Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman - Aerill Hassan™

Terkini

Saturday, September 07, 2019

Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman


Baru-baru ini aku telah ke negeri Terengganu dan melawat pelbagai tempat menarik dan cantik serta merasa makanan yang terdapat di negeri ini. Ada aku ceritakan di beberapa artikel sebelum ini. Jemput baca ya artikel tu. Untuk artikel kali ini, aku nak kongsi dengan anda sebuah masjid indah yang kami lawati untuk singgah solat iaitu Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman.



SEJARAH MASJID SULTAN ISMAIL
Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman


Menurut sejarah, Masjid Lebai Zainal yang menampung 150 orang dibina terlebih dahulu berdekatan lokasi semasa masjid sebelum digantikan dengan Masjid Raja Chendering dan kemudiannya digantikan sekali lagi dengan masjid baru iaitu Masjid Sultan Ismail.

Pada tahun 1950, Tengku Abdullah atau Tengku Seri Wa Diraja pada ketika itu menghadiahkan salah satu rumahnya di Kuala Terengganu untuk dijadikan bangunan masjid baru (Masjid Raja Chendering) bagi menampung pertambahan jemaah akibat pertambahan jumlah penduduk.

Pada tahun 1951, penduduk Kampung Chendering bergotong-royong merombak kayu rumah Tengku Seri Wa Diraja dan membawanya dengan lori ke sebuah tapak baru masjid yang diwakafkan Allahyarham Che Dagang. Masjid Raja Chendering diberi nama bagi menghargai jasa Tengku Seri Wa Diraja dalam membina masjid baru.

Selepas itu, masjid tersebut telah melalui 4 kali pengubahsuaian sebelum digantikan dengan Masjid Sultan Ismail yang berkeluasan 4200 kaki persegi yang mampu menampung 500-600 orang jemaah pada satu masa.


Pada tahun 1999, Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu telah menerima kertas cadangan pembinaan masjid baru (Masjid Sultan Ismail) dan 2 bidang tanah bersebelahan masjid telah diambil semula kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran masjid.

Pada awal tahun 2000, Jabatan Kerja Raya telah menawarkan tender pembinaan dan menyiapkan bangunan baru Masjid Raja Chendering dengan sebut harga sebanyak RM7,480,404.80 selepas diluluskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu. Syarikat Tasland Corporation Sdn.Bhd ditugaskan untuk menyiapkan masjid berkenaan. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Raja oleh penduduk tempatan.

Pada tahun 2008, masjid baru (Masjid Sultan Ismail) yang dapat menampung 2000 orang mula dibina dengan kos sebanyak RM7.5 juta dan siap sepenuhnya pada 31 Mei 2011. Pada 4 Ogos 2011, masjid tersebut telah diberikan kebenaran untuk beroperasi.


Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman

Masjid Sultan Ismail, Chendering, Terengganu Darul Iman

Masjid ini sangat besar dan cantik. Malangnya aku tak sempat nak ambil gambar di bahagian dalam. Tapi kalau tengok daripada luar pun dah cantik, apatah lagi di bahagian dalam kan?  Kalau sesiapa yang lalu atau berada di kawasan tersebut bolehlah singgah ya, memang cantik Masjid Sultan Ismail ini.

LOKASI 




Sekian

Sumber : Wikipedia

Artikel ini dihasilkan dari program You'll Love Terengganu.. and forever! Media, Bloggers & Social Media Influencers FAM Trip 2019 pada 20 hingga 24 Ogos 2019 anjuran Tourism Terengganu dan Gaya Travel Magazine

1 comment:

  1. jemput join segmen...
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html

    ReplyDelete

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.