarang untuk mengambil gambar di dalam kawasan dalam mahkamah tersebut. Gambar ini adalah gambar rasmi dari jurugambar mereka.

Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Gambar Kenangan di pintu masuk Muzium


Lawatan ke Muzium Kehakiman, Putrajaya
Gambar Kenangan di Istana Kehakiman

Lokasi muzium ini adalah di dalam Istana Kehakiman. Ada beberapa peringatan, sebelum masuk anda akan diperiksa oleh pengawal dan beg anda akan melalui mesin pengimbas untuk memastikan anda tidak membawa sebarang senjata, bom atau sebagainya. Di bahagian dalam Istana Kehakiman, anda tidak boleh mengambil gambar. Hanya apabila sudah masuk ke bahagian Muzium Kehakiman, barulah anda boleh mengambil gambar sepuas-puasnya.


Masuk Percuma

Masa Lawatan : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang



#PutrajayaRuns #GayaTravel  #SayangiBurungKu #VM2020 #VisitMalaysia2020

Artikel ini dihasilkan dari program Putrajaya On The Run! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 15 hingga 17 Ogos 2019 anjuran Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine .

20 comments:

  1. menarik jugak muzium kehakiman ni..bnyk benda boleh belajar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik. alang2 tu dapat juga rasa pengalaman masuk istana kehakiman hehe

      Delete
  2. wow baru taw ada muzium dlm tu.. selalu nampak je bangunan tu bila ade event

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang famous tempat tu, tak ramai yang tahu ada muzium dalam tu.

      Delete
  3. cikgu sejarah boleh buat lawatan sekolah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sebb banyak juga info tentang sejarah dkt sini

      Delete
  4. Ada muzium dalam tu rupanya? Walhal dekat je dengan rumah Rawlins, tapi tak tau yang ada muzium di dalam Istana Kehakiman. Nampak gaya kena pergi melawat gak nampaknya.

    ReplyDelete
  5. wah menarik. tak tahu pula ada muzium kehakiman kat situ. nice sharing :)

    ReplyDelete
  6. menariknyaaaa. saya suka ke muzium, banyak ilmu kita boleh dapat. yang best masuk percuma tapi banyak perkara kita dapat belajar. inshaaaAllah akan lawat muzium ni nanti. thanks sharing

    ReplyDelete
  7. Wow!!!!!!! Saya org Putrajaya pun x tahu ada Muzium Kehakiman kat Istana Kehakiman. Now you mention it, I will visit it. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  8. besar jugak ek muzium kehakiman ni tak pernah pergi pun lagi. anyway thank you for sharing. dah nampak dah gambaran dalaman dia macam mana next time boleh gi heheheh

    ReplyDelete
  9. La.. dekat Putrajaya jer Muzium ni, selalu lalu jer tak pernah nak masuk dalam tu, tak tahu ada muzium nest time boleh explorelah lagi pun masuk percuma jer...

    ReplyDelete
  10. Have not been to this place yet and so interesting to know so much inside ya. I have to JB one but not as complete as this. Wanna go check it out soon!!!

    ReplyDelete
  11. Tak pernah sampai lagi ke Muzium Kehakiman ni. Dan baru tau ada muzium kat situ. Okay, good sharing, next time kalau ke Putrajaya...bolehlah singgah masuk muzium ni. Sure banyak info berguna.

    ReplyDelete
  12. Selalu pergi muzium polis, muzium nehara, tak terfikir pulak nak pergi muzium kehakiman tu.. Bolehla pergi nanti, bawk anak-anak.. Suka pergi miziuk mcm ni, kita tau mcm mne rupa dia

    ReplyDelete
  13. Banyak info dlm entri mi. Biarpun tak pernah smpi sini tetap excited nak tahu lebih lanjut.

    ReplyDelete
  14. Tahniah... Good sharing bro! Sesekali kena ambik tahu, bawak anak-anak datang sini plak kan.. Dok pi holiday jer. Bagus untuk kita juga sebagai rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  15. mek suka dengan tempat macam ni. and ni first time dengar muzium. ingatkan mahkamah. huhu. sure kena visit disember 2019 ni ke sini.

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.