Review Novel FIXI : Murtad by Hasrul Rizwan



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Tajuk : Murtad
Penulis : Hasrul Rizwan
Keluaran : Mei 2015

Sinopsis


Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.

Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.

Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelah liur.

"Kerja gila apa sebenaqnya ni... haaa??" Akhil bertanya keras. "ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang."

"Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?"

"Ya."

"Nakharrom."

"Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD."



Review :

Baiklah. Sebenarnya novel ini adalah TRILOGI! Bermakna akan ada sambungan. Sebelum itu, aku nak cerita tentang pendapat aku tentang novel Murtad ini. Pertamanya aku rasa begitu dekat dengan watak utama dalam novel ini iaitu Adam dan Akhil kerana berasal dari negeri yang sama. Yang lain rasanya tidak sama kecuali bab kacak dan berbadan tegap. *hahah

Aku begitu suka dengan cara penceritaan di dalam novel ini. Kadang-kadang membuatkan aku berada di pihak yang INGIN membunuh mereka yang murtad. Kadang-kadang aku berasakan bahawanya ianya salah untuk zaman ini.

Kalau difilem atau didramakan novel ini pastinya akan ada begitu banyak babak aksi yang aku rasa sangat menarik dan memberi keterujaan pada penonton. Topik besar mengenai agama juga aku rasa sesuatu yang patut dipuji sebab ianya sesuatu yang sering menjadi satu kekeliruan tentang hukum orang yang murtad dan sebagainya.

Di pengakhirannya, aku cukup suka dengan happy ending tetapi aku tahu bahawa sesuatu yang menarik akan terjadi dalam siri novel berikutnya. Tak sabar nak baca siri novel seterusnya dalam trilogi ini.

Sekian

0 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

Previous Post Next Post