31 Disember 2018

Review Novel FIXI : Tuhan by Hasrul Rizwan



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Tuhan
Penulis : Hasrul Rizwan
Keluaran : Mei 2015

Sinopsis
Dunia hampir musnah. Adam dan Akhil yang ditugaskan membunuh orang murtad telah melarikan diri ke utara setelah tugas terakhir mereka.

Johari, lelaki kurier yang ditembak oleh Akhil kerana murtad, ditemui masih hidup oleh Profesor Rahman yang cuba menyelamatkan populasi manusia. Johari dibawa merentas masa bersama seorang perempuan bernama Sarah ke sebuah planet asing untuk diciptakan klon daripada genetik mereka. Ratusan tahun Johari tertidur beku sehinggalah tersedar dan mendapati dirinya telah diklonkan sehingga mencapai ribuan klon yang berwajah seirasnya.

Ketakutan membawa Johari bertemu dengan klon bernama Ben yang turut membantu Johari pulang ke Bumi. Namun Komander Borga yang gila kuasa memburu mereka untuk dibunuh.

Di dunia yang mencium kiamat, ada yang lari dari Tuhan, dan ada juga yang ingin menjadi Tuhan!


Review

Mind Blown! Ya, itu terjadi apabila aku membaca novel ini. Pada mulanya aku ingatkan ianya kesinambungan terus daripada novel Murtad, rupanya ianya lebih kepada cerita yang sangat berbeza daripada murtad. Kalau di novel Murtad, watak utamanya adalah Adam dan Akhil tetapi untuk novel ini watak utama adalah Johari.

Konsep dan cerita dalam novel ini agak berlainan daripada yang lain kerana mempunyai unsur zombie dan juga futuristik. Zombie di Kuala Lumpur? Aku dapat bayangkan ianya adalah seperti zombie kampung pisang. Otak!! Otakkk!!! Otak!!!

Elemen futuristiknya pula adalah dari segi dunia klon dan juga tahun di mana ianya berlaku serta Planet Kepler?!

Apa yang memberikan aku pengajaran adalah bagaimana Johari daripada seorang yang tidak percayakan Tuhan akhirnya mempercayai bahawa Tuhan itu wujud. Selain itu, watak Ben juga  bagi aku bermakna apabila Ben satu-satunya yang rapat dengan Johari tetapi atas sebab hasad dengki, semuanya menjadi punca pergaduhan dan kematian Ben.

Terus terang aku katakan aku suka dan thumbs up kepada penulis kerana berjaya membawa aku ke planet dan zaman tersebut. Barulah aku faham bagaimana Joe boleh datang daripada masa hadapan di penghujung novel Murtad.

Sekian.

3 ulasan:

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.