2 Januari 2019

Review Novel FIXI : Qisas by Hasrul Rizwan



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Qisas
Penulis : Hasrul Rizwan
Keluaran : Mei 2015

Sinopsis

"Hang nak cari sebab untuk bunuh depa la ni?"

"Bukan sebab.... tapi lesen." 

Derap tapak kaki Adam kedengaran kuat menginjak pelantar kayumenuju ke tingkat bawah. Satu persatu anak tangga dituruni menuju ke arah Akhil sambil menjinjing buku dengan senyuman yang puas.

"Setiap daripada depa empat orang ni pernah membunuh dan takdak satu pun yang pernah dijatuhkan hukuman." Adam menjulang buku sambil menunjukkan gambar yang terlekat di dinding.

Langkahnya dimatikan di hadapan Akhil yang masih tercangak-cangak. Buku itu diselak dan diangkat separas wajah adiknya yang tersentak gamam. Dengan mata yang membulat Akhil membaca tajuk yang tertera di helaian yang dibuka:

BAB : QISAS

DARAH DIBAYAR DARAH.
BUNUH DIBALAS BUNUH.




Review


Novel terakhir dalam trilogi Murtad. Anda pastinya akan kenal dengan watak-watak yang ada sekiranya sudah membaca novel Murtad dan juga Tuhan. Ada beberapa watak baru iaitu geng-geng kepada Bahjan, penjahat dalam novel ini.

Aku rasa idea bagi novel ini sangat bernas! Sebab ianya betul-betul di luar kotak. Belum pernah aku baca novel sebegini. Penat-penat Adam dan Akhil mencari pembunuh diri mereka di masa hadapan  rupanya sebab mereka dibunuh adalah kerana mereka mencari pembunuh mereka sendiri! Pening kan ayat ini? Aku tak tau ayat lain yang boleh memudahkan anda memahami perkara ini.

Di bahagian pengakhirannya, aku mengharapkan agar tiada watak utama dan watak 'baik' meninggal dunia, tetapi masih ada yang meninggal dan membuatkan aku sedih. 

Aku suka bagaimana penulis menceritakan babak pergaduhan dan babak aksi. Susunan ayat membuatkan aku faham dan membayangkan setiap aksi satu persatu. Kepada penulis, bila nak jadikan novel-novel ini filem?

Sekian.



Trilogi Murtad

1 ulasan:

  1. Menarik juga buku dari Fixi ni. LeYa belum pernah baca lagi.. Nanti, boleh lah pergi cari..

    BalasPadam

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.